Minda Marketing: Reach vs Frequency

Apabila beriklan, ramai yang sibuk tentang reach iaitu berapa ramai prospek yang boleh dicapai setiap kali beriklan. Benar, anda perlu sejumlah prospek tetapi bukan itu ukuran utamanya.

Bayangkan anda pergi ke kenduri dan berjumpa dengan abang ipar sepupu anda. Dia menyebut namanya sekali sahaja, adakah anda akan ingat?

Tetapi jika anda dua tiga kali berjumpa beliau dan add di Facebook tentu sekali anda akan ingat nama beliau.

Begitu juga dengan iklan, prospek tidak akan ingat jika mereka nampak nama syarikat dan produk anda sekali sahaja.

Lainlah kalau mereka mempunyai memori yang kuat tetapi itu tentunya jarang sekali. Prospek akan lebih mudah ingat nama syarikat dan produk anda jika diulang berulang kali (frequency).



Ini sebenarnya adalah psikologi kognitif (cara memproses maklumat) asas manusia. Memang sudah fitrahnya otak manusia memerlukan pengulangan untuk menyimpan maklumat dalam memori.

Eh, kenapa pula tiba-tiba cerita psikologi? Saya mahu duit bukannya belajar tentang psikologi manusia.

Anda menjual kepada manusia bukan? Bagaimana manusia buat keputusan untuk membeli? Dengan otak bukan?

Jika anda mahu peluang yang lebih tinggi untuk menjual anda harus memahami psikologi manusia.

Lainlah jika anda mahu menjual kepada kambing, saya persilakan anda belajar dengan gembala kambing.

Itu baru cerita tentang mengingat nama syarikat dan produk anda, belum lagi tentang bagaimana membuat mereka yakin untuk membeli.

Mereka perlukan pendedahan berkali-kali lagi sebelum percaya kepada syarikat dan produk anda.
Katakan anda mempunyai bajet untuk membeli 3000 flyers untuk iklan. Anda mempunyai dua pilihan:

A - Hantar satu flyers kepada 3000 rumah sekaligus
B - Menghantar tiga flyers selang seminggu kepada 1000 rumah

Mana satu yang anda pilih? Adakah pilihan A atau B akan menghasilkan lebih banyak jualan? Ramai usahawan akan memilih pilihan A kerana memikirkan peluang jualan yang lebih tinggi. Sebenarnya pilihan B adalah lebih efektif untuk menghasilkan jualan.


Pilihan
Jumlah Prospek
Conversion Rate
Jumlah Pembeli
A
3000
0.01
30
B
1000
0.1
100

Apa pula Conversion Rate? Conversion Rate adalah kadar berapa ramai yang membeli hasil dari iklan yang dibuat.

Sebagai contoh Conversion Rate sebanyak 0.1 (10%) bermaksud daripada 1000 orang yang melihat iklan tersebut, 10 orang yang membeli.

Iklan yang berulangkali mempunyai conversion rate yang lebih tinggi. Tetapi jangan terlalu kerap pula sehingga prospek rasa menyampah!

Tapi terlalu sedikit reach juga tidak boleh. Jika conversion rate anda setinggi 0.01 sekalipun, sasaran 10 prospek bermakna anda hanya ada 0.1 pelanggan a.k.a tiada pelanggan.

Jika sasaran prospek anda terlalu besar iaitu sudah masuk beratus ribu atau juta, selalunya itu bermakna anda sudah terkeluar dari sasaran yang bagus dan conversion rate akan jatuh dengan teruk sekali.

Jadi, anda perlu meletakkan jumlah prospek yang munasabah. Selalunya sekitar 20,000 hingga 50,000. Kemudian, jangan lupa untuk iklan berulang kali kepada mereka.

Ikuti Siri Minda Marketing

* diperlukan

Minda Marketing: Mudahkan Mesej Anda

Saban hari kita bersaing dengan jutaan konten, iklan dan produk. Masa yang boleh manusia peruntukkan untuk menghadam semua ini adalah terbatas. Oleh itu, audiens akan mengambil yang paling mudah untuk dihadam.

Bayangkan iklan anda di celahan ribuan post dalam newsfeed Facebook seseorang. Individu tersebut hanya memberi masa sedetik untuk mendengar apa yang hendak anda katakan. Kalau dia rasa susah, dia tidak akan teruskan.


Jadi, bagaimana untuk mencipta mesej yang mudah untuk dihadam audiens?

Kuncinya adalah memahami had kognitif manusia iaitu bagaimana mereka memproses maklumat. Muatkan mesej anda dalam had tersebut dan anda akan mempunyai peluang yang lebih cerah.

Struktur

Dalam era media sosial, kebanyakan audiens hanya baca, lihat dan dengar sekali lalu sahaja. Mereka tidak betul-betul membaca, menonton dan memahami. Oleh itu mesej anda mempunyai struktur yang mudah difahami walaupun dibaca sekali imbas.

Oleh itu paling tidak anda perlu ada:
1. Tajuk
2. Perenggan yang tersusun

Tajuk itu memberi gambaran keseluruhan apa yang hendak anda sampaikan. Setiap perenggan itu pula membawa satu isi utama berserta sokongan.

Ayat pula jangan panjang berjela. Cukup sekadar 7 hingga 15 patah perkataan setiap ayat. Tiga ayat setiap perenggan sudah memadai.

Ini penting untuk memberi 'ruang bernafas' bagi audiens anda untuk memproses maklumat. Jika tidak mereka akan lemas dan meninggalkannya begitu sahaja. Prinsip ini yang terpakai tidak kira sama ada menghasilkan teks, audio atau video.

Ingat struktur dan ruang.

Mudahkan mesej anda.


Ikuti Siri Minda Marketing

* diperlukan

Minda Marketing

Tamat sahaja Business Model Canvas Masterclass oleh Dr. Alexander Osterwalder & Dr. Yves Pigneur, kami dicadangkan untuk meneroka ilmu bisnes dengan lebih jauh. Antara buku yang dicadangkan adalah Brain Rules oleh John Medina. Buku ini penting bagi memahami bagaimana pelanggan mengenali sesebuah jenama dan akhirnya memilih untuk membeli sesuatu produk.


Bermula dari situ, pelbagai buku telah diterokai dalam bidang Psikologi Kognitif. Bermula dari bagaimana untuk memudahkan pelanggan memahami mesej, ingat jenama, mencipta produk viral, sehinggalah mencipta produk ketagih. Semua itu perkara penting bagi usahawan yang mahu mencipta keuntungan.

Jika anda bukan usahawan sekalipun, ilmu ini berguna dalam membuat keputusan yang lebih bijak dalam berbelanja. Jangan sampai kena tipu dengan trik-trik basi para marketer. Hehehe.

Sekiranya ini ilmu yang anda cari, isi borang di bawah supaya anda tidak terlepas siri Minda Marketing.


Ikuti Siri Minda Marketing

* diperlukan