Bonus Hujung Tahun

Satu lagi bonus sebelum mengakhiri tahun 2012 adalah laman web Business Book Canvas di http://bookcanvas.firdausariff.com

Projek ini tercetus hasil perbincangan bersama Tuan Fazrul Ismail dan Tuan Qayyum Halele tentang bagaimana buku-buku boleh disusun mengikut blok-blok Business Model Canvas. Saya telah menyenaraikan beberapa buah buku dan tuan-tuan juga boleh menambah buku kegemaran sendiri.

Sebagai sebuah MVP, laman web ini dibina menggunakan Google Sites berserta Google Docs. Fungsi senarai dan penambahan buku dibina menggunakan Google Docs. Malah, sistem pengesahan emel juga menggunakan fungsi sedia ada dalam Google Docs. Beza berbanding aplikasi web yang dibina secara khusus adalah solusi ini memerlukan masa 5-10 minit untuk update senarai secara automatik setelah ada entri baru.

Apapun, laman web ini telah dibina dalam masa kurang 4 jam dan ia sudah boleh berdiri sendiri. Sekali lagi saya menjemput tuan-tuan ke http://bookcanvas.firdausariff.com dan berkongsi buku bisnes kegemaran tuan-tuan.

Penghujung Perjalanan 2012


Alhamdulillah, tahun 2012 sudah hampir ke penghujungnya. Ini juga bermakna blog ini telah beroperasi hampir lapan bulan. Pada awalnya saya sendiri kurang pasti apa topik utama yang hendak dibawa dalam blog ini. Namun pada bulan Jun blog ini telah fokus kepada bisnes atas nasihat dari Sifu Ainon Mohd.

Sejak daripada itu, saya bersama tuan-tuan sekalian sidang pembaca telah sama-sama mengikuti beberapa topik antaranya:
  1. Tipping Point
  2. Permission Marketing
  3. Business Model Canvas
  4. Lean Startup
eBook yang telah diterbitkan pula adalah:
  1. Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra
  2. Business Model Canvas Malaysia
  3. Firdaus Ariff Menulis Tentang Permission Marketing
 Semoga Allah memberkati sokongan tuan-tuan selama ini dalam mengisi dan menyebarkan blog ini. Kita bertemu lagi pada 2 Januari 2013 dengan sambungan siri Lean Startup, InsyaAllah.

Review: The Personal MBA

Alhamdulillah, saya telah selesai membaca buku The Personal MBA tulisan Josh Kaufman. Premis beliau adalah memuatkan kesemua poin-poin penting yang dipelajari dalam Masters of Business Administration dalam satu buku.

Buku ini boleh diibaratkan sebagai satu peta yang memberi gambaran luas dunia ilmu bisnes. Sekiranya buku ini adalah peta Malaysia, peta ini pada tahap menunjukkan negeri-negeri yang ada dan daerah-daerah di dalamnya. Tetapi tidak pula sampai pada tahap mengenali setiap pekan dan bandar dalam setiap daerah.

Konsep penting dalam buku ini adalah interdependence di mana pelbagai komponen bisnes sebenarnya saling berkait dan memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, buku ini tidak perlu dibaca secara kronologi dari awal sampai akhir. Pembaca boleh rujuk buku ini untuk mendapat gambaran di mana sebenarnya mereka berada dalam dunia bisnes.

Buku ini juga bersifat seperti kamus - membawa maksud yang baik dan kurang baik. Gaya penulisannya agak membosankan sehingga menyebabkan saya agak sukar menghabiskan bab-bab terakhir. Dalam masa yang sama juga buku ini menerangkan banyak konsep-konsep dan istilah-istilah penting bisnes dengan mudah.

Kesimpulan? Buku ini adalah rujukan wajib untuk semua usahawan dan harus kekal duduk di atas meja kerja.

Dapatkan eBook Business Model Canvas Malaysia di Downloadilmu

eBook Percuma Terbaru!

Alhamdulillah, kali ini saya dapat menerbitkan sebuah lagi eBook percuma iaitu kompilasi entri tentang Permission Marketing. Konsep ini asalnya dibawa oleh Seth Godin. eBook ini menerangkan tentang asas-asas konsep Permission Marketing dan aplikasinya dalam konteks Malaysia.

Terima kasih kepada Seth Godin kerana memberi keizinan menerbitkan eBook ini.

Tuan-tuan boleh download eBook ini di http://bit.ly/eBookPM1

The Lean Startup: Build-Measure-Learn Feedback Loop



Kitaran maklumbalas bina-ukur-belajar pula adalah seperti berikut; idea-bina-produk-ukur-data-belajar.

Setiap langkah mempunyai hasil tersendiri dan setiap pusingan membantu untuk membina dalam mencapai visi yang dibayangkan. Pengembara yang telah mendapat data daripada eksperimen menunggang ke Ipoh mungkin mendapat idea baru. Setelah melihat masa yang diperlukan lebih lama, maka lebih baik terbang terus ke Bangkok bagi memaksimumkan masa di sana.

Begitu juga dengan usahawan yang mendapati produk barunya tidak dapat membantunya mencapai matlamatnya dengan cepat. Beliau mungkin memikirkan idea produk yang baru atau saluran jualan yang baru.

<< Eksperimen Bermula Dengan Andaian | Jenis-jenis Pivot >>

The Lean Startup: Eksperimen Bermula Dengan Andaian


Eksperimen bermula dengan andaian, hipotesis tentang apa yang dijangkakan akan berlaku. Tujuan eksperimen adalah untuk mendapatkan data sebenar apabila idea bertemu realiti.

Sebagai contoh, pengembara yang hendak ke Bangkok mempunyai motosikal berkuasa tinggi. Di atas kertas, kelajuan maksimanya adalah 250km/j. Tetapi tentunya itu mustahil untuk dicapai sepanjang perjalanan.

Oleh itu, pengembara tersebut mengandaikan kelajuan yang boleh dicapai adalah 200km/j. Dia tidak kisah akan saman ekor, AES atau dikejar polis. Maka dia melakukan eksperimen dengan menunggang ke Ipoh. Beliau mendapati kelajuan yang boleh dikekalkannya adalah sekitar 170km/j. Berbekalkan data sebenar tersebut, beliau kini dapat membuat jangkaan yang lebih tepat tentang jumlah masa yang diperlukan.

Begitu juga dengan startup - contohnya apabila seorang usahawan melancarkan produk baru. Beliau mungkin menjangkakan produk barunya dapat menjana jualan RM10000 sebulan dan beliau membuat unjuran untuk membeli kedai baru dalam masa 6 bulan. Tetapi hasil eksperimen sebenar menunjukkan jualan hanyalah RM5000. Ini memaksanya menukar unjuran mendapatkan kedai baru dalam masa 12 bulan pula.

<< Eksperimen | Build-Measure-Learn Feedback Loop >>

The Lean Startup: Eksperimen



Dalam entri sebelum ini kita telah lihat bagaimana seorang pengembara telah memilih cara perjalanan untuk sampai ke Bangkok daripada Kuala Lumpur. Tiada sebarang had masa dan bajet dikenakan. Juga tiada sebarang syarat tentang apa yang perlu dibawa dan perlu diambil.

Bagaimana kalau dia perlu membawa kargo sebesar rumah? Mungkin kapal kargo adalah pilihan terbaik walaupun mengambil masa yang lebih lama. Namun jika kargo sebesar rumah tersebut boleh diceraikan, pesawat mungkin masih boleh menjadi pilihan. Lain pula halnya jika tiada had masa dan mahu singgah di banyak tempat mungkin boleh naik motosikal berkuasa tinggi atau kereta.

Pendek kata, tiada jawapan betul atau salah. Semuanya bergantung apa yang mahu dicapai dan segala keputusan pivot serta optimisasi tergantung kepada objektif yang hendak dicapai.

Begitu juga bagi startup, usahawan itu sendiri yang menetapkan halatuju. Kemudian beliau memilih strategi dan produk yang sesuai dengan sumber yang ada. Di sepanjang jalan beliau mungkin akan memperolehi sumber tambahan yang membolehkannya menukar strategi dan produk untuk mencapai tujuannya dengan lebih pantas.

<< Enjin Apa Pilihan Usahawan | Eksperimen Bermula Dengan Andaian >>

The Lean Startup: Enjin Apa Pilihan Usahawan


Dalam entri sebelum ini kita telah lihat bagaimana seorang pengembara telah memilih cara perjalanan untuk sampai ke Bangkok daripada Kuala Lumpur. Tiada sebarang had masa dan bajet dikenakan. Juga tiada sebarang syarat tentang apa yang perlu dibawa dan perlu diambil.

Bagaimana kalau dia perlu membawa kargo sebesar rumah? Mungkin kapal kargo adalah pilihan terbaik walaupun mengambil masa yang lebih lama. Namun jika kargo sebesar rumah tersebut boleh diceraikan, pesawat mungkin masih boleh menjadi pilihan. Lain pula halnya jika tiada had masa dan mahu singgah di banyak tempat mungkin boleh naik motosikal berkuasa tinggi atau kereta.

Pendek kata, tiada jawapan betul atau salah. Semuanya bergantung apa yang mahu dicapai dan segala keputusan pivot serta optimisasi tergantung kepada objektif yang hendak dicapai.

Begitu juga bagi startup, usahawan itu sendiri yang menetapkan halatuju. Kemudian beliau memilih strategi dan produk yang sesuai dengan sumber yang ada. Di sepanjang jalan beliau mungkin akan memperolehi sumber tambahan yang membolehkannya menukar strategi dan produk untuk mencapai tujuannya dengan lebih pantas.

<< Hidupkan Enjin Anda! | Eksperimen >>

The Lean Startup: Hidupkan Enjin Anda!


Setiap usahawan mempunyai visi atau wawasan dalam bisnes. Dalam usaha mencapai visi tersebut, dia memilih dan menggunakan strategi tertentu. Produk dan perkhidmatan pula dihasilkan seiring dengan strategi yang dipilih.

Produk sentiasa diperbaiki dan ditingkatkan melalui proses optimization serta penambahbaikan. Namun adakalanya strategi itu sendiri yang perlu ditukar. Perubahan ini dipanggil pivot atau putaran paksi.



Bayangkan ada seorang pengembara dari Kuala Lumpur hendak ke Bangkok. Beliau sudah ada visi yang jelas iaitu destinasinya Bangkok. Beliau memilih jalan darat sebagai strateginya. Kenderaan iaitu produk pilihan adalah kereta.

Sepanjang perjalanannya beliau mengubahsuai keretanya menjadi lebih pantas dan lebih selesa iaitu proses optimization. Namun dalam perjalanan mungkin beliau boleh memilih untuk menukar kenderaan (produk) kepada keretapi. Beliau juga boleh membuat perubahan lebih radikal dengan menukar strategi melalui jalan darat kepada laluan udara! Beliau boleh melakukan pivot menaiki pesawat pula berbanding terus meningkatkan keupayaan kenderaan daratnya. Ternyata menaiki pesawat lebih selesa dan pantas dan beliau tiba dalam masa dua jam sahaja.

<< Perakaunan Inovasi | Enjin Apa Pilihan Usahawan? >>

The Lean Startup: Perakaunan Inovasi


Perakaunan mungkin kedengaran seperti sesuatu yang membosankan dan melambatkan kerja. Dalam Lean Startup, fokus perakaunan adalah untuk meningkatkan produktiviti usaha startup.

Istilah perakaunan dalam konteks ini adalah secara umum iaitu memastikan semua pihak yang terlibat dapat diukur dan dinilai bidang tanggungjawabnya. Oleh itu, bukan kos dan perolehan semata-mata yang diambil kira. Banyak perkara lain seperti kadar pertumbuhan, jumlah pelanggan dan kadar viral dapat menjadi penanda aras. Dalam masa yang sama juga ukuran lain yang kurang bermakna seperti jumlah hit website, like di Facebook dan follower di Twitter diketepikan.

Perakaunan inovasi digunakan untuk menanda aras pencapaian startup dan meletakkan sasaran seterusnya. Sifat startup yang membawa perkhidmatan dan produk baru bermakna penanda aras dari perakaunan tradisional tidak begitu relevan. Lebih-lebih lagi apabila startup tersebut meneroka atau membuka sektor industri baru.

"When things get measured, things get done. When wrong things get measured wrong things get done." Cabaran startup adalah memilih perkara yang betul untuk diukur bagi memacu kitaran Build-Measure-Learn dan setiap startup mempunyai keperluan yang berbeza.

Alhamdulillah, kita telah tamat kesemua lima prinsip kaedah Lean Startup. Seterusnya kita akan lihat pula beberapa konsep lain seperti Pivot dan kaitannya dengan Business Model Canvas.

<< Bina-Ukur-Belajar | Hidupkan Enjin Anda! >>

The Lean Startup: Bina-Ukur-Belajar



Kitaran yang hendak dipacu dalam Lean Startup adalah Bina-Ukur-Belajar (Build-Measure-Learn). Usahawan menukar idea menjadi produk (rujuk MVP), mengukur respon daripada pelanggan dan kemudiannya belajar sama ada untuk meneruskan idea sedia ada atau mengubahnya.

Sebagai contoh, dalam projek DVD Ibrah Surah al-Kahfi saya dan Shakir melalui sekurang-kurangnya dua kitaran ini. Pada pusingan pertama kami melakukan tinjauan dan undian tentang topik yang dikehendaki. Daripada respon itulah barulah kami meneruskan ke pusingan kedua.

Pada pusingan kedua pula kami menawarkan pre-order bagi topik yang mendapat undian tertinggi pada pusingan pertama. Dalam kedua-dua pusingan kami mengukur menggunakan borang Google Docs yang mudah dan skrip autoresponder percuma yang diletakkan di blog. Ya, solusi IT kami juga berbentuk MVP dan tidak menghabiskan banyak wang untuk membina laman web. Daripada kedua-dua pusingan itu kami dapat mengukur banyak perkara tentang pelanggan.

<< Pembelajaran Yang Disahkan | Perakaunan Inovasi >>

The Lean Startup: Pembelajaran Yang Disahkan


Sebagai usahawan yang mengendalikan startup, terdapat banyak perkara yang tidak diketahui. Usahawan mungkin tidak tahu apa yang dikehendaki pasaran dan pengguna. Mungkin juga tidak tahu langsung bagaimana membinanya. Adakalanya juga tidak tahu berapakah harga yang hendak diletakkan.

Fungsi utama startup adalah untuk belajar dan bukannya menjana pendapatan semata-mata. Usahawan tidak mereka-reka cerita selepas sesuatu perkara berlaku tetapi sebaliknya merancang apa yang hendak dipelajari dan diukur secara empirikal. Itulah yang disebut sebagai pembelajaran yang disahkan.

Sebagai contoh, seorang usahawan dapat menunjukkan dengan jelas data menyokong kenyataan bahawa ramai pelanggannya datang melalui emel. Usahawan tersebut tidak mengatakan sebegitu semata-mata hasil tinjauan rambang kepada dua tiga orang pelanggan. Melalui pembelajaran yang disahkan usahawan belajar tentang apa yang menjadi untuk bisnes mereka dan apa kadarnya.

<< Keusahawanan Adalah Pengurusan | Bina-Ukur-Belajar >>

The Lean Startup: Keusahawanan Adalah Pengurusan

Ramai yang beranggapan bahawa usahawan adalah lawan kepada pengurus. Usahawan cool serta berani sedangkan pengurus banyak birokrasi serta takut membuat keputusan. Keusahawanan adalah sesuatu yang dilihat progresif serta dinamik sedangkan pengurusan adalah sesuatu yang statik dan lapuk.



Namun, usahawan membina institusi dan sebarang pembinaan memerlukan pengurusan. Benar, ilmu pengurusan sekarang terlalu korporat serta tidak sesuai untuk startup dan syarikat kecil tetapi itu tidak bermakna ilmu itu harus diketepikan terus. Ramai juga yang memulakan startup dengan visi dan aspirasi menjadi personaliti hebat seperti Steve Jobs semata-mata.

Startup dan usahawan memerlukan pengurusan. Bezanya pengurusan itu adalah pengurusan gaya baru yang sesuai dengan fitrah startup. Itulah yang hendak dirungkai dalam Lean Startup.

<< Usahawan Ada di Mana-mana! | Pembelajaran Yang Disahkan >>

The Lean Startup: Usahawan Ada di Mana-mana!


Prinsip pertama dalam kaedah Lean Startup adalah mengiktiraf bahawa usahawan ada di mana-mana dan tidak terhad kepada mereka yang memulakan bisnes sendiri sahaja. Ramai eksekutif dalam syarikat sebenarnya adalah usahawan apabila mereka membawa produk dan perkhidmatan baru ke pasaran.

Aktivis NGO juga adalah usahawan apabila dia mencipta kaedah baru untuk mengutip dana. Juga apabila dia memulakan kempen kesedaran yang menjangkau audien yang besar.

Gelaran usahawan tidak mengira usia, jantina, bangsa dan pangkat. Kata kuncinya - mengusahakan sesuatu yang baru; lebih-lebih lagi dalam keadaan serba kekurangan.

The Lean Startup: Minimum Viable Product

Minimum Viable Product secara literalnya adalah produk minimum berdaya saing. Bunyinya agak janggal kerana selama ini kita dihujani dengan seruan-seruan bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

MVP digunakan untuk memulakan kitaran Build-Measure-Learn dan bukannya produk akhir. Namun MVP juga bukan prototaip yang tidak dapat digunakan oleh pengguna. MVP adalah produk atau perkhidmatan yang dibina seringkas mungkin bagi diterima pakai oleh pengguna.

Adakah ini bermakna kualiti tidak penting? Kaedah Lean Startup menekan pengurangan pembaziran. Salah satu aspek pembaziran adalah mencipta produk berkualiti tinggi yang akhirnya tidak dimahukan oleh pelanggan. Pembaziran jenis ini juga mahu dielakkan dalam Lean Startup.

MVP digunakan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pengguna sebenar. Selepas itu barulah produk diubah dan kualiti ditingkatkan mengikut keperluan.

Antara Bentuk MVP yang paling ringkas adalah video. Video adalah MVP yang bagus kerana para pengguna dapat melihat sendiri bagaimana produk tersebut akan berfungsi walaupun sebelum dibina. Dua projek saya dan rakan-rakan sebelum ini juga menggunakan video sebagai MVP sebelum memulakan produksi. Oleh kerana produk akhir kami juga adalah video, orang ramai dapat melihat sendiri tahap kualiti produksi kami sebelum menghantar kepada kami sebarang wang.



<< Lima Prinsip Kaedah Lean Startup | Usahawan Ada di Mana-mana! >>

The Lean Startup: Lima Prinsip Kaedah Lean Startup

Berikut adalah lima prinsip kaedah Lean Startup
  1. Usahawan ada di mana-mana! Tidak kira di dalam syarikat gergasi, kerajaan, NGO atau syarikat kecil.
  2. Keusahawanan adalah pengurusan. Menjadi usahawan bukan melakukan kerja secara 'main redah' sahaja. Usaha yang dilakukan perlu diuruskan tetapi pengurusannya berbeza berbanding pengurusan korporat syarikat yang sudah stabil.
  3. Validated Learning (Pembelajaran yang disahkan). Startup terus belajar melalui siri eksperimen bagi menguji wawasan mereka.
  4. Build-Measure-Learn (Bina-Ukur-Belajar). Inilah kitaran yang harus dipacu dalam startup
  5. Innovation Accounting (Perakaunan Inovasi). Startup memerlukan sistem perakaunan yang berbeza bagi menjejaki usaha yang telah dilakukan selama ini dan menetapkan gol-gol seterusnya.

The Lean Startup: Definisi Lean Startup

Selama ini, pendekatan pengurusan moden menekankan kepada produktiviti. Para pekerja dan ahli pasukan diletakkan dalam jabatan-jabatan tersendiri seperti IT, jualan, pengurusan, kewangan, dan sebagainya. Produktiviti diukur mengikut fungsi kerja masing-masing. Pekerja jabatan jualan diukur berapa banyak jualan yang dibuat, jabatan IT pula diukur dari berapa baris kod yang ditulis dan pengurusan dinilai dari kecekapan menguruskan pentadbiran syarikat.


Namun nilaian produktiviti itu dikira berasingan dan tidak mengambil kira impak keseluruhan kepada nilai untuk pelanggan atau keuntungan syarikat. Sebagai contoh, jabatan IT mungkin boleh menyiapkan sebuah aplikasi dalam masa sebulan seperti yang ditetapkan tetapi akhirnya langsung tidak dibeli oleh pelanggan. Aplikasi tersebut mungkin tersalah spesifikasi atau langsung tidak diminta oleh pelanggan.

Juga sering berlaku para usahawan sibuk menghasilkan produk yang lebih canggih, makanan yang lebih sedap tetapi mengabaikan pemasaran dan jualan. Ini juga tidak membawa nilai kepada pelanggan dan keuntungan kepada syarikat.


Pendekatan Lean Startup membawa kesemua jabatan dalam satu pasukan cross-functional dalam menghasilkan nilai untuk pelanggan. Syarikat atau institusi wujud bagi terus belajar apa yang diinginkan oleh pelanggan serta pasaran dan bukannya menaikkan produktiviti individu setiap jabatan.

<< Lean Production System | Lima Prinsip Kaedah Lean Startup >>

The Lean Startup: Lean Production System

Lean Production System adalah satu pendekatan pengeluaran yang melihat sebarang penggunaan sumber selain untuk penciptaan nilai bagi pelanggan sebagai satu pembaziran. Secara asasnya, Lean adalah mengekalkan nilai dengan jumlah kerja yang kurang.

Mass production tradisional menggunakan kilang yang berbeza untuk produk berbeza dengan tahap peengeluaran dioptimumkan semaksima mungkin
Mass production selama ini menumpukan kepada peningkatan produktiviti dengan mengoptimumkan sesuatu kilang atau production line. Kilang menjadi semakin khusus untuk menghasilkan satu produk. Peralatan dan prosedur yang digunakan menjadi semakin khusus dan terperinic. Keuntungan diperoleh melalui kos yang semakin rendah apabila semakin banyak produk dihasilkan. Namun, penghasilan produk yang banyak secara murah tidak bermakna sekiranya produk yang dihasilkan rosak ataupun tidak mendapat permintaan yang cukup dari pelanggan.

Lean Production pula lebih fleksibel dalam menghasilkan produk dan mampu mengubah output berdasarkan permintaan.
Lean Production System pula lebih fleksibel di mana sebuah kilang boleh menghasilkan pelbagai produk. Peralatan dan prosedur yang digunakan juga lebih terbuka serta boleh diadaptasi mengikut keperluan. Kos menghasilkan setiap produk mungkin tidak serendah menggunakan kaedah mass production tradisional tetapi Lean Production System memastikan pengeluaran sentiasa sepadan dengan permintaan pelanggan.

<< Definisi Startup | Definisi Lean Startup >>

The Lean Startup: Definisi Startup


Buku ini adalah pasangan yang bagus kepada buku Business Model Generation dengan memberi panduan dalam melaksanakan business model yang baru. Bak kata Sifu Steve Blank, "No business plan survives first contact with customers" (Tiada pelan bisnes yang akan berjalan seperti yang dijangka apabila bertemu dengan pelanggan)

Sebelum kita pergi jauh, mari kita lihat dahulu apa erti startup. Startup tidak semestinya harus dimulakan dalam garaj seperti gergasi-gergasi IT. Startup juga tidak sepertinya bermula di Silicon Valley, bermula di Klang Valley pun boleh juga.



Menurut Eric Ries, "Startup adalah institusi manusia yang direka untuk mencipta produk atau perkhidmatan baru di bawah keadaan ketidaktentuan yang ekstrim" (A startup is a human institution designed to create a new product or service under conditions of extreme uncertainty)

Definisi ini tidak menyebut industri apa, di mana, siapa dan bila. Startup boleh wujud dalam sektor swasta, akademik, kerajaan, NGO, korporat dan pada peringkat individu. Asalkan anda mencipta produk atau perkhidmatan baru dalam keadaan yang serba tidak tentu (contohnya penerimaan pelanggan, keadaan pasaran, pulangan komersial) maka anda adalah seorang usahawan yang mengendalikan sebuah startup.

Seterusnya: Lean Production System

Buku Minggu Ini: The Referral Engine

Sebelum ini saya telah menulis sekitar sepuluh entri tentang Permission Marketing oleh Seth Godin. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana caranya melaksanakan pemasaran dengan konsep tersebut. Adakah wujud panduan praktikal untuk melakukan pemasaran yang berkesan?

Buku The Referral Engine oleh John Jatsch ini memberikan jawapannya. Beliau yang sebelum ini dikenali dengan buku Duct Tape Marketing, membawa satu panduan pemasaran yang holistik - offline dan online. Seth Godin sendiri turut merekomenkan buku ini.

Antara idea penting dalam buku ini adalah kepentingan referral sebagai enjin pertumbuhan jualan. Dengan cara para pelanggan sedia ada membawa pelanggan baru, sesuatu perniagaan dapat terus berkembang baik tanpa menghabiskan banyak wang.

Idea lain dalam buku ini yang tidak kurang penting adalah Content Marketing. Dalam konsep ini, konten berkualiti menjadi penarik dan membawa prospek kepada tawaran syarikat. Teknik ini berbeza berbanding SEO dan pengiklanan.

Tips dalam buku ini sedang dan akan diamalkan dalam rangka membawa lebih banyak pengunjung kepada Downloadilmu.com

Portfolio Projek 2012

Pengisytiharan manifesto semalam sebenarnya adalah berasaskan siri projek yang dijalankan sepanjang tahun ini. Asalnya, projek-projek tidak begitu terancang namun akhirnya saya dan rakan-rakan dapat belajar pelbagai perkara yang menjadi blok-blok asas sesuatu yang lebih besar.

Jalan-Jalan Cari Pasal

Projek ini adalah yang paling gila dan memenatkan. Perkara yang dieksperimen adakah boleh merakam sebuah dokumentari yang agak panjang seorang diri menggunakan DSLR. Kemahiran yang dipelajari adalah pengurusan logistik, produksi, subtitiling, produksi DVD dan menyelami budaya di pantai timur.

Bajet yang digunakan sangat rendah kerana semua peralatan adalah pinjaman, kos minyak hanya RM200, dan kami tinggal di homestay yang mengenakan caj RM45 semalam dan menumpang di rumah rakan.

Rakan kerjasama: Shahir Amin, Badruddin Ghazali

DVD Ibrah Surah al-Kahfi / Saifulislam Store


Projek ini tercetus semasa saya dan Shakir sedang melepak di Little White Cafe, Bangi. Pada waktu itu Tuan Yusry Yusopp turut ada. Mendapat inspirasi daripada projek Kickstarter Seth Godin, kami menirunya untuk membawa konten baru daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Menggunakan media sosial, kami menjalankan survey dan pre-order sebelum melakukan produksi. Ini sangat berbeza berbanding projek Jalan-Jalan Cari Pasal yang dirakam terlebih dahulu tanpa mengetahui hendak dijual ke mana serta sama ada wujud permintaan atau tidak.

Banyak skil teknikal dari projek JJCP digunakan dalam projek ini dan digabungkan dengan pemahaman baru tentang business model. Business Model Canvas projek ini dilakar di Umai Lake Cafe, Putrajaya. 

Walaupun projek ini dikira berjaya dan membawa pulangan signifikan kepada semua yang terlibat, value chain projek ini terlalu panjang. Proses dari survey hingga penghantaran DVD kepada pelanggan mengambil masa yang sangat panjang. 

Projek ini sangat mencabar kerana pada masa yang sama Shakir sudah sibuk untuk berhijrah sementara ke Manchester. Namun beliau membawa masuk rakan strategik baru iaitu Tuan Umar Taib yang banyak menyelesaikan urusan fasa terakhir produksi. Tanpa beliau mungkin projek kami sudah bungkus.

Rakan strategik: Shakir Salleh, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Umar Taib

Projek Mudahnya Ibadah


Oleh kerana menguruskan produksi dan penghantaran produk fizikal adalah sesuatu yang sangat renyah, kami bereksperimen dengan business model direct-to-digital. Semasa di Janda Baik bersama Puan Ainon Mohd dan Tuan Ahmad Saifuddin Yusof, muncul idea dari sifu untuk memberi panduan ibadah melalui audio digital.

Puan Ainon menulis skripnya dan saya pula merakam suara Tuan Ahmad Saifuddin. Setelah diedit dengan perisian open-source Audacity, kami upload ke Gumroad.com kerana tidak mahu mengeluarkan kos bagi sistem pengedaran produk digital. 

Respon daripada orang ramai sangat baik dan mencatatkan lebih 1000 hit dalam masa beberapa hari. Namun, jualannya sangat rendah kerana kebanyakan mereka tidak dapat membayar menggunakan kad kredit. 

Projek ini mengesahkan permintaan terhadap produk digital seperti ini dan keperluan orang ramai bagi menyelesaikan masalah mereka. 

Rakan strategik: Puan Ainon Mohd, Tuan Ahmad Saifuddin Yusof

DownloadIlmu.com



Projek ini pula menggabungkan elemen-elemen daripada projek-projek sebelum ini dan membawa masuk beberapa rakan strategik baru. Projek ini bermula daripada idea Tuan Syed Faiz Syed Mahmad dan Tuan Yusry Yusopp bagi menghasilkan eBook Tim Hadith Psikologi. Mereka mahu melabur untuk platform konten digital dan plugin payment gateway. Saya melihat platform itu mampu menjadi sistem yang lebih meluas. Saya melakarkan konsepnya berdasarkan teori Long Tail oleh Chris Anderson dan memberikan nama DownloadIlmu.com

Saya tidak memegang pegangan langsung dalam platform dan sebaliknya bertindak sebagai pembekal utama. Oleh itu, Buku Audio Publication pula ditubuhkan bagi membekalkan konten. Konten daripada projek DVD Ibrah Surah al-Kahfi dan Mudahnya Ibadah pula diupload semula ke DownloadIlmu.

Projek ini juga memberi peluang untuk saya bereksperimen dengan teknologi cloud seperti Amazon S3 yang digunakan bagi pengedaran konten video. Saya juga dapat hands-on mengendalikan Long Tail Marketplace dan melihat fenomena ini beraksi secara realiti.

Rakan Strategik: Puan Ainon Mohd, Syed Faiz Syed Mahmad, Tuan Yusry Yusopp

'Validated Learning'

Kesemua projek ini dimulakan dengan kos yang rendah menggunakan apa yang ada di tangan atau dipinjam. Setiap satu projek membina skil yang berguna untuk dibawa ke projek seterusnya. Pemahaman tentang Business Model Canvas dan Lean Startup yang datang sepanjang siri projek ini sangat membantu. Semua yang terlibat dapat melihat projek-projek ini sebagai siri eksperimen dan mencapai 'Validated Learning'. Validated Learning (pembelajaran yang disahkan) adalah konsep penting yang dibawa oleh Eric Ries dalam Lean Startup. InsyaAllah minggu hadapan saya akan mula menulis tentangnya dalam blog ini.

Manifesto Bisnes

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikut adalah manifesto bisnes saya bagi tahun 1434H/2013M:

  1. Memudahkan dan meluaskan penyebaran ilmu dalam Bahasa Melayu
  2. Menghubungkan para pencari ilmu dengan pakar sebenar
  3. Membolehkan para pakar menjana pendapatan melalui perkongsian ilmu secara lebih sistematik dan mudah
Semua ini akan dicapai melalui:
  1. Penerbitan bahan ilmu dalam bentuk teks, audio dan video terutamanya melalui medium digital
  2. Pembangunan platform penyebaran ilmu
Semoga Allah merahmati mereka yang telah dan akan membantu saya mengisi manifesto ini. Antaranya Puan Ainon Mohd, Tuan Irwan Dahnil, Tuan Naim Jaafar, Tuan Ahmad Shakir, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Tuan Umar Taib, Tuan Yusry Yusopp, Tuan Fazrul Ismail, Tuan Izwan Wahab dan seluruh keluarga tercinta.

Nantikan eBook Business Model Canvas Edisi Ekstra

Sebagai kesinambungan kepada dua versi eBook percuma Business Model Canvas Malaysia, saya kini sedang menulis Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra. eBook ini akan mengandungi dua kali ganda konten berbanding edisi percuma.

Senarai Link Rujukan Business Model Canvas

Berikut adalah senarai link bagi tuan-tuan yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang Business Model Canvas

eBook
  1. Preview Business Model Generation - http://businessmodelgeneration.com/downloads/businessmodelgeneration_preview.pdf
  2. Business Model Canvas Malaysia - http://bit.ly/eBookBMC2

iPad App
  1. Business Model Toolbox - https://itunes.apple.com/us/app/business-model-toolbox/id431605371
  2. Paper (App yang saya guna untuk melakar lukisan yang mengiringi entri blog) - https://itunes.apple.com/us/app/paper-by-fiftythree/id506003812?mt=8
Video
  1. Business Model Canvas - http://www.youtube.com/playlist?list=PLvu-4QD4IOm6QKCOmHbq9B77OMR1mejbI
Blog
  1. Dr. Alexander Osterwalder - http://www.businessmodelalchemist.com
  2. Dr. Yves Pigneur - http://people.hec.unil.ch/ypigneur/
Oh ya, nampaknya buku Business Model Generation juga sudah ada dalam edisi Jepun. Saya sangat teringin memilikinya walaupun langsung tidak faham Nihon-go!





Zakat & Sumbangan

Alhamdulillah, semalam saya mengisi slot Business Model Canvas dalam Kursus Pembangunan Kepimpinan PPZ di Pullman Putrajaya Lakeside. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat Tuan Shah Riza yang menjemput saya dan meletakkan saya sebaris dengan para trainer yang lebih berpengalaman.


Dalam kursus ini saya sendiri banyak belajar daripada para peserta di samping saya berkongsi ilmu yang ada. Antaranya ada peruntukan untuk mereka yang telah membayar zakat melebihi RM50 ribu untuk mengambil balik 25 peratus dan diagihkan sendiri. PPZ juga meneroka media baru dan mempunyai pegawai yang bertanggungjawab mengendali laman Facebook PPZ.

Tamat kursus, saya dan Tuan Iskandar Syah Ismail ke Serdang mengunjungi Puan Masnah iaitu balu kepada penulis PTS Tuan Imran Yusuf. Kami menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM1000 hasil kutipan daripada rakan-rakan penulis dan penterjemah. Semoga Allah merahmati para penyumbang dan semoga perpindahan Che' Nah ke Melaka berjalan lancar.



Aktiviti Hari Ini

Petang ini saya akan mengisi satu slot tentang Business Model Canvas bagi Pegawai PPZ di Putrajaya. Saya akan kongsikan tentang asas Business Model Canvas dan kajian kes business model dalam sektor kebajikan. Di luar sektor bisnes sekalipun kita dapat lihat pelbagai business model walaupun bagi projek yang sama fungsinya.

Sementara itu, pagi ini saya membaca majalah Inc bagi mengikuti perkembangan dunia bisnes dan meninjau business model akan datang.

p/s: Nampaknya tema hari ini adalah hitam putih



Tips Produktiviti 2



Tingkatkan ilmu pengetahuan dengan mendengar buku audio sambil berjoging. Dalam masa yang sama boleh mendapat dua manfaat. Bukan sahaja badan cergas malah otak pun cerdas. Gunakan armband bagi memastikan smartphone atau pemain MP3 berada dalam posisi yang selamat sepanjang berjoging. 

Smartphone tidak sesuai diletakkan dalam poket pakaian semasa berjoging kerana peluh akan meresap masuk di celah-celah peranti dan merosakkan komponen. Saya sendiri pernah menggantikan keyboard smartphone kerana selalu membawanya berjoging.

Buku audio Bahasa Inggeris boleh didapati di www.audible.com manakala buku audio tempatan pula ada di www.downloadilmu.com

Saya pernah juga terjumpa orang berjoging sambil mendengar ayat quran. Namun belum pernah pula saya terjumpa yang dengar ceramah agama! 

Faktor Undang-undang & Cost Structure

Kita bersambung daripada entri semalam tentang kesan undang-undang terhadap Value Proposition. Secara luarannya kita dapat lihat kehilangan perlindungan undang-undang dalam bentuk cukai menghilangkan Price sebagai Value Proposition.

Namun apa yang sebenarnya berlaku adalah kehilangan perlindungan itu menyerang Cost Structure syarikat. Mengambil contoh kedai elektronik di Langkawi, sudahlah harga menjadi sama seperti di tanah besar. Mereka juga berhadapan dengan kos pengangkutan yang lebih tinggi di Langkawi. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, keadaan ini meruntuhkan Cost Structure mereka sama sekali.

Faktor Undang-Undang & Value Proposition

Ada kalanya perubahan undang-undang boleh melenyapkan Value Proposition terutamanya yang berkaitan Price. Contoh yang dapat diperhatikan adalah apa yang berlaku di Langkawi. Pertama kali saya datang ke Langkawi 11 tahun dahulu terdapat banyak kedai menjual barangan elektrik dan elektronik di Langkawi. 

Pada lawatan saya yang terbaru, hanya tinggal 1-2 kedai elektrik sahaja. Puncanya? Penghapusan cukai dan duti barangan elektrik bermakna sudah tiada perbezaan harga antara Langkawi dengan tanah besar.  Kehilangan Value Proposition juga bermakna kehilangan bisnes. 

Kedai Sony di Langkawi pun boleh tutup!
Dalam keadaan yang lebih ekstrim, ura-ura perubahan undang-undang sudah cukup untuk menggugat banyak bisnes. Kempen Turunkan Harga Kereta oleh PKR sudah cukup untuk menyebabkan banyak kedai kereta hilang jualan. Ramai bakal pembeli menunggu perubahan kerajaan atau paling tidak penurunan cukai oleh kerajaan sedia ada dalam menghadapi pencabarnya.


Bukan itu sahaja, business model pengeluar kereta tempatan juga akan terjejas teruk dan mungkin tutup terus kerana Value Proposition mereka juga adalah Price. Lebih parah lagi, Value Proposition mereka adalah artificial kerana terhasil daripada perlindungan undang-undang.

Faktor Undang-Undang & Key Resources


Undang-undang juga boleh memberi kesan dalam pemerolehan Key Resources. Sebagai contoh, katakan ada seseorang mahu menjual pengesan perangkap laju di Malaysia. Peralatan tersebut adalah haram di Malaysia dan oleh itu stok tidak dapat dibawa masuk. Jika Key Resources tidak dapat dibawa maka nanti Key Activities menjualnya juga tidak dapat dilakukan.



Dalam skala yang lebih besar, kita boleh lihat kes Lynas. Tanpa kebenaran daripada kerajaan, syarikat asing tersebut tidak akan berani membawa masuk bahan radioaktif ke dalam negara. Dalam masa yang sama pula, golongan masyarakat yang prihatin mempunyai persepsi bahawa kerajaan bertindak sebagai Key Partner yang berkepentingan dalam projek tersebut.

Setakat ini hanya lesen operasi sementara untuk 2 tahun yang telah dikeluarkan dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Perkara ini menggugat business model Lynas kerana pembukaan kilang di Malaysia bermakna value proposition Cost Reduction kepada mereka. 

Ada kalanya, undang-undang hanya memberi kekangan sementara kepada sesuatu key rescources. Sebagai contoh, katakan sebuah cerpen saya terbit dalam majalah Dewan Kosmik pada bulan November dan dalam masa yang sama saya mahu menerbitkan antologi cerpen saya. Saya harus tunggu sehingga tempoh eksklusif penerbitan cerpen tersebut oleh Dewan Kosmik tamat pada bulan Disember sebelum saya dapat memasukkan cerpen tersebut dalam antologi cerpen saya.

Esok kita akan lihar pula kesan undang-undang terhadap Value Proposition, InsyaAllah.

Faktor Undang-undang & Key Partners



Undang-undang banyak memberi kesan kepada sesuatu business model. Kesannya dirasai dalam pelbagai blok antaranya:

a. Key Partners
b. Key Resources
c. Value Proposition
d. Cost Structure
e. Revenue Stream
f. Key Resources



Sebagai contoh, undang-undang Malaysia menetapkan bahawa warganegara asing memerlukan visa perniagaan atau visa berkerja bagi membuka syarikat dan akaun bank di Malaysia. Warganegara asing tersebut boleh membuatnya seorang diri asalkan dia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia.

Sekiranya dia tidak menetap di Malaysia, dia memerlukan dua ahli lembaga pengarah dalam syarikatnya menetap di Malaysia. Ini bermakna dia memerlukan setidak-tidaknya dua Key Partners untuk membolehkannya beroperasi di Malaysia. Ini membolehkan Key Activities dilakukan.

Di China, sesetengah kerajaan tempatan mahukan pegangan dalam syarikat sebelum membenarkan sesebuah kilang dibina atau sesuatu projek bermula. Dalam kes ini, kerajaan tempatan sebagai Key Partner membolehkan Key Activities dijalankan dan Key Resources (tanah) diperolehi.

Ini juga yang dimaksudkan sebagai 'pemerolehan sumber & aktiviti' dalam Key Partners selain contoh yang telah dinyatakan sebelum ini.

Esok kita akan lihat pula kesannya kepada blok Key Partners, InsyaAllah.

Pembangunan Produk Buku Audio

Bukan semua orang boleh ambil mikrofon dan rakam begitu sahaja. Suara adalah bakat tersendiri dan mempunyai ruang lingkup skill tertentu. Sebagai panduan umum, suara lelaki lebih mudah diterima oleh semua. Jika tuan-tuan lihat di carta buku audio Audible.com, kebanyakan buku dibaca oleh lelaki.

Bagi menghasilkan buku audio yang lebih berkualiti, hari ini Tuan Irwan Dahnil berguru dengan Puan Ainon Mohd bagi meningkatkan skil fonetik beliau. Latihan termasuk jenis-jenis bunyi, tone dan kelajuan.

Nantikan produk baru di www.downloadilmu.com tidak lama lagi.




Kembali Dari Cuti

Alhamdulillah, setelah seminggu saya kembali menulis di sini. Separuh masa pertama percutian saya adalah ke Langkawi - pada bahagian ini saya betul-betul bercuti. Malah iPad saya turut ditinggalkan di rumah.



Pulang sebentar ke Kuala Lumpur saya meneruskan perjalanan ke Singapura pula. Masuk bahagian kedua saya separa bekerja kerana pergi berjumpa beberapa orang rakan dan sifu Dr. Yves Pigneur bagi membincangkan beberapa perkara bisnes. Kali ini saya bawa iPad tetapi laptop masih ditinggalkan supaya tidak gila kerja.


Kembali dari bercuti turut bermakna beberapa perubahan gerak kerja. Laman web www.malaysianbusinessmodel.com akan saya ubah menjadi blog Bahasa Inggeris. Saya juga akan menghasilkan versi penuh eBook Business Model Canvas Malaysia yang disasarkan akan mengandungi 70 halaman berbanding 30 halaman lebih yang ada dalam versi percuma sekarang ini. Secara strategiknya, saya akan menumpukan kepada pembangunan konten dan sistem dalam tempoh penghujung 2012 yang masih berbaki ini.

Cuti!

Bermula esok saya akan bercuti! Destinasi saya adalah dua buah pulau yang sangat berbeza dari segi karakter dan identitinya. Semoga percutian ini membantu saya untuk lebih produktif kelak!

Nota: Produk baru Buku Audio minggu ini adalah Komunikasi Positif oleh Puan Ainon Mohd dan Ibrah Surah al-Kahfi oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Business Model Canvas: Faktor Luaran

Ramai yang bertanya, di manakan letaknya pesaing dalam Business Model Canvas? Apa yang ada di dalam Business Model Canvas hanyalah perkara yang boleh dikawal oleh pemilik bisnes. Semua perkara lain adalah faktor-faktor luaran yang tidak boleh dikawal tetapi mempengaruhi kejayaan sesebuah Business Model.

Antara faktor-faktor tersebut adalah:
  1. Teknologi
  2. Undang-undang
  3. Pelanggan
  4. Pasaran
  5. Pesaing
Perbincangan di blog Dr. Alexander Osterwalder tentang topik ini turut membincangkan kemungkinan meletakkan rakan niaga sebagai faktor luaran juga dan bukannya di dalam Key Partners di Business Model Canvas. Namun, bagi tujuan perbincangan di blog ini kita akan tumpukan dahulu kepada lima faktor di atas.

Buku Minggu Ini: The Long Tail

Dalam rangka perancangan portal DownloadIlmu.com, buku utama yabg nenjadi rujukan adalah Long Tail tulisan Chris Anderson. Buku ini bermula dengan menerangkan  bagaimana selama ini pasaran bergantung kepada hits menghasilkan keuntungan. Kos pengedaran yang tinggi memerlukan produk yang dijual pantas dibeli pelanggan.

Namun, kehadiran internet membawa kos pengedaran menghampiri sifar. Ini sama sekali mengubah dinamik pasaran dan perangai pengguna. Jadi bagaimana anda harus berniaga dalam keadaan dunia yang telah berubah? Buku ini memberi kerangka pemikiran yang betul bagi menangani model bisnes yang berteraskan fenomena Long Tail.

Esok saya akan kembali menyambung topik Business Model tentang faktor-faktor luaran. Kemudian barulah kita menyelami Long Tail, InsyaAllah.