Edgecraft: Langkah #5



Langkah terakhir adalah mengenalpasti kelompok pelanggan yang akan menjadi sasaran inovasi yang telah dicipta.

Ciri kelompok pelanggan ideal adalah seperti berikut:

1. Mereka berani mencuba
2. Mereka sanggup membelinya
3. Mereka akan bercerita kepada orang lain

Sebagai contoh, karipap besar dan penuh berinti daging boleh disasarkan kepada para eksekutif dan pegawai. Mereka mencari makanan baru dan sanggup membeli walaupun pada harga RM2 kerana mereka mempunyai duit lebih. Tambahan pula, di kalangan mereka akan ada yang bukan setakat bercerita kepada orang lain malah membelikan untuk rakan-rakan.

Lain pula ceritanya sekiranya inovasi tersebut disasarkan kepada para pekerja kilang. Mereka mempunyai bajet terhad dan selalunya akan kekal dengan menu sama pada harga yang sama.

Pelajari business model yang remarkable dalam eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Edgecraft: Langkah #4


Setelah mengenalpasti ufuk yang mempunyai nilai kepada pengguna, seterusnya pilih ufuk yang boleh membawa keuntungan. Pilih ufuk yang membolehkan anda membawa produk ke pasaran dengan kos yang relatifnya rendah dan tidak memerlukan pelaburan besar-besaran.

Sebagai contoh, menghasilkan karipap besar tidak memerlukan anda membeli mesin dan kuali baru. Bahan yang digunakan juga tetap sama. Namun sekiranya mahu menghasilkan karipap aiskrim maka usahawan perlu mengkaji kaedah pembuatan baru dan membeli beberapa peralatan baru.

Pelajari business model yang remarkable dalam eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Edgecraft: Langkah #3

Setelah memilih ufuk baru yang hendak anda gunakan bagi produk anda, kenalpasti apa nilainya bagi pengguna. Sebagai contoh, karipap yang besar boleh mengenyangkan pembeli dan boleh menggantikan burger. Karipap mini pula boleh dihidangkan sebagai kuih-muih di hari perayaan atau dijadikan snek.






Usahawan juga boleh menggabungkan beberapa ufuk bagi mengukuhkan produk. Ufuk saiz besar boleh digabungkan dengan ufuk inti daging penuh bagi mencipta karipap yang betul-betul remarkable.


Ada ufuk yang tiada nilainya, antaranya burger yang nipis kerana tidak mengenyangkan ataupun sos cili yang langsung tidak pedas kerana sudah serupa dengan sos tomato!

Pelajari business model yang remarkable dalam eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Edgecraft: Langkah #2

Langkah kedua dalam Edgecraft adalah mengenalpasti ufuk-ufuk baru bagi produk yang hendak kita inovasikan. Ambil contoh karipap, berikut adalah ufuk-ufuk baru bagi produk ini:


Antara ufuk-ufuk lain:
  1. Karipap rendang
  2. Karipap krim
  3. Karipap pizza
Edge baru hanya akan remarkable sekiranya cukup ditarik ke hujung. Sebagai contoh, karipap yang hanya panas sedikit dari suhu bilik tidak akan diperkatakan orang. Produk perlu pergi betul-betul panas baru digoreng untuk menjadi sesuatu yang remarkable. Karipap juga perlu betul-betul frozen untuk dijual sebagai produk sejuk beku.

Pelajari business model yang remarkable dalam eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Edgecraft: Langkah #1

Langkah pertama dalam Edgecraft adalah mengenalpasti ufuk lama. Katakan produk yang kita pilih adalah karipap. Antara ufuk lama yang wujud adalah:

  1. Karipap besar
  2. Karipap mini
  3. Karipap panas baru goreng
  4. Karipap frozen
  5. Karipap ada telur
  6. Karipap bulat
  7. Karipap inti ikan (temose)
 Jika itu adalah ufuknya, apa pula karipap yang 'normal', yang biasa? Karipap ayam yang sebenarnya hanya penuh kentang, saiznya sederhana dan pada suhu bilik. Bosan bukan? Tiada siapa akan upload di Facebook!

Pelajari business model yang remarkable dalam eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Apa Itu Edgecraft?

Istilah Edgecraft diperkenalkan oleh Seth Godin dalam buku beliau Free Prize Inside. Kaedah ini khusus untuk mencipta produk yang inovatif pada kos yang relatifnya rendah berbanding R&D yang sosfikated. Puan Ainon Mohd pula merujuk Edgecraft sebagai Strategi Ufuk.

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam kaedah ini, mari kita berkenalan sekali lagi dengan graf 'normal distribution' atau 'bell curve'. Kebanyakan daripada kita pernah berjumpa dengan graf ini dalam bab statistik di sekolah.




Graf ini menunjukkan taburan normal dalam sesuatu populasi. Sebagai contoh, penduduk di Malaysia kebanyakannya akan mempunyai kaki bersaiz 5,6,7 dan 8. Di hujung sebelah kiri, ada sebahagian kecil yang mempunyai kaki bersaiz 3,4.

Mereka yang mempunyai kasut saiz 5, 6, 7 dan 8 berada di tengah. Merekalah yang dikatakan normal, mass dan majoriti. Manusia ramai berhajat untuk berada di situ dan para peniaga juga mahu menjual kepada mass.



Namun, mass adalah sesuatu yang membosankan, boring. Kita tidak akan perasan dan bercakap sekiranya kasut rakan kita berada dalam lingkungan 'normal'. Kita hanya akan sedar dan bercakap tentang kasut kalau saiznya kecil molek seperti kasut Cinderella atau kasut besar gedabak seperti kapal.


Usahawan tidak boleh berada dalam zon bosan nan boring. Keterujaan perlu dicipta bagi memasuki pasaran. Namun, hype melalui iklan dan marketing bukan jawapannya. Ciri remarkable itu perlu dicipta terus ke dalam produk. Marketing adalah produk dan produk adalah marketing.

Pelajari business model yang remarkable dalam eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Mengapa Edgecraft?

Saban hari pelbagai produk dan perkhidmatan baru dilancarkan. Masing-masing cuba membawakan sesuatu yang baru dan peningkatan ciri-ciri yang berbeza. Ada yang lebih cantik, lebih berkuasa, lebih mudah dan yang paling kerap dicanang adalah lebih murah.




Namun, inovasi-inovasi kecil ini selalunya gagal menembusi pasaran. Apabila dihujani dengan pelbagai pilihan, pengguna biasanya kekal dengan apa yang mereka sudah biasa gunakan. Mereka tidak mahu bertukar untuk sesuatu yang sedikit lebih kecil, lebih cantik, lebih berkuasa atau lebih mudah. Sekiranya mereka membeli pun, mereka tidak akan bercerita kepada orang lain.

Usahawan perlu membawa produk yang betul-betul 'remarkable', yang jauh berbeza daripada apa yang sudah ada di dalam pasaran. Tetapi bagaimana usahawan hendak menciptanya? Adakah memerlukan R&D? Atau perlukah brainstorm dengan tim kreatif? Atau panggil konsultan?

Edgecraft membolehkan usahawan berinovasi seorang diri melalui satu kaedah yang sistematik dan seterusnya memilih segmen pelanggan yang paling responsif.

Sepanjang minggu ini kita akan sama-sama lihat apa itu Edgecraft dan kaedahnya, InsyaAllah.

Dapatkan eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Lean Startup: Sticky Engine of Growth


Engine of Growth yang ini berbeza daripada dua enjin sebelum ini kerana melibatkan dua pihak. Dalam kes ini, bukan produk atau perkhidmatan yang dijual tetapi usahawan menyediakan marketplace(pasar). Contoh marketplace adalah Mudah.my, Lelong.com.my, AppStore dan eBay. Dalam erti kata lain, sticky engine of growth adalah untuk two-sided market.

Mengendalikan two-sided market bermakna berhadapan dengan cabaran 'ayam dan telur'. Ayam yang datang dahulu atau telur datang dahulu? Marketplace menghubungkan pembeli dan penjual. Pembeli tidak akan datang ke marketplace sekiranya tidak ada barang yang dijual. Penjual pula tidak mahu menjual sekiranya tidak ada pelanggan datang. Maka, mana yang perlu didahulukan? Penjual atau pelanggan?

Tetapi apabila sesuatu marketplace sudah berfungsi dengan baik iaitu mempunyai pembeli dan penjual yang mencukupi (melepasi critical mass) ia akan menjadi sticky. Penjual akan kembali datang menjual dan pembeli akan datang lagi membeli. Kedua-dua belah pihak pula akan membawa lebih ramai penjual dan pembeli. Oleh itu, apabila satu-satu marketplace sudah menjadi dominan ia akan terus membesar.

<< Paid Engine of Growth | Hendak Bermula di Mana? >>

Lean Startup: Paid Engine of Growth


Paid engine of growth adalah enjin lama era industrial. Konsepnya mudah sahaja, usahawan membeli iklan untuk memanggil pelanggan. Pelanggan datang membeli dan usahawan mendapat keuntungan. Sebahagian daripada keuntungan itu pula digunakan untuk membeli iklan lagi dan menarik pelanggan baru. Begitulah kitaran berterusan dan enjin ini dianggap lestari (sustainable) selagi bajet iklan menggunakan keuntungan jualan produk semata-mata.

<< Viral Engine of Growth | Sticky Engine of Growth >>

Lean Startup: Viral Engine of Growth



Viral engine of growth bergantung kepada pelanggan untuk membuat sebahagian pemasaran. Pemasaran boleh dibuat melalui lisan, teks (email, internet, SMS, dsbnya) atau memberi sampel kepada prospek. Enjin ini dianggap lestari (sustainable) apabila secara puratanya setiap pelanggan membawa seorang lagi pelanggan baru.

Tupperware adalah contoh klasik dalam hal ini di mana parti Tupperware yang dijalankan oleh wakil menjadi saluran pemasaran utama. Seorang pelanggan Tupperware akan memberitahu 5 hingga 10 prospek lain. Oleh itu kita dapati produk Tupperware berada hampir di semua rumah sedangkan produknya tidak dijual di pasaraya utama.

Oleh sebab itu, ramai pihak mahu memasarkan produk mereka melalui kaedah jualan langsung dan MLM bagi mencapai penguasaan pasaran yang setaraf dengan Tupperware. Namun, lambakan produk MLM dan asakan jemputan pelbagai rakan membuatkan prospek merasa sesak lalu memilih untuk tidak mengendahkan kesemuanya.

Cara lain yang lebih baik adalah mencipta produk yang cukup 'remarkable' sehingga pelanggan secara sukarela memberitahunya kepada rakan-rakan mereka tanpa dijanjikan sebarang komisen. Melalui kaedah ini, produk itu sendiri adalah pemasarannya.

<< Engine of Growth | Paid Engine of Growth >>

Lean Startup: Engine of Growth



Engine of Growth adalah mekanisme yang digunakan usahawan bagi mencapai pertumbuhan lestari (sustainable). Maksud lestari di sini adalah aktiviti yang digunakan untuk mencapai pertumbuhan tersebut boleh diulang secara berkala dan bukannya aktiviti one-off.

Ciri pertumbuhan lestari adalah: Pelanggan baru datang dari tindakan pelanggan lama.

Terdapat empat cara pelanggan lama menjana pertumbuhan lestari:
  1. Promosi mulut ke mulut
  2. Promosi sampingan hasil menggunakan produk itu sendiri
  3. Keuntungan yang diperolehi digunakan untuk membiayai iklan berbayar
  4. Pembelian dan penggunaan berulang
<< Value & Growth Hypothesis | Viral Engine of Growth >>

Lean Startup: Value & Growth Hypothesis



Terdapat dua jenis hipotesis dalam eksperimen Lean Startup iaitu Value (Nilai) dan Growth (Pertumbuhan).

Value Hypothesis melihat sama ada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan menepati kehendak pengguna dan mereka sanggup membayarnya. Contohnya, seorang peniaga mengandaikan resepi pisang goreng karamelnya akan digemari para pekerja pejabat dan mereka akan sanggup membayar 50 sen satu. Value Hypothesis itu menjadi sah apabila ada pekerja pejabat membeli pada harga tersebut dan merasakannya berbaloi.

Growth Hypothesis pula melihat sama ada bisnes boleh menarik pelanggan baru pada kadar yang diperlukan atau tidak. Contohnya, peniaga pisang goreng tersebut mengandaikan pisang gorengnya cukup sedap sehingga sesiapa yang sudah membeli akan memberitahu kepada orang lain dalam mencapai jumlah 100 orang pelanggan sehari. Growth Hypothesis akan menjadi sah apabila ada pelanggan yang memberitahu dia datang membeli selepas merasa pisang goreng yang diberi oleh rakannya.

<< Definisi Pelbagai Pivot | Engine of Growth >>

Intellectual Resources: Strategi IP Alternatif

Antara pengguna Creative Commons dalam sektor Training & Consulting adalah Business Model Foundry GmbH. Mereka telah menghasilkan Business Model Canvas dan buku Business Model Generation.

Business Model Canvas diletakkan bawah lesen Creative Commons dan membolehkan sesiapa sahaja menggunakannya. Trainer-trainer dan konsultan lain juga boleh menggunakannya untuk buat duit. Malah, buku dan app lain boleh dihasilkan berdasarkan Business Model Canvas.

Buku Business Model Generation pula masih dilindungi oleh Hakcipta sepertimana biasa. Bezanya bab awal buku tersebut diberikan secara percuma untuk memberi ilmu asas kepada semua. Mereka juga mengeluarkan App untuk iPad dan aplikasi web.

Persoalannya, bagaimana mereka buat duit? Mereka tidak menerima sebarang royalti daripada training yang dijalankan oleh trainer-trainer lain. Mereka hanya menerima duit dari buku dan app. Itupun orang lain masih boleh mengeluarkan buku dan app lain berdasarkan Business Model Canvas.


Strategi mereka untuk memberikan sebahagian produk secara terbuka dan percuma telah membina permintaan yang besar. Oleh itu, mereka dapat menjual buku dan app pada harga beberapa kali ganda berbanding harga biasa. Mereka juga tidak sibuk memberi training tetapi sebaliknya lebih menumpukan kepada Masterclass dan consulting yang mempunyai margin yang jauh lebih tinggi. Strategi ini juga dikenali sebagai Freemium iaitu gabungan antara perkataan Free dan Premium.

Kelebihan strategi ini adalah mereka tidak perlu membuat rundingan lantikan ejen setiap negara dan membuat laithan certified trainer. Mereka juga mempunyai komuniti yang lebih luas dan aktif. Namun, mereka agak terhad dari segi pendapatan jangka pendek kerana mereka tidak mempunyai kawalan seperti strategi konvensional.

Dapatkan buku Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Intellectual Resources: Creative Commons

Sepertimana yang kita sudah lihat dalam strategi IP konvensional, Copyright atau Hakcipta memberi hak eksklusif kepada pemilik IP. Hak eksklusif itu pula selalunya digunakan semaksima mungkin bagi mencapai monopoli.

Setelah tempoh hak eksklusif Copyright tamat, IP tersebut menjadi Public Domain. Oleh itu, sebarang penerbit boleh menerbitkan novel Sherlock Holmes kerana sudah tidak ada halangan komersil. Namun, hak moral masih ada dan novel tersebut masih perlu diterbitkan sebagai karya Arthur Conan Doyle. Tidak boleh mengatakan Sherlock Holmes oleh Shah Rukh Khan.

Dalam masa yang sama juga adalah pengkarya yang 'mewakafkan' karyanya dengan mengatakan dia memberi 'copyleft' di mana semua orang boleh buat apa yang mereka suka dengan IP beliau. Dalam erti kata lain, beliau meletakkan karya beliau dalam Public Domain sebelum tarikh luput.

Adakalanya, Copyright tidak praktikal untuk digunakan. Sebagai contoh, pelajar yang hendak menggunakan foto milik orang lain dalam assignment harus meminta izin terlebih dahulu. Ini menyusahkan pelajar tersebut dan fotografer asal. Dalam masa yang sama, fotografer tersebut juga tidak mahu rugi kalau-kalau ada orang buat duit dengan foto beliau. Sebagai contoh, mungkin ada orang yang menggunakan foto beliau untuk dijadikan kalendar yang dijual.

Creative Commons muncul sebagai jalan tengah yang lebih fleksibel. Pemilik IP boleh memilih tahap-tahap hak komersil yang hendak dilepaskan kepada awam. Jangkauannya adalah daripada Hakcipta konvensional hinggalah Public Domain.



Sebagai contoh, seorang fotografer boleh menggunakan lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported. Dengan ini pelajar boleh menggunakan foto beliau secara percuma untuk assignment. Penerbit yang hendak menerbitkan kalendar menggunakan foto beliau pula perlu membayar royalti. Melalui cara ini, karya dapat bergerak lebih bebas dan semua orang dapat memanfaatkan karya secara produktif.

Dapatkan buku Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Intellectual Resources: Strategi IP Konvensional

Strategi IP konvensional adalah menggunakan sepenuhnya tempoh penggunaan eksklusif bagi memerah keuntungan. Tidak kiralah sama ada paten atau hakcipta. Secara mudahnya adalah memastikan kilang pemilik IP sahaja yang berasap dan menghalang kilang lain daripada beroperasi.



Paten paling terkenal mungkin adalah ubat penahan sakit paracetamol atau dikenali dengan nama komersilnya Panadol. Pemilik paten paracetamol iaitu GlaxoSmithKline (GSK) mempunyai kuasa monopoli selama 20 tahun untuk membina jenama, pengedaran dan mengaut keuntungan luarbiasa.

Setelah paten tamat, barulah pengilang lain dapat melainkan paracetamol jenama lain seperti Uphamol 650. Namun pada waktu itu orang ramai sudah menganggap hanya Panadol itu paracetamol.  Pengilang baru juga tidak mempunyai jenama dan pengedaran yang cukup kuat untuk bersaing. Oleh itu, mereka selalunya terpaksa bergantung pada faktor harga yang lebih murah untuk bersaing.

Dalam masa yang sama juga GSK telah menghasilkan paten-paten derivatif baru daripada paracetamol asal seperti Panadol Extend dan Actifast. Paten-paten baru ini tidak dapat digunakan oleh pengilang lain.

Bagi contoh hakcipta pula, Stephen Covey telah menghasilkan buku dan modul 7 Habit. Teknik yang diajarkan adalah kaedah tersendiri yang dicipta beliau dalam bidang produktiviti dan self-development. Daripada buku dan modul beliau menghasilkan pakej training pula.

Selain daripada menjual sendiri pakej training 7 Habit, syarikat Covey turut melesenkannya. Mereka melantik ejen bertauliah mengikut negara dan menawarkan program certified trainer. Hanya ejen bertauliah yang dapat menjual pakej training mereka dan hanya certified trainer mereka yang dapat memberi training. Ejen dan trainer ini membayar royalti kepada syarikat Covey.

Sekiranya ada ejen yang tidak bertauliah menggunakan trademark 7 Habit atau trainer yang menggunakan kandungan 7 Habit dalam modul mereka, akan ada surat amaran daripada peguam syarikat Covey. Dalam strategi IP konvensional, penguatkuasaan banyak dijalankan melalui kontrak komersil dan saman.

Dapatkan buku Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Copyright, Patent & Trademark

Konsep Asas

Sebelum kita pergi lebih jauh mengenali copyright (hakcipta), patent (paten) dan trademark (cap dagangan) ada baiknya kita semua memahami konsep asas ini:
  1. Idea tidak dilindungi
  2. Penzahiran idea itu yang dilindungi
Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai idea untuk menulis tentang Kucing Angkasawan dia tidak mempunyai sebarang hak sehinggalah idea itu dijadikan cerpen atau novel. Sekiranya sudah ada orang lain yang terlebih dahulu menulis tentang Kucing Angkasawan, orang yang mula-mula mempunyai idea tidak mempunyai sebarang hak.

Contoh-contoh Harta Intelek & Instrumen Perlindungan

Dilindungi bawah Hakcipta
  1. Novel
  2. Cerpen
  3. Animasi
  4. Lagu
  5. Komik
  6. dan sebagainya...
Dilindungi bawah Paten
  1. Ubat-ubatan
  2. Formula bahan kimia
  3. Algoritma
  4. dan sebagainya...
Dilindungi bawah Cap Dagangan
  1. Logo syarikat
  2. Nama produk
  3. dan sebabaginya...
Pendaftaran

Tiada pendaftaran diperlukan untuk copyright; namun ada prosedur tertentu untuk patent dan trademark.

Copyright (Hakcipta)

Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut :­
  •     usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
  •     karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
  •     penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
  •     karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.
Hakcipta berkuatkuasa sehingga 50 tahun selepas kematian pencipta asal.
 
Patent (Paten)

Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan untuk suatu rekacipta baru sama ada ia adalah satu produk atau satu proses. Perlindungan Paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan

Paten akan dianugerahkan apabila ia menepati ciri-ciri berikut:
  •         Baru (Novelti)
  •         Melibatkan langkah merekacipta
  •         Boleh digunakan dalam mana-mana industri.


Trademark (Cap Dagangan)

"………Bermaksud cap yang digunakan / dicadang untuk digunakan bagi tujuan menunjukkan hubungan antara barangan / perkhidmatan dengan pemilik / pengguna berdaftar cap dagangan tersebut di dalam urusan perniagaan…….."

Cap Dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut.

Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu.

Cap Dagangan atau lebih  dikenali sebagai tanda, jenama, logo atau tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.

Dapatkan eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Key Resources: Intellectual Resources

Salah satu komponen dalam Key Resources adalah Intellectual Resources. Sumber ini meliputi Intellectual Property seperti paten, trademark, brand dan copyright. Pada minggu ini kita akan melihat jenis-jenis Intellectual Property, undang-undang dan business model yang berkaitan.

Antara topik yang akan dibincangkan minggu ini adalah:
. Copyright, paten dan trademark
. Strategi IP konvensional
. Creative Commons
. Strategi IP alternatif



Lean Startup & Business Model Canvas: Pivot


Konsep pivot dalam Lean Startup juga dapat diterjemahkan dengan baik dalam Business Model Canvas. Kesemua pivot yang disenaraikan dapat diisi dalam blok-blok Business Model Canvas. Oleh itu, usahawan yang menggunakan Business Model Canvas dapat melihat keperluan pivot secara lebih baik.

Klik pada kanvas di bawah untuk lihat dengan lebih jelas. 


Dapatkan buku Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.

Lean Startup: Definisi Pelbagai Pivot


Zoom-In Pivot 

Zoom-in Pivot berlaku apabila salah satu ciri produk atau perkhidmatan diangkat menjadi produk. Sebagai contoh, sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis makanan menumpukan untuk menjual roti canai sahaja.

Zoom-Out Pivot

Situasi ini terbalik daripada zoom-in pivot di mana satu produk tidak mencukupi dan perlu ditambah dengan produk atau perkhidmatan lain. Sebagai contoh, gerai tidak boleh hidup dengan menjual roti canai semata-mata dan perlu menjual teh tarik bersama.

Customer Segment Pivot 

Pivot ini pula berlaku apabila bisnes menukar segmen pelanggan kerana didapati lebih produktif. Namun, value proposition masih kekal sama. Sebagai contoh, gerai roti canai yang asalnya hendak menjual kepada pekerja pejabat kemudiannya mendapati lebih ramai pelanggannya adalah pelajar sekolah.

Customer Need Pivot 

Perubahan ini pula berlaku apabila usahawan lebih memahami apa keperluan sebenar pelanggan. Sebagai contoh, kedai roti canai yang menawarkan kari untuk dimakan bersama roti canai akhirnya mendapati pelanggan datang kerana karinya. Oleh itu dia menawarkan pula untuk menjual karinya untuk dibawa pulang atau dimakan bersama nasi.

Platform Pivot

Pivot ini pula berlaku apabila applikasi (app) ditukar menjadi platform web atau sebaliknya.

Business Architecture Pivot

Secara amnya, syarikat mengikut salah satu business architecture ini;
a. margin tinggi, kuantiti rendah atau;
b. margin rendah, kuantiti tinggi.

Sebagai contoh, menjual roti canai adalah jenis (b) tetapi menjual francais roti canai adalah jenis (a).

Value Capture Pivot

Pivot ini adalah perubahan cara pengumpulan nilai dalam bisnes. Sebagai contoh mereka yang mempunyai rumah boleh menyewakan secara bulanan atau sebagai homestay. Aset yang digunakan tetap sama tetapi cara nilai diperolehi adalah sangat berbeza.

Engine of Growth Pivot

Enjin pertumbuhan terbahagi kepada tiga iaitu viral, sticky dan paid (berbayar). Viral bergantung kepada pelanggan sedia ada membawa pelanggan baru dan paid bergantung kepada iklan. Sticky pula adalah apabila sesuatu platform menjadi tumpuan pembekal dan pelanggan.

Channel Pivot

Perubahan saluran pula adalah dengan mengubah tempat atau cara produk ditawarkan. Sebagai contoh, selama ini buku dicetak dan dijual di kedai buku. Namun sekarang buku boleh diedarkan dan dijual secara digital sepenuhnya.

Technology Pivot

Kemajuan sains dan teknologi membolehkan pivot jenis ini pula berlaku apabila muncul teknologi baru yang membolehkan produk dihasilkan dengan cara yang jauh lebih murah. Semua elemen bisnes yang lain kekal sama. Sebagai contoh, kedai roti canai yang selama ini bergantung kepada tenaga manusia untuk menguli tepung dapat menggunakan mesin penguli bagi menurunkan kos.

<< Jenis-jenis Pivot | Value & Growth Hypothesis >>

Lean Startup: Jenis-jenis Pivot

Pivot adalah perubahan khusus tentang strategi yang digunakan dalam mencapai visi. Terdapat sepuluh jenis pivot yang boleh berlaku dalam siri eksperimen. Hari ini kita lihat dahulu senarai ini sebelum kita meneliti definisi setiap pivot.

  1. Zoom-in (Zoom masuk) Pivot
  2. Zoom-out Pivot (Zoom keluar)
  3. Customer Segment (Segmen Pelanggan) Pivot
  4. Customer Need (Keperluan Pelanggan) Pivot
  5. Platform Pivot
  6. Business Architecture (Senibina Bisnes) Pivot
  7. Value Capture (Pengumpulan Nilai) Pivot
  8. Engine of Growth (Enjin Pertumbuhan) Pivot
  9. Channel (Saluran) Pivot
  10. Technology (Teknologi) Pivot
<< Build-Measure-Learn Feedback Loop | Definisi Pelbagai Jenis Pivot >>