Siapa Yang Tidak Sesuai Bekerja Dengan Strategist?


Bukan semua usahawan sesuai bekerja dengan strategist. Bekerja dengan strategist memerlukan sinergi dan kepercayaan antara strategist dengan usahawan. Berikut adalah ciri-ciri usahawan yang tidak sesuai bekerja dengan strategist:

  1. Mengamalkan micro-management
  2. Bankrup
  3. Tidak telus
  4. Tidak mahu menerima pendapat orang lain
  5. Tidak fokus

Apa Tugas Strategist?


Tugas strategist boleh diibaratkan seperti kapten kapal. Bayangkan sebuah kapal kargo besar membawa pelbagai barang merentas lautan. Nilainya kargonya berjuta-juta tetapi semua itu tidak akan membawa keuntungan sekiranya tidak sampai ke destinasi dan dijual.

Tugas kapten adalah memastikan kapal kargo selamat tiba ke destinasi. Memabaca keadaan laut, cuaca, trafik, mengelakkan pertembungan, dan pelbagai halangan lain. Tuan kapal dan kargo mungkin mempunyai wang berjuta-juta tetapi belum tentu dia boleh menjadi kapten kapal sebaik seorang professional.

Kapten kapal yang professional tahu mengendalikan pelbagai jenis kapal dan selok-belok pelbagai lautan. Mereka tahu sama ada ribut yang melanda hanya sementara atau akan berubah menjadi taufan. Prioriti mereka adalah memastikan kapal berserta krew dan kargo selamat tiba ke destinasi.

Begitu juga dengan strategist, mereka membantu usahawan menggunakan sumber yang ada secara optimum. Mereka boleh memberitahu di mana letaknya perangkap, peluang serta kawasan yang belum diteroka.

Pengalaman strategist membantu pelbagai jenis bisnes membolehkan mereka membawa pelbagai idea baru. Ini membolehkan bisnes baru tercipta. Namun, prioriti utama strategist adalah melindungi usahawan daripada kerugian. Kemudian barulah mencari jalan menggunakan pelbagai taktik yang ada bagi menjana lebih banyak keuntungan.

Bidalan Bisnes: Pelbagai Pokok



Bukan semua pokok perlu tunggu bertahun-tahun untuk dapat hasilnya. Ada yang dapat mengeluarkan hasil dalam masa tiga bulan. Ada juga yang berbuah selepas enam bulan. Begitu juga dengan bisnes, bukan semuanya lambat berhasil.

Strategi ini dapat kita lihat apabila para peladang membuka ladang-ladang baru. Tanaman jangka panjang mereka boleh jadi kelapa sawit, getah atau padi. Sementara menantikan hasil, mereka menanam tanaman seperti ubi, pisang dan sebagainya yang lebih cepat. Ini memastikan mereka cukup makan sebelum ladang mengeluarkan hasil.

Usahawan jangan terlalu obses dengan projek dan inovasi mereka tanpa memikirkan keperluan asas. Kebanyakan bisnes gagal bukan kerana idea tidak bagus tetapi kerana mereka kehabisan wang. Maka, fikirkan projek-projek kecil yang dapat menampung keperluan seharian sementera menanti projek besar matang.