Sudah Terbit! eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi ke-2

Alhamdulillah, eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi ke-2 telah disiapkan semalam dan boleh didownload di http://bit.ly/eBookBMC2. eBook ini menampilkan satu bab baru dan satu kajian kes Business Model tempatan.


Tips Produktiviti 1 - Lukis!

Antara perkara paling awal dan asas yang saya pelajari semasa menghadiri Business Model Workshop di Singapura adalah pentingnya melukis. Dr. Alexander Osterwalder berpesan supaya melukis dan menconteng setiap kali berbincang. Kaedah ini membantu mengekalkan fokus dan menukarkan kata-kata yang abstrak itu menjadi lebih konkrit. Dengan cara ini, sesi perbincangan akan lebih produktif dan kreatif.

Kongsi tips ini dengan menekan butang Tell di bawah

Buku Minggu Ini: The Personal MBA

Ramai yang tertanya-tanya, adakah perlu mempunyai MBA bagi melonjakkan karier korporat atau mula berniaga? Adakah berbaloi menyertai program MBA? Jawapan ringkas dari Josh Kaufman adalah tidak.

Buku ini menyahut cabaran untuk memadatkan semua poin-poin penting yang dipelajari dalam program Masters in Business Administration dalam satu buku. Sesuatu yang dianggap agak gila dan dikecam hebat oleh graduan-graduan MBA dari institusi-institusi ternama di Amerika Syarikat.

Setakat ini, saya telah membaca 4 Bab dan saya berani mengatakan bahawa saya telah belajar lebih banyak berbanding satu semester subjek Intro to Management di universiti dahulu. Sekiranya buku ini masih tidak cukup dan anda mahu pergi lebih mendalam, download eBook percuma yang menyenaraikan semua buku rujukan yang dicadangkan oleh penulis.

Harganya? RM54.95 di Kinokuniya.

Selamat membaca!

Kongsikan kepada rakan-rakan dengan klik butang Tell di bawah.

Projek Baru: Buku Audio Publication

Bertitik-tolak dari eksperimen Mudahnya Ibadah, kini projek Buku Audio Publication pula bermula. Skopnya diperluaskan bagi menghasilkan buku audio pembangunan kendiri, bisnes, keluarga, agama dan sebagainya.

Semalam, dua buku audio Puan Ainon Mohd telah dirakam iaitu:
  1. "Bagaimana Menarik Minat Orang Supaya Suka Berbual-Bual Dengan Kita"
  2. "Bagaimana Mencipta Perasaan Puas Hati Pada Orang Selepas Dia Berbual-Bual Dengan Kita"

Panjang setiap Buku Audio ini adalah sekitar 40-60 minit. Tempoh ini dipilih supaya satu topik boleh dihabiskan dalam satu perjalanan ke tempat kerja. Rakaman dibuat dengan intonasi yang membuatkan pendengar merasa seolah-olah ada seseorang di sebelahnya yang menerangkan topik tersebut.


Tidak lama lagi, konten ini bersama konten dari Buku Pandai Publication akan menemui tuan-tuan di sebuah portal khas. Buat masa ini, tuan-tua boleh mengisi terlebih dahulu borang tempahan di bawah:



Creativity X Organization = Impact

Dalam buku Making Ideas Happen, Scott Belsky mengajukan satu formula mudah iaitu Creativity X Organization = Impact. Dalam erti kata lain, Kreativiti perlu digandakan dengan Usaha serta Pengurusan bagi memberi impak.

100 Creativity X 0 Organization = 0 Impact

Sekreatif mana seseorang itu sekalipun, tidak akan berhasil tanpa sebarang usaha. Idea hanya akan tinggal idea.

50 Creativity X 2 Organization = 100 Impact 

Idea yang biasa-biasa pula akan memberi impak yang jauh lebih besar apabila disuntik sedikit usaha.

Kebetulan pula, hari ini Seth Godin juga menulis tentang perkara kecil yang boleh dilakukan setiap hari bagi mencapai impak. Secara peribadi, saya telah menggunakan teknik tersebut. Menulis entri blog sedikit demi sedikit akhirnya memudahkan saya menghasilkan eBook Business Model Canvas Malaysia.

Apa strategi tuan-tuan bagi memberi impak pada idea kreatif yang ada?

Buku Minggu Ini: Making Ideas Happen

Minggu ini, saya mengulangkaji buku Making Ideas Happen oleh Scott Belsky. Sekarang ini mudah mendapatkan idea namun menjadikannya realiti sangat mencabar. Buku ini sudah sedikit sebanyak membantu membentuk disiplin kerja saya. Namun ternyata saya perlu asah lagi!


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Lorong Lagenda Suria 2,Hulu Langat,Malaysia

Permission Marketing: Salah Guna Keizinan II


Bayangkan seorang peniaga yang mengambil masa bertahun-tahun membina jenama yang dipercayai. Jenamanya itu menjadi satu keizinan bagi pelanggan membeli produknya berulang kali. Pelanggan mengaitkan jenamanya dengan kualiti dan nilai untuk wang. Keuntungannya meningkat, lantas dia mula terdorong untuk menyalahgunakan jenama yang telah dibinanya.

Bagaimana seseorang peniaga boleh menyalahgunakan jenamanya? Jenama boleh disalahgunakan apabila diletakkan sewenang-wenangnya pada produk serta perkhidmatan lain yang berbeza daripada produk asal.

Katakan jenama XYZ terkenal sebagai pengeluar beg yang ranggi dan tahan lasak. XYZ mempunyai ramai peminat dan pelanggan. Para pelanggan berbangga dengan jenama tersebut dan sentiasa mencanangkan XYZ.

Kemudian XYZ melesenkan jenamanya kepada sebuah pengeluar telefon bimbit baru. Telefon yang dikeluarkan mempunyai desain yang buruk & tidak tahan lasak. Para pelanggan asal XYZ yang membeli telefon bimit tersebut merasa kecewa.



Kemudian XYZ semakin 'menggila' melesenkan jenamanya kepada televisyen, minyak wangi bahkan mi segera! Tidak ada satu pun produk tersebut mempunyai kualiti ranggi dan tahan lasak. Pada tahap ini XYZ telah mencairkan jenama mereka dan merosakkan kepercayaan pelanggan semata-mata demi yuran pelesenan yang tidak seberapa.

Download eBook Percuma Permission Marketing di http://bit.ly/eBookPM1

<< Salah Guna Keizinan I

Permission Marketing: Salah Guna Keizinan

Tentunya ramai peniaga yang ingin mencapai Tahap Keizinan Intravenous kerana duit akan sentias mengalir dari poket pelanggan. Namun, ada peniaga yang menyalahgunakannya apabila diberi peluang.

Contoh paling biasa ditemui adalah pembekal konten mobile. Mereka menghantar SMS iklan kepada orang ramai menawarkan konten percuma. Namun apabila pelanggan menjawab 'Ya' mereka tanpa rela dijadikan sebagai pelanggan konten mobile. Minggu demi minggu kredit mereka ditolak dan dihujani dengan konten sampah.

Peniaga mampu mendapat keuntungan segera dengan cara ini tetapi ini akan menyebabkan mereka tidak akan diberikan keizinan lagi di masa akan datang. Syukur sekarang wujud agensi seperti SKMM yang memantau taktik-taktik seperti ini.

<< Tahap Keizinan Situasi | Salah Guna Keizinan II >>

Permission Marketing: Tahap Keizinan Situasi


Kita sudah sampai ke tahap keizinan terakhir yang dikenali sebagai situasi - di mana pelanggan dan penjual berpeluang bertemu. Kebiasaannya, situasi tersebut tidak terancang.


Contoh paling mudah adalah gerai di tepi jalan, penjaja tersebut mendapat Tahap Keizinan Situasi apabila seseorang kebetulan lalu di situ dan singgah. Sekiranya pelanggan tersebut berpuas hati dengan produk yang dijual, dia mungkin akan singgah lagi. Namun, sekiranya penjaja tersebut mengalihkan gerainya pelanggan tersebut tidak dapat mencari kedai tersebut. 

Tahap Keizinan Situasi juga boleh digunakan untuk membuat 'upselling'. Sebagai contoh, apabila seorang pelanggan membeli di KFC, cashier tersebut akan bertanya "Mahu tambah Cheesy Wedges?". Mereka menggunakan sebaik-baiknya keizinan tersebut sebagai peluang untuk menambah pendapatan.

Permission Marketing: Tahap Keizinan Reputasi Jenama


Reputasi Jenama adalah sesuatu yang diagung-agungkan dalam Interruption Marketing atau pemasaran tradisional. Kini wujud iklan yang direka semata-mata untuk memperkenalkan jenama dan ada pihak cuba meletakkan nilai kuantitatif jenama dalam laporan kewangan syarikat.

Adakah jenama benar-benar satu perkara ajaib yang membawa lebih banyak pelanggan dan jualan kepada peniaga?

Secara asasnya jenama adalah nama yang diletakkan pada produk atau syarikat. Nama seorang individu juga adalah satu jenama. Fungsi utamanya adalah untuk membezakan satu produk dengan produk yang lain. Sama seperti kita semua yang mempunyai nama yang berbeza sebagai identiti.

Oleh itu, jenama ABC dan XYZ sebenarnya sudah cukup untuk berfungsi sebagai identiti. Bagaimana pula jenama dikatakan dapat memberikan kelebihan besar kepada seseorang peniaga?

Kita lihat bagaimana jenama berfungsi. Katakan syarikat XYZ mengeluarkan sabun pencuci pinggan. Para pengguna membeli sabun pencuci pinggan XYZ dan mendapati produk itu berkualiti. Maka, ciri produk itu telah dihubungkan dengan jenama XYZ dalam minda pengguna.

Kemudian, XYZ mengeluarkan pula sabun basuh baju. Apabila pengguna pergi ke kedai, dia mendapati ada sabun basuh baju jenama ABC dan XYZ. Oleh kerana pengguna tersebut pernah menggunakan sabun pencuci pinggan XYZ, maka dia mengandaikan sabun basuh baju XYZ juga bagus. Oleh itu, pengguna tersebut membeli sabun sabuh baju XYZ.

Apa yang berlaku kepada jenama XYZ bergantung kepada pengalaman pengguna dengan produk baru ini. Sekiranya sabun basuh baju XYZ ternyata berkesan, reputasi XYZ meningkat dan XYZ mendapat keizinan untuk menjual dua jenis produk serta peluang untuk menjual produk lain di masa akan datang.

Namun sekiranya sabun basuh baju XYZ tidak bagus, XYZ kehilangan keizinan menjual produk tersebut serta produk-produk akan datang. Pengguna akan fikir hanya produk sabun cuci pinggan XYZ yang bagus. Lebih teruk lagi, pengguna mungkin tidak akan membeli produk XYZ lagi. (Ini boleh terjadi sekiranya sabun basuh baju XYZ merosakkan baju pelanggan).

Pokoknya, jenama adalah hasil daripada produk serta perkhidmatan berkualiti dan bukannya hasil kempen pengiklanan semata-mata.

<< Tahap Keizinan Perhubungan Peribadi | Tahap Keizinan Situasi >>

Permission Marketing: Tahap Keizinan Perhubungan Peribadi


Tahap keizinan seterusnya adalah perhubungan peribadi. Pada tahap ini, peniaga mempunyai pengaruh terhadap keputusan pelanggan. Sebagai contoh, seorang yang sakit gigi mungkin hanya membenarkan doktor yang dipercayainya sahaja bagi memeriksa serta mencabut gignya.

Walaupun tahap ini mempunyai pengaruh yang besar ke atas pelanggan, tahap ini mempunyai hadnya yang tersendiri. Peniaga tidak dapat melayan semua pelanggan dan kadangkala keizinan ini tidak dikongsi oleh staf sendiri sekalipun. Mujur zaman sekarang ada teknologi seperti emel, SMS dan Facebook yang membantu meluaskan rangkaian peribadi peniaga.

<< Tahap Keizinan Poin | Tahap Keizinan Reputasi Jenama >>

Permission Marketing: Tahap Keizinan Poin


Idea asas bagi Tahap Keizinan poin adalah mencipta sebab untuk para pelanggan datang kembali membeli produk dan perkhidmatan daripada sesuatu peniaga. Sebab itu datang daripada sistem poin, liabiliti atau peluang yang dicipta.

Contoh paling mudah adalah kad daripada kedai cuci kereta. Setelah 10 kali cop, pelanggan akan menerima satu perkhidmatan cuci kereta percuma. Kad itu yang mencipta sebab bagi pelanggan untuk berulang kali datang ke kedai tersebut bagi mencuci kereta.

Sistem poin yang lebih sosfikated adalah seperti kad Bonuslink dan juga TreatsPoint daripada Maybank. Sistem ini bukan sahaja menggunakan medium yang lebih canggih, malah melibatkan lebih ramai peniaga dan pilihan tebusan hadiah.

Sistem poin mencipta satu bentuk 'matawang' yang boleh digunakan antara peniaga dan pelanggan. Kelebihan sistem ini adalah peniaga dapat mengukur tahap keberkesanan kempen pemasaran yang dilakukan. Kos juga dapat diukur dengan mudah dan tepat.

Kembali kepada contoh kedai cuci kereta tadi, peniaga tersebut akan tahu tahap keberkesanan melalui jumlah kad yang ditebus oleh pelanggan. Dia juga tahu kos setiap cucian percuma tersebut. Malah seterusnya dia akan berpeluang untuk mendapatkan nama & nombor telefon pelanggan melalui kad promosi tersebut.

<< Tahap Keizinan Intravenous | Tahap Keizinan Perhubungan Peribadi >>

eBook Business Model Canvas Malaysia

Alhamdulillah, akhirnya eBook Business Model Canvas Malaysia dapat disiapkan. Tuan-tuan boleh download secara percuma di http://bit.ly/eBookBMC

Kepada tuan-tuan yang berminat mengikuti kelas Model Bisnes kepada Pelan Pemasaran pada 8 September boleh mendaftar di sini. Juga ikuti entri terkini melalui laman FB rasmi atau langganan emel.