Positioning & Edgecraft: Harga
Antara edge yang boleh dicari dalam pasaran adalah edge harga. Ini adalah edge yang biasanya muncul dalam minda usahawan dan paling kerap disalahgunakan melalui tawaran harga murah. Penggunaan tawaran harga murah selalunya akan membawa hasil dengan segera iaitu penambahan jualan dan pelanggan. Namun usahawan berhadapan dengan risiko jangka sederhana dan panjang di mana duit masuk tidak lagi mampu menampung kos.
Edge harga murah hanya boleh dilakukan sekiranya usahawan tersebut mempunyai cost structure yang berbeza berbanding usahawan lain. Sebagai contoh, usahawan lain memerlukan kos RM4 bagi menghasilkan sebuah buku berharga RM10 tetapi usahawan ini hanya memerlukan RM1. Jika itu keadaannya, usahawan tersebut boleh sesuka hati meletakkan harga yang jauh lebih murah.
Realitinya, kebanyakan usahawan mempunyai struktur kos yang serupa. Malah, mereka membeli dari pembekal yang sama pada harga yang sama. Perubahan struktur kos juga selalunya memerlukan business model yang jauh berbeza atau perubahan kaedah pengeluaran yang radikal.
Sebenarnya, lebih produktif untuk usahawan pergi kepada edge premium. Usahawan selalunya hanya perlu meningkatkan kualiti design, packaging, story dan customer service. Pasaran sekarang terlalu penuh dengan penjual komoditi yang hanya tahu melambakkan produk. Belajar memberikan khidmat yang lebih baik dan usahawan boleh menonjol dalam pasaran serta mendapat keuntungan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan