Faktor Undang-Undang & Value Proposition

Ada kalanya perubahan undang-undang boleh melenyapkan Value Proposition terutamanya yang berkaitan Price. Contoh yang dapat diperhatikan adalah apa yang berlaku di Langkawi. Pertama kali saya datang ke Langkawi 11 tahun dahulu terdapat banyak kedai menjual barangan elektrik dan elektronik di Langkawi. 

Pada lawatan saya yang terbaru, hanya tinggal 1-2 kedai elektrik sahaja. Puncanya? Penghapusan cukai dan duti barangan elektrik bermakna sudah tiada perbezaan harga antara Langkawi dengan tanah besar.  Kehilangan Value Proposition juga bermakna kehilangan bisnes. 

Kedai Sony di Langkawi pun boleh tutup!
Dalam keadaan yang lebih ekstrim, ura-ura perubahan undang-undang sudah cukup untuk menggugat banyak bisnes. Kempen Turunkan Harga Kereta oleh PKR sudah cukup untuk menyebabkan banyak kedai kereta hilang jualan. Ramai bakal pembeli menunggu perubahan kerajaan atau paling tidak penurunan cukai oleh kerajaan sedia ada dalam menghadapi pencabarnya.


Bukan itu sahaja, business model pengeluar kereta tempatan juga akan terjejas teruk dan mungkin tutup terus kerana Value Proposition mereka juga adalah Price. Lebih parah lagi, Value Proposition mereka adalah artificial kerana terhasil daripada perlindungan undang-undang.

Faktor Undang-Undang & Key Resources


Undang-undang juga boleh memberi kesan dalam pemerolehan Key Resources. Sebagai contoh, katakan ada seseorang mahu menjual pengesan perangkap laju di Malaysia. Peralatan tersebut adalah haram di Malaysia dan oleh itu stok tidak dapat dibawa masuk. Jika Key Resources tidak dapat dibawa maka nanti Key Activities menjualnya juga tidak dapat dilakukan.



Dalam skala yang lebih besar, kita boleh lihat kes Lynas. Tanpa kebenaran daripada kerajaan, syarikat asing tersebut tidak akan berani membawa masuk bahan radioaktif ke dalam negara. Dalam masa yang sama pula, golongan masyarakat yang prihatin mempunyai persepsi bahawa kerajaan bertindak sebagai Key Partner yang berkepentingan dalam projek tersebut.

Setakat ini hanya lesen operasi sementara untuk 2 tahun yang telah dikeluarkan dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Perkara ini menggugat business model Lynas kerana pembukaan kilang di Malaysia bermakna value proposition Cost Reduction kepada mereka. 

Ada kalanya, undang-undang hanya memberi kekangan sementara kepada sesuatu key rescources. Sebagai contoh, katakan sebuah cerpen saya terbit dalam majalah Dewan Kosmik pada bulan November dan dalam masa yang sama saya mahu menerbitkan antologi cerpen saya. Saya harus tunggu sehingga tempoh eksklusif penerbitan cerpen tersebut oleh Dewan Kosmik tamat pada bulan Disember sebelum saya dapat memasukkan cerpen tersebut dalam antologi cerpen saya.

Esok kita akan lihar pula kesan undang-undang terhadap Value Proposition, InsyaAllah.

Faktor Undang-undang & Key Partners



Undang-undang banyak memberi kesan kepada sesuatu business model. Kesannya dirasai dalam pelbagai blok antaranya:

a. Key Partners
b. Key Resources
c. Value Proposition
d. Cost Structure
e. Revenue Stream
f. Key Resources



Sebagai contoh, undang-undang Malaysia menetapkan bahawa warganegara asing memerlukan visa perniagaan atau visa berkerja bagi membuka syarikat dan akaun bank di Malaysia. Warganegara asing tersebut boleh membuatnya seorang diri asalkan dia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia.

Sekiranya dia tidak menetap di Malaysia, dia memerlukan dua ahli lembaga pengarah dalam syarikatnya menetap di Malaysia. Ini bermakna dia memerlukan setidak-tidaknya dua Key Partners untuk membolehkannya beroperasi di Malaysia. Ini membolehkan Key Activities dilakukan.

Di China, sesetengah kerajaan tempatan mahukan pegangan dalam syarikat sebelum membenarkan sesebuah kilang dibina atau sesuatu projek bermula. Dalam kes ini, kerajaan tempatan sebagai Key Partner membolehkan Key Activities dijalankan dan Key Resources (tanah) diperolehi.

Ini juga yang dimaksudkan sebagai 'pemerolehan sumber & aktiviti' dalam Key Partners selain contoh yang telah dinyatakan sebelum ini.

Esok kita akan lihat pula kesannya kepada blok Key Partners, InsyaAllah.

Pembangunan Produk Buku Audio

Bukan semua orang boleh ambil mikrofon dan rakam begitu sahaja. Suara adalah bakat tersendiri dan mempunyai ruang lingkup skill tertentu. Sebagai panduan umum, suara lelaki lebih mudah diterima oleh semua. Jika tuan-tuan lihat di carta buku audio Audible.com, kebanyakan buku dibaca oleh lelaki.

Bagi menghasilkan buku audio yang lebih berkualiti, hari ini Tuan Irwan Dahnil berguru dengan Puan Ainon Mohd bagi meningkatkan skil fonetik beliau. Latihan termasuk jenis-jenis bunyi, tone dan kelajuan.

Nantikan produk baru di www.downloadilmu.com tidak lama lagi.




Kembali Dari Cuti

Alhamdulillah, setelah seminggu saya kembali menulis di sini. Separuh masa pertama percutian saya adalah ke Langkawi - pada bahagian ini saya betul-betul bercuti. Malah iPad saya turut ditinggalkan di rumah.



Pulang sebentar ke Kuala Lumpur saya meneruskan perjalanan ke Singapura pula. Masuk bahagian kedua saya separa bekerja kerana pergi berjumpa beberapa orang rakan dan sifu Dr. Yves Pigneur bagi membincangkan beberapa perkara bisnes. Kali ini saya bawa iPad tetapi laptop masih ditinggalkan supaya tidak gila kerja.


Kembali dari bercuti turut bermakna beberapa perubahan gerak kerja. Laman web www.malaysianbusinessmodel.com akan saya ubah menjadi blog Bahasa Inggeris. Saya juga akan menghasilkan versi penuh eBook Business Model Canvas Malaysia yang disasarkan akan mengandungi 70 halaman berbanding 30 halaman lebih yang ada dalam versi percuma sekarang ini. Secara strategiknya, saya akan menumpukan kepada pembangunan konten dan sistem dalam tempoh penghujung 2012 yang masih berbaki ini.

Cuti!

Bermula esok saya akan bercuti! Destinasi saya adalah dua buah pulau yang sangat berbeza dari segi karakter dan identitinya. Semoga percutian ini membantu saya untuk lebih produktif kelak!

Nota: Produk baru Buku Audio minggu ini adalah Komunikasi Positif oleh Puan Ainon Mohd dan Ibrah Surah al-Kahfi oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Business Model Canvas: Faktor Luaran

Ramai yang bertanya, di manakan letaknya pesaing dalam Business Model Canvas? Apa yang ada di dalam Business Model Canvas hanyalah perkara yang boleh dikawal oleh pemilik bisnes. Semua perkara lain adalah faktor-faktor luaran yang tidak boleh dikawal tetapi mempengaruhi kejayaan sesebuah Business Model.

Antara faktor-faktor tersebut adalah:
  1. Teknologi
  2. Undang-undang
  3. Pelanggan
  4. Pasaran
  5. Pesaing
Perbincangan di blog Dr. Alexander Osterwalder tentang topik ini turut membincangkan kemungkinan meletakkan rakan niaga sebagai faktor luaran juga dan bukannya di dalam Key Partners di Business Model Canvas. Namun, bagi tujuan perbincangan di blog ini kita akan tumpukan dahulu kepada lima faktor di atas.

Buku Minggu Ini: The Long Tail

Dalam rangka perancangan portal DownloadIlmu.com, buku utama yabg nenjadi rujukan adalah Long Tail tulisan Chris Anderson. Buku ini bermula dengan menerangkan  bagaimana selama ini pasaran bergantung kepada hits menghasilkan keuntungan. Kos pengedaran yang tinggi memerlukan produk yang dijual pantas dibeli pelanggan.

Namun, kehadiran internet membawa kos pengedaran menghampiri sifar. Ini sama sekali mengubah dinamik pasaran dan perangai pengguna. Jadi bagaimana anda harus berniaga dalam keadaan dunia yang telah berubah? Buku ini memberi kerangka pemikiran yang betul bagi menangani model bisnes yang berteraskan fenomena Long Tail.

Esok saya akan kembali menyambung topik Business Model tentang faktor-faktor luaran. Kemudian barulah kita menyelami Long Tail, InsyaAllah.


Perkembangan DownloadIlmu.com

Alhamdulillah, hari pertama operasi kami berjalan dengan baik dan mencapai sasaran. Hari ini kami maju selangkah lagi dengan menawarkan konten dalam bentuk Video HD pula.

Tuan-tuan boleh download terus di http://downloadilmu.com/shop/video-teknik-kaunseling/

Preview:

DownloadIlmu.com Kini Dibuka!

Alhamdulillah, hari ini laman web DownloadIlmu.com mula beroperasi secara rasmi. Semua konten digital akan dihantar sebaik sahaja pembayaran disahkan.

Terima kasih kepada tuan-tuan yang telah menguji sistem pembelian semalam dan memberi maklumbalas. Minggu hadapan nantikan dua produk Buku Audio lagi daripada Puan Ainon Mohd dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. 

Live: Anugerah Terjemahan Negara



Testing DownloadIlmu.com

Alhamdulillah, kini tinggal sehari sahaja sebelum pelancaran rasmi portal Download Ilmu. Jika diimbas kembali, dua Buku Audio yang dirakam pada 20 September adalah:
  1. "Bagaimana Menarik Minat Orang Supaya Suka Berbual-Bual Dengan Kita"
  2. "Bagaimana Mencipta Perasaan Puas Hati Pada Orang Selepas Dia Berbual-Bual Dengan Kita"

Bagi kemudahan tuan-tuan-berikut adalah video panduan cara membeli di DownloadIlmu

Buat masa ini, hanya link produk Buku Audio yang boleh didownload. Selain daripada itu, tunggu esok. Minggu hadapan saya akan lancarkan Buku Audio Komunikasi Positif oleh Puan Ainon Mohd pula, InsyaAllah.