Bagaimana Menguasai Strategi?

Antara jalan utama menguasai strategi bisnes adalah melalui pembacaan yang luas. Terdapat banyak strategi yang digunakan dalam dunia bisnes. Mazhabnya pula berbeza-beza. Ada yang mengatakan bisnes adalah bakat, ada pula yang mengatakan skil bisnes boleh diajar.

Strategi juga terbahagi kepada banyak bahagian:

  1. Inovasi
  2. Marketing
  3. Pengurusan
  4. dan lain-lain...



Membaca buku-buku bisnes sebenarnya tidak sekadar 1+1=2. Semakin banyak membaca, buku-buku itu saling mengukuhkan pemahaman dan memberi perspektif baru. Oleh itu, pakar strategi tidak akan mudah sangkut apabila berhadapan dengan cabaran.

Membaca buku sahaja tidak cukup kerana selalunya buku lebih banyak mengandungi kes-kes lama dan teori berbanding praktikal. Majalah seperti Inc memberi tambahan kajian kes pengalaman para usahawan dalam pelbagai bidang.


Lebih penting lagi adalah bereksperimen dengan strategi-strategi yang dipelajari. Pengalaman praktikal tidak kira besar atau kecil akan memberi pemahaman berkali-kali ganda berbanding sekadar membaca. Namun sekadar berekseperimen tanpa membaca dahulu apa yang dieksperimen juga tiada gunanya!


Apa Itu Tips?

Tips adalah adalah trik atau 'hint' dalam melaksanakan sesuatu taktik. Jika strategi adalah pandangan keseluruhan dan taktik sebagai laluan spesifik, tips pula ada jalan pintas atau shortcut atau rahsia bagi laluan tertentu.

Sebagai contoh, strateginya adalah Permission Marketing dan taktiknya adalah menggunakan borang Google Docs. Tipsnya adalah mengaktifkan data validation bagi memastikan emel yang dimasukkan adalah sah. Jika emel tidak sah, pengguna tidak dapat submit borang tersebut.

Tips ini tidak terapakai bagi taktik lain seperti menggunakan Aweber kerana fungsi ini memang sudah sedia diaktifkan. Strategi lain yang tidak mengumpulkan data prospek juga tentu sekali tidak relevan dengan tips ini.

Ramai yang obses mencari 'rahsia-rahsia' ini tanpa memikirkan taktik apa pun yang hendak digunakan. Mereka percaya inilah yang diperlukan untuk mencapai kejayaan sedangkan sekadar mengumpul tips tidak memberi arah yang jelas dalam bisnes.

Ramai yang mengaku pakar sebenarnya hanya menabur tips kepada audien dari atas pentas. Mereka ini ibarat memberi nasihat sekiranya terjumpa ular di tengah jalan harus ditangkap supaya dapat dijual di akhir perjalanan. Nasihat diberi tanpa mengira bahawa bukan semua ular berharga untuk dijual. Lebih bahaya lagi, banyak ular yang tidak patut diganggu langsung kerana sekali patuk pantas mengundang maut!



Apa Itu Strategi & Taktik?

Strategi adalah ilmu mencerap keadaan sekeliling dan membuat rancangan. Pakar strategi dapat menganalisa keadaan semasa dan memilih jalan yang paling sesuai. Mereka yang menggunakan strategi dapat mengenalpasti peluang dan halangan serta beberapa pilihan pendekatan.


Taktik pula langkah atau teknologi spesifik dalam melaksankan sesuatu rancangan strategik. Mereka yang mengikut taktik semata-mata terpaksa meniru langkah demi langkah setiap simpang. Jika tidak mereka akan mati akal dan sesat. Mereka yang bermain dengan strategi pula dapat memilih simpang lain mengikut keadaan.

Sebagai contoh, katakan seorang usahawan memilih untuk menggunakan strategi Permission Marketing. Objektif strategi ini adalah untuk mengumpul data prospek supaya dapat terus berhubung dan akhirnya menjual. Terdapat banyak taktik yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi ini antaranya menggunakan blog, Google Docs dan Aweber. Usahawan yang mensasarkan kurang daripada 500 orang tahu dia cukup dengan Google Docs dan tidak memerlukan Aweber.

Usahawan yang hanya tahu taktik menggunakan Aweber pula akan terus menggunakan aplikasi tersebut walaupun sebenarnya tidak sesuai dengan keperluannya. Apabila mereka tidak berjaya mengumpul pelanggan, mereka menyalahkan aplikasi walaupun sebenarnya strategi mereka salah. Usahawan tersebut mungkin tidak menyediakan umpan yang cukup bagus untuk menarik pelanggan.

Pendaftaran coaching Strategic Thinking Untuk Orang Bisnes dibuka di sini.

Mengapa Strategi Diperlukan?

Strategi memberi keupayaan untuk mencerap keadaan sekeliling dan memilih kaedah apa yang paling baik. Sebagai contoh, seseorang itu boleh ke gunung satu lagi melalui jalan darat, air atau udara.  Setelah memilih kaedah pengangkutan, laluan sebenar pula boleh ditentukan sendiri. Mereka yang menguasai strategi boleh melakar peta sendiri.

Mereka yang bergantung kepada taktik pula sebenarnya bergantung kepada peta orang lain. Peta tersebut telah menunjukkan dengan jelas jalan mana yang pernah digunakan. Namun, lama-kelamaan peta mungkin sudah lapuk atau keadaan jalan sudah berubah. Mereka yang bergantung kepada peta orang lain akan buntu sekiranya peta tidak lagi boleh digunakan.

Lebih buruk lagi, mereka tidak faham mengapa jalan itu yang dipilih menyebabkan mereka tidak dapat memilih jalan yang sesuai dengan keupayaan diri. Mengapa perlu memilih jalan darat sekiranya seseorang itu sebenarnya pandai berenang dan mempunyai bot laju?

Mereka yang menguasai strategi bukan sahaja menguasai pelbagai kaedah malah dapat memikirkan kaedah baru. Sebagai contoh sekiranya hanya satu ayat yang perlu dihantar tidak perlulah bersusah-payah mendaki gunung menghantar surat; cukuplah dengan isyarat asap untuk menyampaikan mesej. Namun mereka yang hanya mengikut peta tetap akan meredah jalan paling sukar!

Apa Perkara Pokok UX?


Jika hendak disenaraikan apa buku yang perlu dibaca bagi menjadi pakar UX, memang terlalu banyak. UX adalah persimpangan antara pengguna, teknologi dan bisnes. Komponen teknologi pula sangat pantas maju ke hadapan.

Fokus UX tetap pada pengguna; iaitu apa yang dialami oleh mereka. Teknologi dan pasaran sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Namun, apa yang dikehendaki oleh manusia tetap sama.

Maka, apa yang skill asas yang diperlukan untuk mencipta UX yang baik? Hanya ada dua iaitu:
  1. Observation (Pemerhatian)
  2. Common Sense / Empathy (Empati)
Video Tutorial Edgecraft kini boleh didapati Downloadilmu.

Bagaimana Mencipta UX Yang Hebat?

Apabila kita melihat sesuatu produk dengan UX yang hebat, kita sebenarnya hanya melihat Surface atau Permukaannya. Sebenarnya terdapat empat lagi lapisan di bawahnya yang menjadi batu asas UX. Lapisan tersebut adalah:
  1. Surface (Permukaan)
  2. Skeleteon (Rangka)
  3. Structure (Struktur)
  4. Scope (Skop)
  5. Strategy (Strategi)
Sebagai contoh, para pelanggan hanya lihat siri buku Chef Hanieliza laku dijual di Mydin. Itu baru surface, zahirnya.



Paling mendasar, PTS memilih strategi Tribe iaitu mencari chef yang memang sudah ada pengikutnya tersendiri. Blue Ocean Strategy dan Long Tail turut digunakan dalam memasuki pasaran.

Dari segi skop pula Jabatan Marketing PTS membuat 'kajian pandang-pandang' tingkah laku pengunjung hipermarket membeli-belah:

  1. Siapa yang paling banyak membeli-belah di hipermarket? > Perempuan sudah berkeluarga
  2. Apa yang mereka beli? > Bahan makan dan barang rumah
Resepi yang dimuatkan pula hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kedai-kedai runcit. Tiada bahan-bahan 'fancy' yang hanya boleh dijumpai di kedai-kedai tertentu.

Kemudian, tim editorial PTS bersama Chef Hanieliza merancang struktur buku iaitu apa isi kandungannya. Fotografer pula merancang sesi fotografi dan stail apa yang hendak digunakan.


Pada tahap Skeleton atau Rangka, tim editorial sudah menghasilkan draf buku dan cover. Itu akan dibincangkan lagi bersama Tim Sales & Marketing. Beberapa pilihan cover juga akan  diberikan sebelum satu yang terbaik akan dipilih. Setelah beberapa perubahan dibuat mengikut keperluan, barulah buku dihantar ke kilang untuk dicetak.

Mengapa dan Apa Itu UX?

Terdapat begitu banyak produk dan perkhidmatan dalam pasaran yang menawarkan fungsi yang serupa. Antara perkara yang membolehkan produk tersebut menjadi remarkable adalah UX yang hebat. UX yang hebat bukan sahaja membolehkan pengguna menggunakan produk dengan betul malah menggembirakan pengguna. Ini memberikan competitive edge kepada produk tersebut.

Ilmu ini bermula sebagai ergonomics dalam kejuruteraan lalu menjadi HCI (Human Computer Interaction) dalam sains komputer dan akhirnya berubah menjadi UX (User Experience) dalam IT serta bisnes secara amnya.


UX terletak antara persimpangan tiga komponen iaitu pengguna, teknologi dan bisnes. Intipatinya adalah bagaimana untuk mengharmonikan keperluan ketiga-tiga bahagian bagi menghasilkan user experience yang bagus. UX bukan design semata-mata tetapi juga adalah strategi bisnes.

Caleb Tang, Yeevon Ooi, Chui Chui Tan dan moderator dari UX Malaysia
Entri ini adalah olahan daripada forum anjuran UX Malaysia semalam di Mindvalley, Bangsar. Barisan panelnya adalah Caleb Tang, Yeevon Ooi dan Chui Chui Tan.

Soalan Dari Tuan Ghazali Hj. Abu

Salam Tuan,

Mohon sedikit pencerahan. Adakah aktiviti pembelajaran dalam kelas (kuliah) dikira sebagai Key Activities atau Delivery dalam Bisnes Model Canvas bagi sebuah institusi pendidikan?

Terima kasih

Ghazali Hj. Abu
Persoalan Tuan Ghazali adakah aktiviti pembelajaran dalam kelas harus diletakkan di bawah blok Key Activities atau Channels?

Sebenarnya daripada frasa itu kita dapat lihat ada dua komponen iaitu;
1. Pembelajaran
2. Dalam kelas

Apabila ada dua komponen maka kita letakkan dalam dua blok iaitu:
1. Key Activities
2. Channels

Maka, Pembelajaran diletakkan dalam blok Key Activities dan Kelas diletakkan dalam blok Channels.


Dapatkan eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu

Strategi & Taktik

Buku Strategi: Lean Startup & Buku Taktik: Running Lean
Buku Strategi menerangkan teori dan prinsip manakala Buku Taktik menerangkan teknik dan tips. Kedua-duanya berguna untuk usahawan namun untuk jangkamasa panjang Buku Strategi adalah lebih penting untuk dihadam. Menguasai teori dan prinsip membolehkan usahawan menghasilkan taktik dan teknik tersendiri mengikut keperluan.

Buku Taktik memberikan contoh bagaimana teori dan prinsip diaplikasikan. Contoh memudahkan usahawan meniru dan membuatnya sendiri. Dalam masa yang sama perubahan teknologi dan perbezaan budaya mungkin menjadikan contoh tidak relevan buat usahawan.

Buku Strategi: Permission Marketing & Buku Taktik: The Referral Engine
Buku Strategi membolehkan seseorang menjadi pakar sebenar dan mampu bertindak dalam pelbagai keadaan. Ramai yang mengaku pakar namun sebenarnya hanya menguasai koleksi taktik. Oleh itu, 'Pakar Celup' datang dan pergi mengikut angin lalu.

Setakat ini, dua Buku Taktik yang bagus adalah Running Lean oleh Ash Maurya dan The Referral Engine oleh John Jatsch. Kedua-dua buku ini menerima endorsement daripada pengarang Buku Strategi yang berkenaan. Namun, pemahaman menyeluruh tetap datang daripada membaca kedua-dua Buku Strategi dan Buku Taktik.

Bila Sifu Turun ke KL

Teddy Zmrhal & Dr. Yves (Gambar oleh Adam al-Fateh)
Semalam, dua nama besar dalam bidang design & business model innovation turun ke Kuala Lumpur. Bengkel diadakan di UniRazak, CapSquare. Sebelum ini saya pernah mengikuti bengkel dan masterclass oleh Dr. Yves di Singapura tetapi belum pernah belajar dari Teddy Zmrhal.


Bengkel dari Dr. Yves semalam mengingatkan saya semula bahawa Business Model Canvas itu sebenarnya ibarat sebuah pentas. Ada bahagian front stage yang dilihat oleh pelanggan/penonton dan backstage di mana kerja sebenar berlaku. Business Model Canvas mungkin nampak sangat simple dan mudah tetapi sebenarnya logiknya sangat dalam. 

Sessi dari Teddy Zmrhal memberi pengukuhan dari apa yang selama ini telah dibaca tentang IDEO terutamanya dalam buku Ten Faces of Innovation dan Art of Innovation. Beliau juga memberikan sudut pandang yang berbeza berbanding apa yang ditulis dalam buku. IDEO Singapura mengendalikan projek yang berbeza dan di dalam budaya yang berbeza berbanding apa yang ditulis di dalam buku. 

Perbezaan besarnya, studio IDEO Singapura tidak banyak projek inovasi produk fizikal kerana sudah tidak banyak kilang di sana. Ini sangat berbeza dalam apa yang diceritakan dalam buku yang banyak bercerita tentang produk fizikal. Sebaliknya inovasi servis yang menjadi aktiviti utama.

Teddy juga menceritakan sedikit sebanyak tentang metodologi IDEO dan business model mereka sendiri. Antaranya beliau menyebut klien dicaj mengikut jam atau IDEO mengambil ekuiti dalam projek inovasi.

Terima kasih kepada Cradle yang menganjurkan program ini dan UniRazak yang menjadi hos. Juga tahniah kepada Daniel Cerventus yang menjadi koordinator program.

Dapatkan eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu

Edgecraft: Langkah Bonus

Inovasi produk melalui pemilihan ufuk baru semata-mata adalah tidak mencukupi untuk menjadi remarkable. Produk perlu disokong dengan beberapa sentuhan tambahan untuk betul-betul menonjol bagai kek yang sedap perlukan aising.

Karipap yang besar dan mahal perlu diiringi dengan perubahan pakejing. Beg plastik biasa tidak lagi sesuai dan perlu diganti dengan beg kertas bagi memberi kesan premium. Boleh juga dibuat sticker bagi menambah seri pakejing dan menjadi iklan bergerak. 

Sekiranya anda mahu mempelajari topik ini secara lebih lanjut, berikut adalah preview video tutorial Edgecraft


Preorder boleh dibuat di http://strategiedgecraft.blogspot.com