Getting Real: Jangan Terlalu Awal Memikirkan Masalah

Jangan Buang Masa Memikirkan Masalah Yang Belum Ada



Adakah anda perlu risau melayan 100,000 pengguna sekiranya anda hanya akan berdepan dengannya dalam masa dua tahun lagi?

Adakah anda perlu menggajikan lapan programmer sekiranya anda hanya perlukan tiga orang sekarang?

Adakah anda benar-benar memerlukan 12 server paling hebat sekarang sekiranya anda hanya memerlukan dua server untuk tahun pertama?

Jalan Sahaja Dulu

Ramai orang suka menghabiskan terlalu banyak masa menyelesaikan masalah yang belum mereka hadapi. Jangan buat begitu. Kami melancarkan Basecamp tanpa fungsi menghantar bil kepada pelanggan! Oleh kerana produk ini dibilkan secara bulanan, kami tahu kami ada masa 30 hari untuk menyelesaikannya.

Kami menggunakan masa yang ada untuk menyelesaikan masalah yang lebih mendesak dan kemudiannya selepas pelancaran kami menyelesaikan modul bil. Semuanya berjalan lancar dan memaksa kami memilihan penyelesaian yang paling ringkas.

Jangan risaukan sesuatu sehingga betul-betul perlu. Jangan terlebih bina app anda. Tambah software dan hardware mengikut keperluan. Sekiranya servis anda menjadi lembab untuk seminggu dua, itu bukan bermakna kiamat. Terangkan kepada pelanggan bahawa anda sedang membesar. Mungkin mereka tidak begitu teruja tetapi sekurang-kurangnya mereka akan menghargai kejujuran anda.

Pendek Kata: Buat keputusan hanya bila perlu, semasa anda mempunyai akses kepada maklumat yang diperlukan. Sementara itu, tumpukan perhatian anda kepada perkara yang memerlukan perhatian segera.

Anda seorang freelancer yang sudah bosan dengan bayaran murah dan klien yang tidak memahami? Sertai kami di link ini.

Getting Real: Jangan Terlalu Awal Mengambil Perhatian Kepada Perincian

Berkerja Dari Besar ke Kecil

Kita memang gila dengan perincian kecil:


  • Ruang antara objek
  • Font terbaik
  • Warna paling tepat
  • Perkataan paling bagus
  • Empat baris code dan bukannya tujuh baris
  • 90% vs 89%
  • 760px vs 750px
  • RM39 sebulan vs RM49 sebulan
Kejayaan dan kepuasaan terletak pada perincian.


Namun, kejayaan bukan satu-satunya perkara yang anda akan jumpa dalam perinician. Anda juga akan jumpa kejumudan, perbalahan, mesyuarat dan kelewatan. Perkara-perkara ini boleh membunuh semangat dan menurunkan peluang untuk berjaya.

Berapa kerap anda mendapati diri anda tersangkut dengan sebuah elemen design atau programming sepanjang hari? Selalukah anda merasakan kemajuan anda hari ini sebenarnya bukan kemajuan? Ini berlaku apabila anda menumpukan perincian terlalu awal dalam proses. Ada banyak masa lain untuk mencapai kesempurnaan. Lakukannya kemudian.

Jangan risau tentang saiz font header anda pada minggu pertama. Anda tidak perlu mendapatkan warna hijau yang paling sesuai pada minggu kedua. Anda juga tidak perlu mengalikan butang 'Submit' tiga piksel ke kiri pada minggu ketiga. Keluarkan dahulu laman tersebut dan uji. Pastikan semuanya berfungsi. Kemudian anda boleh ubah dan sempurnakannya.

Perincian akan menampakkan dirinya sepanjang anda menggunakan apa yang telah anda bina. Anda akan lihat apa yang memerlukan lebih perhatian. Anda akan merasakan apa yang hilang. Anda akan tahu lubang mana yang perlu diturap kerana anda asyik tersadung. Pada masa itulah anda harus memberi perhatin kepada perincian dan bukan sebelumnya.

Bila Untuk Memberi Perhatian?

Saya tersangkut dalam mentaliti 'terus kepada perincian' setelah mengambil beberapa kelas lukisan. Sekiranya anda mula melukis perincian pada peringkat awal sudah pasti lukisan anda akan menjadi hampeh. Sebenarnya, anda sudah tersasar daripada apa yang penting.

Anda harus bermula dengan memastikan keseluruhan lukisan tersebut seimbang. Kemudian anda lukis objek paling besar dan menurun kepada yang lbih kecil. Lakaran anda harus sangat kasar pada tahap ini. Kemudian anda boleh teruskan dengan bayangan yang akan membawa dimensi ke dalam lukisan. Anda hanya bermula dengan tiga tona (cerah, sederhana, gelap). Ini memberikan anda lakaran tona, Kemudian bagi setiap bahagian lukisan anda menilai kembali tiga tona dan menambah apa yang patut. Ulang sehingga lukisan tersebut timbul dan hidup (Ini memerlukan beberapa ulangan...)

Sentiasa berkerja dari besar ke kecil

Patrick Lafleur, Creation Objet Inc

Getting Real: Apakah Idea Besar Anda?

Tetapkan Satu Visi App Anda


App anda dibuat untuk apa sebenarnya? Apakah idea besar di sebaliknya? Sebelum anda mula design atau programming apa-apa anda perlu tahu tujuan produk anda - visinya. Fikirkan secara besar. Mengapa produk tersebut wujud? Apa yang membezakannya dengan produk-produk lain?

Visi ini akan memandu keputusan anda dan memastikan anda istiqamah di jalan yang dipilih. Apabila ada pilihan yang perlu dibuat anda boleh fikirkan, “Adakah kita masih kekal pada visi yang sama?”

Visi anda harus ringkas dan padat. Satu ayat sepatutnya cukup untuk menyampaikan idea. Berikut adalah visi di sebalik produk-produk kami.

  • Basecamp: Pengurusan projek adalah komunikasi
  • Backpack: Mengikat perkara-perkara kecil dalam hidup
  • Campfire: Group chat menggunakan IM sangat leceh
  • Ta-Da List: Bersaing dengan Post-It Note
  • Writeboard: Microsoft Word terlalu overkill untuk kebanyakan kerja

Contohnya dengan Basecamp, visi kami adalah adalah “Pengurusan projek adalah komunikasi”. Pendirian kami adalah komunikasi efektif dalam projek membawa kepada pemilikan bersama, penglibatan, pelaburan dan pelaburan. Ia membawa semua orang dalam dalam satu wadah untuk mencapai matlmat bersama. Kami tahu sekiranya Basecamp boleh mencapai perkara ini, semua yang lain tidak perlu dirisaukan.

Visi ini membawa kami menjadikan Basecamp terbuka dan telus sejauh mana yang boleh. Kami memberi akses kepada klien juga dan tidak mengehadkan kmunikasi dalam syarikat sahaja. Kami tidak terlalu memikirkan kawalan akses dan lebih kepada menggalakkan semua yang terlibat untuk mengambil bahagian. Visi ini membawa kami meninggalkan carta, graf, jadual, laporan, statistik serta spreadhseet dan sebaliknya memfokuskan kepada elemen komunikasi seperti mesej, komen, to-do list dan berkongsi fail. Buat keputusan besar tentang visi anda dari awal dan semua keputusan kecil di masa akan datang akan menjadi lebih mudah.

Falsafah Papan Putih

Pernah sekali saya dan Andy Hunt menulis modul transaksi kad debit. Keperluan utama adalah pengguna kad debit tidak seharusnya mempunyai transaksi yang sama dicaj dua kali kepada akaun mereka. Dalam erti kata lain, tidak kira apa kegagalan sistem yang berlaku maka sistem tidak akan memproses transaksi dan tidak mengulang transaksi. Maka, kami tulis besar-besar di papan putih; Jaga kepentingan pelanggan.

Falsafah tersebut menjadi sebahagian daripada koleksi falsafah kami yang memandu keputusan kami apabila membina sesuatu yang kompleks. Falsafah-falsafah ini memberi konsistensi dalam dan luaran yang kuat pada aplikasi kami.

Dave Thomas, The Pragmatic Programmers

Cipta Mantra

Organisasi memerlukan penanda arah. Mereka perlukan panduan; pekerja perlu tahu apa tujuan mereka bangun berkerja setiap hari.  Panduan tersebut harus ringkas dan padat serta menyeluruh; Mengapa anda wujud? Apa yang memotivasikan anda? Ini adalah mantra - tiga empat ayat menerangkan mengapa anda wujud.

Guy Kawasaki




Anda seorang freelancer yang sudah bosan dengan bayaran murah dan klien yang tidak memahami? Sertai kami di link ini.

Getting Real: Jadi Diri Sendiri

Bezakan diri anda berbanding syarikat lebih besar dengan menmberi layanan peribadi dan mesra


Banyak syarikat kecil membuat kesilapan berpura-pura menjadi besar. Seolah-olah saiz kecil itu adalah satu kelemahan yang perlu ditutup. Sebenarnya anda tidak perlu berbuat demikian. Bersaiz kecil sebenarnya boleh menjadi satu kelebihan, terutamanya apabila melibatkan komunikasi.

Syarikat kecil menikmati birokrasi dan protokal yang minima serta lebih banyak kebebasan. Syarikat yang lebih kecil juga lebih hampir dengan pelanggan. Ini bermakna mereka boleh berkomunikasi secara lebih terus dan peribaadi. Sekiranya anda kecil, anda boleh gunakan bahasa yang mudah dan bukannya istilah teknikal. Laman web dan produk anda boleh mempunyai ‘suara insani’ dan bukannya ‘robot korporat’. Bersaiz kecil bermakna anda berkomunikasi pada aras yang sama dengan para pelanggan anda.

Komunikasi dalaman bagi syarikat kecil juga mempunyai kelebihan tersendiri. Anda boleh buang banyak protokol. Tidak perlu proses yang melecehkan dan memerlukan banyak tandatangan untuk segalanya. Semua orang yang terlibat boleh bersuara secara terbuka dan jujur. Idea yang mengalir tanpa sekatan adalah salah satu kelebihan besar kekal kecil.

Jujur Dengan Bangga & Tanpa Segan-Silu

Mungkin anda fikir para pelanggan boleh terpedaya dengan gebangan anda tentang bilangan kakitangan dalam syarikat anda atau variasi tawaran anda. Sebenarnya pelanggan yang bijak - yang sebenarnya anda mahu akan sentiasa dapat menghidunya. Sama ada melalui pemikiran logik atau gerak hati. Ini memang memalukan, tetapi saya sendiri pernah terlibat melakukan kesilapan ini. Akhirnya, gebangan ini tidak membawa kepada apa yang paling penting dalam bisnes iaitu perhubungan yang bermakna, bermanfaat dan berpanjangan dengan mereka yang benar-benar memerlukan perkhidmatan yang ditawarkan. Kami sepatutnya bangga dan tanpa segan-silu menyatakan saiz dan keupayaan sebenar syarikat.

Koi Vinh, Substraction.com

Tidak Kira Masa

Tidak kira apa pun industri bisnes anda, perkhidmatan pelanggan yang bagus adalah permintaan terbesar oleh para klien. Kita mahukannya pada perkhidmatan yang kita gunakan jadi mengapa pula kita fikir pelanggan kita berbeza? Sejak awal awal lagi kami memudahkan para pelanggan untuk berhubung dengan kami tentang sebarang persoalan yang mungkin mereka hadapi. Laman web kami mempunyai nombor talian bebas tol yang diforward ke nombor tlefeon kami. Setiap kad bisnes kami mempunyai nombor telefon bimbit. Kami menekankan kepada para pelanggan kami bahawa mereka boleh menghubungi pada bila-bila masa tidak kira apa sahaja masalahnya. Para pelanggan kami menghargai tahap kepercayaan sebegini dan tiada siapa yang pernah menyalahgunakan perkhidmatan ini.


Edward Knittel, Pengarah Jualan & Pemasaran, KennelSource

Getting Real: Terima Kekangan


Biarkan halangan memandu anda ke arah penyelesaian kreatif.

Dalam dunia akan ada sahaja perkara yang tidak cukup. Tidak cukup masa, tidak cukup duit, tidak cukup orang.

Itu adalah perkara yang bagus.

Daripada asyik tertekan dengan kekangan ini, terimanya dengan hati yang lapang. Biarkan kekangan ini memandu anda. Kekangan memacu inovasi dan memaksa and fokus. Anda tidak perlu berusaha menghilangkannya sebaliknya menggunakannya sebagai kelebihan anda.

Semasa 37signal membina Basecamp, kami mempunyai banyak kekangan. Antaranya:

  • Firma design yang perlu diuruskan
  • Kerja-kerja dengan klien sedia ada
  • Perbezaan masa sebanyak 7 jam (David di Denmark dan kami yang lain semuanya di Amerika Syarikat)
  • Pasukan yang kecil
  • Tiada dana luar

Pada awalnya kami merasa gundah gulana atas kekerdilan kami. Maka kami kecilkan skop kami supaya kami dapat menanganinya. Kami ambil tugas yang besal dan pecahkannya kepada komponen-komponen kecil yang diselesaikan satu persatu. Kami bergerak sedikit demi sedikit dan menyusun keutamaan di sepanjang jalan.

Keadaan ini memaksa kami mencipta penyelesaian kreatif. Kami menurunkan kos kami untuk berubah dengan sentiasa menulis kod yang lbeih pendek. Kami memberikan pelanggan fungsi yang sekadar secukupnya untuk menyelesaikan masalah mereka dengn cara mereka - kemudian kami biarkan mereka. Perbezaan masa dan jarak yang jauh membuatkan kami lebih efisyen dalam berkomunikasi. Oleh kerana kami tidak bersemuka, kami berkomunikasi hampir sepenuhnya melalui IM dan emel yang memaksa kami terus ke poin utama.

Kekangan selalunya mengandungi hikmah tersembunyi. Lupakan tentang venture capital, tempoh pembangunan yang panjang dan mengambil pekerja dengan pantas. Sebaliknya, berkerja dengan apa yang ada di tangan anda.

Lawan Lewah

Apa yang disebut sebagai ‘creeping elegance’ mungkin lebih baik disebut sebagai kelewahan feature. Lewah adalah berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara sehingga melimpah dan membazir. Ubatnya adalah tarikh mati yang menghimpit. Ini memaksa feature dibuang berdasarkan masa yang diperlukan untuk melaksanakannya. Ini selalunya kerana feature yang paling berguna selalunya mengambil masa paling lama untuk dihasilkan. Oleh itu kombinasi kelewahan dan tarikh mati menghasilkan software yang sudah muak kita termui, mengandungi banyak feature yang tidak berguna.


Jef Raskin, penulis (Why Software Is The Way It Is)

Getting Real: The Three Musketeers

Gunakan pasukan tiga orang bagi membina Versi 1.0


Bagi versi pertama app anda, mulakan dengan hanya tiga orang. Itulah angka magik yang akan memberikan anda cukup tenaga kerja tetapi dalam masa yang membolehkan anda kekal ringkas dan tangkas. Mulakan dengan developer, designer dan sweeper (seorang yang fleksibel dan boleh mengambil peranan kedua-duanya).

Ya, tentu sekali amat mencabar untuk membina app dengan hanya beberapa orang. Namun sekiranya anda mendapat pasukan yang betul, ia sangat berbaloi. Orang berbakat tidak memerluka begitu banyak sumber. Mereka hidup dengan cabaran berkerja dalam kekangan dan menggunakan kreativiti mereka untuk menyelesaikan masalah. Kekurangan kakitangan bermaknan anda perlu menangani kompromi lebih awal dalam proses - dan itu tidak mengapa. Ia akan menyebabkan anda menentukan keuatamaan lebih awal. Anda juga boleh terus berhubung tanpa risau meninggalkan sesiap.

Sekiranya anda tidak boleh membina versi pertama dengan tiga orang, maka jawapannya sama ada; 1. Anda perlukan orang yang berbeza. Atau 2. Anda perlu mengecilkan skop versi pertama. Ingat, tiada masalah memastikan versi pertama kecil dan ringkas. Anda akan pantas dapat melihat sama ada idea anda boleh pergi jauh. Sekiranya ya, anda mempunyai asas yang mudah untuk dibina.

Metcalfe’s Law dan Pasukan Projek

Pastikan pasukan kekal sekecil yang boleh. Metcalfe’s Law menyatakan; “Nilai sistem komunikasi berkembang pada kadar kuasa dua pengguna sistem.” Sebaliknya juga berlaku kepada pasukan projek. Ketangkasan pasukan adalah 1 per kuasa dua jumlah ahli pasukan. Mulakan dengan mengurangkan bilangan orang yang anda rancang untuk tambah, dan kemudian kurangkan lagi.

Marc Hedlund, usahawan residen di O’Reilly Media

Aliran Komunikasi

Aliran komunikasi adalah lebih lancar dalam pasukan kecil berbanding pasukan besar. Sekiranya anda adalah satu-satunya ahli projek, komunikasi menjadi mudah. Saluran komunikasi hanyalah antara anda dengan pelanggan. Semakin ramai ahali pasukan, begitu juga dengan bilangan saluran komunikasi. Bilangannya tidak bertambah secara linear tetapi sebaliknya bertambah secara eksponensial.


Steve McConnell, Chief Software Engineer, Construx Software Builders Inc

Ikuti artikel lebih mendalam tentang bisnes yang lebih mendalam di Rumbia.my 

Kurangkan Kos Anda Berubah

Kekal fleksibel dengan mengurangkan halangan untuk berubah

Perubahan adalah rakan baik anda. Lebih mahal untuk anda membuat perubahan, makan makin kurang kemungkinan anda melakukannya. Sekiranya pesaing anda boleh berubah lebih pantas berbanding anda, maka anda mengalami kepincangan yang besar. Sekiranya perubahan menjadi terlalu mahal, maka habislah anda.



Di sinilah bagaimana kekal lean memabntu anda. Keupayaan utnuk berubah sekelip mata adalah satu perkara yang dimiliki oleh semua pasukan kecil namun tidak akan dimiliki oleh pasukan besar. Pada waktu inilah para gergasi akan mencemburui para pemain kecil. Apa yang memerlukan masa berminggu-minggu bagi pasukan besar dalam organisasi yang besar untuk berubah mungkin hanya mengambil masa sehari bagi organisasi yang kecil dan lean. Kelebihan tersebut tiada ternilai. Perubahan murah dan pantas adalah senjata rahsia pemain kecil. 

Ingat; segala wang tunai, marketing, staf dalam dunia ini tidak akan dapat membeli ketangkasan kekal kecil.

Apabila berbicara tentang teknologi web, perubahan harus mudah dan muruah. Sekiranya anda tidak boleh berubah sambil berjalan, anda akan ditinggalkan mereka yang boleh berbuat demkian. Oleh sebab itulah anda perlu mensasarkan saiz yang lebih kecil.

Emergence

Emergence adalah salah satu prinsip pokok ketangkasan, dan antara perkara paling hampir kepada magik. Ciri-ciri emergence tidak direka atau terbina dalam, mereka muncul begitu sahaja hasil dinamisme sistem. “Emergence” datang daripada bahasa Latin pertengah kurun ke-17 yang mendefinisikan “kejadian yang tidak dijangka”. Anda tidak boleh merancang atau menjadualkannya, tetapi anda boleh memupuk persekitaran yang membolehkannya berlaku dan mengambil manfaat daipadanya,

Contoh klasik emergence adalah sifat burung yang terbang berkelompok. Simulasi komputer boleh menggunakan seminima tiga peraturan mudah (contohnya jangan langgar satu sama lain) dan tiba-tiba anda mendapat tingkahlaku kompleks seiring dengan perjalanan kawanan untuk membelah langit, mengelakkan halangan dan seterusnya. Tidak ada satu pun tingkahlaku maju ini dikawal oleh peraturan, sebaliknya ini muncul daripada dinamisme sistem.

Peraturan mudah, seperti dalam simulasi burung, membawa kepada tingkahlaku kompleks. Peraturan kompleks, sama seperti undang-undang cukai di kebanyakan negaran akhirnya membawa kepada tingkahlaku bodoh.

Banyak amalan pembangunan perisian mempunyai kesan sampingan membunuh sebarang ruang bagi emergence. Kebanyakan usaha untuk mengoptimumkan - mengikat sesuatu terlalu konkrit - mengurangkan variasi dan skop interaksi serta perhubungan, iaiatu sumber emergence. Dalam contoh kawanan burung, sama seperti sistem yang direka dengan baik; sebenarnya interaksi dan perhubungan itu yang mencipta tingkahlaku yang menarik.

Lebih ketat kita cuba mengawal, maka semakin kurang ruang emergence untuk penyelesaian kreatif. Sama ada mengunci spesifikasi sebelum keperluan difahami sepenuhanya atau terlalu awal mengoptimumkan kod, atau mencipta sistem serta senario navigasi yang kompleks sebelum diuji pengguna sebenar; hasilnya adalah sistem yang bodoh dan terlalu kompleks. Bukannya sistem yang kemas dan elegan yang memanfaatkan emergence.

Kurangkan saiz, kekal ringkas. Biarkan sahaja ia berlaku.


Andrew Hunt, The Pragmatic Programmers

Download eBook Business Model Canvas Malaysia di link ini.

Getting Real: Kurang Berat

Lebih Lean Anda, Lebih Mudah Untuk Berubah


Lebih berat sesuatu objek, lebih tinggi tenaga yang diperlukan untuk menukar arahnya. Peraturan ini terpakai dalam dunia bisnes juga dunia fizikal.

Perubahan harus mudah dan murah apabila melibatkan teknologi web. Sekiranya anda tidak boleh berubah sambil berlari, anda akan  ketinggalan berbanding mereka yang boleh. Sebab itulah anda harus mensasarkan untuk mencapai berat yang kurang. 

Berat bertambah disebabkan oleh:
  • Kontrak jangka panjang
  • Kakitangan berlebihan
  • Keputusan kekal
  • Mesyuarat tentang mesyuarat lain
  • Proses yang tebal
  • Inventori (fizikal atau mental)
  • Lock-in hardware, software dan teknologi
  • Format data tertutup
  • Masa lampau memerintah masa hadapan
  • Peta jangka panjang
  • Politik pejabat

Berat dikurangkan oleh
  • Pemikiran just in-time
  • Ahli pasukan yang mampu melakukan pelbagai kerja
  • Hidup denagn kekangan dan tidak cuba mengalihkannya
  • Kurang software, kurang code
  • Kurang feature
  • Saiz pasukan yang kecil
  • Ringkas
  • Antaramuka yang ringkas
  • Produk open source
  • Format data terbuka
  • Budaya terbuka yang memudahkan untuk mengakui kesilapan

Kurang berat membolehkan anda menukar haluan dengan pantas. Anda boleh bertindakbalas dan berevolusi. Anda boleh fokus kepada idea yang baik dan meninggalkan yang tidak baik. Anda boleh menggunakan teknologi baru sekarang dan bukannya kemudian. Anda tidak memandu kapal pengangkut pesawat tetapi bot komando. Nikmati keupayaan anda.

Sebagi contoh, mari kita sebuah syarikat lean serta kurang berat yang telah membina produk dengan kurang software dan feature. Di pihak satu lagi pula adalah adalah syarikat yang lebih berat dengan produk yang mempunyai lebih banyak software dan feature. Katakan datang teknologi baru seperti Ajax atau konsep baru seperti tagging pula datang. Siapa yang lebih pantas mengadaptasi produk mereka? Pasukan dengan lebih banyak software dan feature atau pasukan dengan kurang software dan feature serta proses yang lebih organik? Mereka yang fokus kepada apa yang difokuskan sekarang?

Sudah tentu pasukan yang kurang berat akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk berubah mengikut permintaan pasaran. Syarikat yang lebih besar kemungkinan besar masih membincangkan perubahan atau melayan kerenah birokrasi sedangkan syarikat yang lebih kecil sudah berubah. Syarikat yang lebih kecil sudah dua langkah di hadapan sementara syarikat yang lebih besar masih memikirkan bagaimana untuk berjalan.

Syarikat-syarikat kecil, lincah dan tangkas boleh pantas menukar keseluruhan business model mereka, produk, feature dan marketing. Mereka boleh membuat silap dan membaikinya dengan cepat. Mereka boleh mengubah keutamaan, barisan produk dan fokus. Lebih penting lagi, mereka boleh mengubah fikiran mereka.



Getting Real: App Anda Tidak Sepatutnya Menjadi Beban


Nyalarasa Anda Akan Jelas Kelihatan

Lebih mudah app anda untuk dibina, lebih bagus app tersebut. Kekalkan app tersebut dalam saiz kecil dan mudah diuruskan supaya anda sebenarnya menikmati proses yang terlibat.

Sekiranya app anda tidak menyeronokkan anda, ada perkara yang tidak kena. Sekiranya anda mengerjakannya semata-mata untuk cari untung, sikap itu akan terserlah. Sebaliknya, sekiranya anda penuh nyalarasa itu juga akan terserlah pada produk akhir anda. Orang ramai boleh melihat dengan jelas apa yang tersirat.

Kehadiran Nyalarasa

Dalam design, di mana makna selalunya sangat subjektif atau sukar diterjemah, tidak banyak yang lebih terang dan nyata berbanding kehadiran nyalarasa. Tidak kiralah sama ada dseign produk tersebut memberi semangat kepada anda atau meninggalkan rasa kosong. Dalam kedua-dua kes tidak sukat untuk mengesan pelaburan emosional si pembuatnya.

Keghairahan tentu sekali mudah menghadirkan dirinya, namun sikap acuh tidak acuh juga sama kuat kesannya. Sekiranya komitmen anda tidak meliputi keghairahan sebenar terhadap tugas yang yang ada, ia menjadi satu lohong yang hampir mustahil untuk disorokkan, tidak kira sehalus atau secantik mana design tersebut.

Khoi Vinh, Substraction.com

Bakeri

Perniagaan ala-Amerika sekarang ini semata-mata tentang membangunkan idea, menjadikannya menguntungkan, menjualnya apabila untung dan kemudiannya keluar atau mempelbagaikan bisnes. Ini semua hanyalah tentang menyedut segalanya. Idea saya pula; Suka memasak, jual roti, orang suka, jual lagi. Teruskan dengan bakeri tersebut kerana anda menghasilkan makanan yang bagus dan orang ramai gembira.


Ian MacKaye, ahli Fugazi dan pemilik bersama Dischord Records (dari Salon.com)

Getting Real: Adakan Musuh

Cari Gaduh


Adakalanya cara terbaik untuk mengetahui bagaimana app anda sepatutnya jadi ialah dengan mengetahui apa yang app tersebut tidak patut jadi. Ketahui musuh app anda dan akan disuluh ke mana anda harus pergi.

Apabila kami memutuskan untuk mencipta software pengurusan projek, kami tahu Microsoft Project adalah raksasanya. Jangan takut dengan raksasa tersebut tetapi gunakannya sebagai sumber motivasi. Kami memutuskan Basecamp akan jadi anti-Project.

Kami menyedari bahawa pengurusan projek bukannya tentang carta, graf, laporan dan statistik - ianya tentang komunikasi. Pengurusan projek bukan tentang pengurus projek yang jauh lebih tinggi dan mengarah dari atas. Ia adalah tentang semua orang mengambil tanggungjawab bersama bagi menjayakan projek.

Musuh kami adalah Pengarah Pengurusan Projek dan tools yang mereka gunakan. Kami mahu mendemokrasikan pengurusan projek - menjadikannya sesuatu yang ingin disertai semua (termasuk klien). Projek menjadi lebih baik apabila semua orang mengambil tanggungjawab bersama dalam proses.

Apabila mencipta Writeboard, kami tahu ada ramai pesaing lain dengan feature-feature yang gempak. Kami memutuskan untuk mencipta sesuatu yang ringkas. Kami mencipta app yang membolehkan pengguna berkongsi dan berkerjasama atas sesuatu idea dengan mudah, tanpa mengahmbat mereka dengan feature yang tidak penting. Sekiranya tidak penting, kami akan tinggalkan. Hanya dalam masa tiga bulan selepas pelancaran, lebih 100,000 Writeboard telah dicipta.

Apabila kami memulakan Backpack musuh kami adalah adalah struktur dan peraturan ketat. Pengguna seharusnya bebas mengurus maklumat dengan cara mereka sendiri - bukannya berdasarkan skrin yang sudah diformat atau borang yang berjela-jela.

Satu bonus yang anda dapat dengan mempunyai musuh adalah mesej marketing yang jelas. Orang ramai teruja dengan konflik. Mereka juga memahami produk dengan membandingkannya dengan yang lain. Melalui musuh yang dipilih, anda mengisi orang ramai dengan cerita yang mereka mahu dengar. Bukan sahaja mereka akan lebih cepat dan lebih memahami produk anda, mereka juga akan menjadi partisan. Itu adalah cara yang pasti untuk mendapatkan perhatian dan mencetuskan nyalarasa.

Walaupun saya sudah menyebut semua itu, adalah penting untuk tidak menjadi terlalu obses dengan persaingan. Terlebih analisa produk-produk lain dan anda akan mula mengehadkan pemikiran. Lihat sekali kemudian teruskan dengan wawasan serta idea anda.

Jangan Ikut Pemimpin

Marketer (bahkan semua manusia) adalah cukup terlatih untuk mengikut pemimpin. Gerak hati semulajadi adalah untuk menentukan apa yang menjadi untuk pesaing dan cuba mengatasi mereka - menjadi lebih murah daripada pesaing anda yang bersaing pada harga, atau lebih pantas daripada pesaing yang bersaing pada kepantasan. Masalahnya apabila pengguna sudah termakan cerita orang lain, mempengaruhi pelanggan tersebut untuk berubah bermakna memujuk beliau mengaku dia salah. Manusia benci mengaku salah.

Sebaliknya, anda harus menceritakan sesuatu yang berbeza dan mempengaruhi pendengar bahawa cerita anda lebih penting daripada cerita yang mereka percayai sekarang. Sekiranya pesaing anda lebih pantas, anda harus lebih murah. Sekiranya mereka menjual cerita kesihatan, anda harus menjual cerita kemudahan. Bukannya graf menunjukkan kami lebih murah tetapi cerita sebenar yang jauh berbeza daripada cerita yang sudah sedia ada.

Seth Godin, penulis/usahawan (Dari Be a Better Liar)

Apa Isu Pokok?

Salah satu cara terpantas untuk menjerumuskan diri dalam masalah adalah untuk melihat apa yang pesaing anda lakukan. Ini memang benar bagi kami di BlinkList. Sejak kami bermula sudah ada 10 lagi servis social bookmarking yang dilancarkan. Malah ada yang sudah membuat jadual yang menunjukkan perbandingan feature secara terperinci.

Namun ini akan cepat menyesatkan seseorang. Sebaliknya, kami kekal fokus pada gambaran besar dan terus bertanya kepada diri kami, apakah isu pokok yang kami sedang cuba selesaikan dan dan bagaimana kami boleh menyelesaikannya.


Michael Reining, pengasas bersama - MindValley & BlinkList

Getting Real: Tetapkan Tempoh dan Bajet, Ubah Skop


Ini cara mudah untuk lancarkan tepat pada masanya dan tidak melangkaui bajet: tetapkan kedua-duanya. Jangan tambah lebih banyak masa atau wang pada masalah, hanya kecilkan skop.

Ada mitos sebegini; Kita boleh lancarkan tepat masa, bajet dan skop. Ini memang hampir mustahil dan jika berlaku sekalipun selalunya kualiti menjadi mangsa. Sekiranya anda tidak boleh menyumbat segalanya dalam masa dan bajet yang ditetapkan jangan kembangkan masa dan bajet. Sebaliknya, kecilkan skop. Akan sentiasa ada masa untuk menambah kemudian - kemudian itu infiniti, sekarang itu melintas patas.

Melancarkan sesuatu yang hebat dengan skop yang sedikit lebih kecil adalah lebih baik daripada melancarkan sesuatu yang hampeh dan penuh lubang kerana anda perlu menepati skop, masa dan bajet yang tidak realistik. Biarkan itu semua kepada ahli politik. Anda ada bisnes sebenar untuk dijalankan dan produk sebenar untuk dihasilkan. 

Berikut adalah manfaat menetapkan masa serta bajet, dan membiarkan skop fleksibel;

  • Utamakan yang utama - Anda perlu tentukan apa yang betul-betul penting. Apa yang akan termasuk dalam versi awal? Ini akan memaksa satu kekangan yang akan memaksa anda membuat keputusan sukar berbanding terus berlengah-lengah.
  • Realiti - Menetapkan jangkaan adalah penting. Sekiranya anda cuba menetapkan masa, bajet dan skop - anda tidak akan dapat menghasilkan sesuatu pada tahap kualiti yang tinggi. Betul, anda boleh hasilkan sesuatu. Tetapi adakah “sesuatu” itu yang anda hendak hasilkan?
  • Fleksibiliti - Kebolehan untuk berubah adalah penting. Menetapkan segalanya menyukarkan perubahan. Menyuntik fleksibiliti skop akan membuka alternatif berdasarkan pengalaman sebenar anda membina produk. Fleksibiliti adalah rakan anda.
Saranan kami; kecilkan skop. Lebih baik buat separuh produk berbanding membuat produk separuh jalan yang tak semenggah (lebih banyak tentang ini kemudian…)

Satu, dua, tiga

Bagaimana projek boleh menjadi setahun lewat? Sehari demi sehari.


- Fred Brooks, software engineer dan saintis komputer

Getting Real: Modalkan Sendiri

Duit Orang Lain Adalah Pelan B


Keutamaan pertama kebanyakan startup adalah mendapatkan dana daripada pelabur. Tetapi harus diingat, sekiranya anda meminta dana daripada orang luar, anda juga harus menjawab kepada mereka. Jangkaan dan harapan juga meningkat. Pelabur mahu duit mereka kembali - dengan cepat. Malangnya, buat untung selalunya mengatasi pembinaan produk berkualiti.

Zaman sekarang anda tidak perlukan modal yang besar untuk bergerak. Hardware sudah murah dan banyak software infrastruktur adalah Open Source dan percuma. Nyalarasa juga tidak hadir bersama tanda harga.

Jadi buat apa yang anda boleh lakukan dengan apa yang ada di tangan. Fikir betulpbetul dan tentukan apa yang betul-betul penting dan apa ang anda boleh abaikan dahulu. Apa yang anda boleh lakukan dengan tiga orang berabding sepuluh orang? Apa yang anda boleh lakukan dengan RM20 ribu berbanding RM100 ribu? Apa yang kamu boleh lakukan dalam tiga bulan berbanding enam bulan? Apa yang anda boleh lakukan sekiranya anda kekal berkerja dan membina app anda secara sambilan?

Kekangan Memaksa Kreativiti

Bergerak dengan sumber terhad akan memaksa anda berhadapan dengan kekakngan lebih awal serta lebih menekan. Itu sebenarnya adalah perkara yang bagus. Kekangan memacu inovasi.

Kekangan juga memaksa anda untuk mengeluarkan idea anda ke dunia nyata lebih cepat - satu lagi perkara bagus. Setelah dilancarkan sebulan dua anda sepatutnya sudah tahu sama ada anda akan berjaya atau tidak. Sekiranya ya, anda akan pantas mampu bergerak sendiri dan tidak memerlukan dana luar. Sekiranya idea anda tidak menjadi, tiba masanya untuk kembali design semula. Sekurang-kurangnya anda tahu sekarang dan bukannya berbulan-bulan atau bertahun-tahun kemudian. Setidaknya anda boleh keluar dengan mudah. Sukar untuk anda keluar apabila sudah ada pelabur yang terlibat.

Sekiranya anda mencipta software sekadar untuk untung cepat, perkara itu akan cepat terserlah. Untung cepat sebenarnya agak sukar untuk dicapai. Maka fokus kepada membina tool berkualiti yang anda pelanggan anda boleh gunakan bagi tempoh yang panjang.

Dua Jalan

Jake Walker memulakan sebuah syarikat dengan duit pelabur (Disclive) dan satu lagi tanpa duit pelabur (The Show). Di sini beliau membincangkan perbezaan dua jalan tersebut.

Akar segala masalah bukanlah mendapatkan dana pelabur itu sendiri, tetapi apa sahaja yang datang bersama dengannya. Jangkaan menjadi lebih tinggi. Orang mula mengambil gaji dan niatnya adalah untuk naikkan nilainya kemudian jual, atau mencari jalan lain bagi pelabur awal mendapatkan wang mereka  kembali. Dalam kes syarikat pertama, kami berlagak lebih besar daripada apa yang sepatutnya - kami terpaksa…

[Dengan The Show] kami sedar kami boleh menghasilkan produk yang lebih baik dengan kos yang lebih rendah, hanya kami perlukan lebih masa. Kami mempertaruhkan wang kami sendiri bahwa orang ramai sanggup untuk menunggu mendapatkan kualiti. Namun syarikat setakat ini kekal (dan akan kemungkinan besar) kecil. Sejak projek pertama tersebut, kami membiayai sendiri. Ditambah dengan sedikit perundingan kreatif dengan vendor kami, kami tidak perlu menambah banyak wang kami sendiri dalam syarikat ini. Jangkaannya bukan untuk berkembang dan jual, namun berkembang untuk berkembang serta terus mendapat manfaat kewangan.

Komen di blog Signal vs. Noise

Nota Penterjemah: Saranan ini adalah sejajar dengan konsep Lean Startup. Ketahui kesilapan biasa menggunakan Lean Startup dalam arktikel di Rumbia.

Getting Real: Apa Masalah Anda?


Bina Software Untuk Diri Anda Sendiri

Cara hebat untuk membina software adalah bermula dengan masalah anda sendiri. Anda akan menjadi pengguna sasaran dan anda akan tahu apa yang penting dan apa yang tidak. Ini memberi anda kelebihan dalam menghasilkan produk yang hit.

Kunci di sini adalah memahami bahawa anda tidak bersendirian. Sekiranya anda menghadapi masalah ini, kemungkinan besar beratus-ratus ribu orang lain senasib dengan anda. Itulah pasaran anda. Mudah bukan?

Basecamp bermula sebagai satu masalah: Sebagai sebuah firma design kami memerlukan cara yang mudah untuk berhubung dengan klien tentang projek kami. Asalnya kami menggunakan extranet klien di mana kami akan update secara manual. Namun menukar sendiri fail HTML secara manual setiap kali projek perlu diupdate memang tidak praktikal. Laman web projek-projek ini nampaknya sentiasa kurang diberi perhatian dan akhirnya dibuang terus. Ini sangat mengecewakan kerana kami menjadi tidak terurus dan klien tertanya-tanya.

Maka kami mula mencari alternatif lain. Namun setiap tool yang kami jumpa sama ada 1) tidak buat apa yang kami perlukan atau 2) terlalu banyak feature yang kami tidak perlukan - seperti billing, kawalan akses yang ketat, carta, graf, dsb. Kami percaya tentu ada cara yang lebih baik maka kami memutuskan untuk buat sendiri.

Apabila anda menyelesaikan masalah anda sendiri, anda menghasilkan tool yang mempunyai nyalarasa anda. Nyalarasa adalah kunci. Nyalarasa bermakna anda akan benar-benar menggunakannya dan mengambil berat tetangnya. Itulah cara terbaik untuk membuatkan orang lain juga bersemangat tentangnya.

Garu Kegatalan Anda Sendiri

Dunia Open Source sudah lama mengangkat moto ini - “garu kegatalan anda sendiri”. Bagi para developer open source, ini bermakna mereka dapat tool yang mereka mahu melalui cara yang mereka mahukan. Namun manfaatnya jauh lebih mendalam daripada itu.

Sebagai designer atau developer aplikasi baru, anda berhadapan dengan beratus-ratus mikro-keputusan setiap hari; biru atau hijau? Satu atau dua table? Statik atau dinamik? Berhenti atau cuba lagi? Bagimana kita membuat keputusan-keputusan ini? Sekiranya ia sesuatu yang kita kenali sebagai penting, kita mungkin akan bertanya. Selebihnya, kita teka sahaja. Segala tekaan ini berlonggok menjadi semacam satu hutang dalam aplikasi kita - jaringan andaian yang berselirat.

Sebagai seorang developer, saya cukup menyampah dengan keadaan ini. Menyedari bahawa bom jangka kecil wujud memenuhi aplikasi yang saya code menambahkan stres. Developer Open Source yang menggaru kegatalan sendiri tidak mengalami keadaan ini. Oleh kerana mereka sendiri adalah pengguna, mereka mengetahui jawapan yang tepat bagi 90% keputusan yang mereka perlu ambil. Saya fikir ini sebabnya mengapa ramai yang buat coding Open Source selepas seharian penat lelah coding di tempat kerja; ia menenangkan.

Dave Thomas, The Pragmatic Programmer

Lahir Dari Keperluan

Campaign Monitor memang lahir dari keperluan. Selama bertahun-tahun kami bengang dengan kualiti pilihan software email marketing yang ada. Satu tool akan buat x dan y tetapi langsung tidak akan buat z, yang satu lagi pula bagus buat y dan z tetapi langsung tidak mampu buat x. Kami tidak boleh dapat apa yang kami mahu.

Kami memutuskan untuk mengosongkan jadual dan cuba mencipta sendiri tool email marketing impian kami. Kami sengaja tidak mahu melihat apa yang orang lain buat dan menumpukan kepada apa yang memudahkan hidup kami serta pelanggan.

Akhirnya, ternyata bukan kami sahaja yang tidak suka dengan pilihan yang ada Kami membuat beberapa ubahsuai kepada software tersebut supaya sebarang firma design dapat menggunakannya dan menyebarkannya. Dalam masa kurang dari enam bulan, beribu-ribu designer menggunakan Campaign Monitor untuk menghantar newsletter untuk diri sendiri dan klien mereka.

David Greiner, Pengasas, Campaign Monitor.

Anda Perlu Mengambil Berat Tentangnya

Apabila anda menulis buku, anda perlu mempunyai lebih dari sekadar cerita yang menarik. Anda harus mempunyai semangat dan kemahuan untuk menyampaikan cerita tersebut. Anda perlu terlibat secara langsung. Sekiranya anda akan hidup dengan sesuatu untuk dua, tiga tahun, sepanjang hidup anda, anda perlu mengambil berat tentangnya.


Malcom Gladwell, Penulis (Dari A Few Thin Slices of Malcolm Gladwell)

Nota Penterjemah: Bagi memenuhi keinginan kami untuk melihat wujudnya komuniti usahawan yang lebih bijak, kami memulakan Rumbia.My - pra-daftar untuk program pertama kami di sini.


Getting Real: Kurangkan Kerja!

Jangan Kiasu

Pemikiran lama dan kiasu mengatakan untuk mengalahkan pesaing anda perlu mengatasi mereka. Sekiranya mereka mempunyai empat feature, anda perlu lima (atau 15, atau 25). Sekiranya mereka membelanjakan x, anda perlu membelanjakan xx. Sekiranya mereka mempunyai 20, anda perlukan 30.

Mentaliti kiasu ini tidak membawa ke mana-mana. Ia adalah cara yang mahal, defensif dan paranoid untuk membina produk. Syarikat yang defensif dan paranoid (a.k.a kiasu) tidak boleh berfikir ke hadapan, mereka hanya boleh berfikir ke belakang. Mereka tidak memimpin, mereka mengikut.

Sekiranya anda mahu membina syarikat yang sekadar mengikut, lebih baik anda berhenti membaca sekarang.

Jadi apa yang perlu dilakukan? Kurangkan kerja anda. Lakukan kurang berbanding pesaing anda untuk mengalahkan mereka. Selesaikan masalah yang mudah dan tinggalkan masalah yang sukar, rumit dan leceh kepada orang lain. Tinggalkan persaingan, cuba mengalah. Jangan asyik menambah, kurangkan.

Kita akan lihat lebih lanjut konsep kurang sepanjang buku ini. Sebagai permulaan, kurang bermaksud:

  • Kurang feature
  • Kurang option/preferences
  • Kurang orang dan struktur korporat
  • Kurang mesyuarat dan pengabstrakan
  • Kurang janji

Nota Penterjemah: Sekali imbas, saranan ini seperti tidak masuk akal tetapi dengan strategi dan taktik yang betul akan membawa banyak kemajuan. Pelajari lebih banyak tentang strategi dan taktik di sini.

Rancangan Ramadhan


Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan yang mulia. Semoga tuan-tuan dan puan-puan diberikan kekuatan untuk beribadah dan dilimpahkan rahmat olehNya.

Berpuasa bukan alasan untuk bermalas-malasan dan blog ini akan terus bersiaran setiap hari bekerja. Jadi apa yang akan menemui para pembaca sepanjang bulan ini?

Getting Real Edisi Bahasa Melayu

Minggu lepas kita sudah menghabiskan bab 1, esok akan bersambung kembali dengan bab dua. Buku ini saya terjemah bagi memastikan saya sendiri betul-betul ingat apa isi kandungannya dan seterusnya mengamalkannya dalam projek UrusKelas.com. Buku ini memberi keberanian yang berasas bagi menongkah arus bisnes.

eBook Business Model Canvas Edisi Baru

eBook versi baru akan menampilkan ilustrasi dan contoh-contoh baru. Perubahan akan berlaku pada edisi percuma dan juga edisi premium. Susunan bab mungkin dirombak sedikit bagi membantu pemahaman pembaca.

Komuniti & Training

Saya bersama Tuan Bukhari Ramli akan menganjurkan bengkel strategi bisnes untuk usahawan. Pra-daftar di http://rumbia.my/strategi-bisnes-untuk-usahawan/




Hack Your City Edisi Pulau Pinang Berjaya!

Alhamdulillah, Make Weekend di KDU Pulau Pinang melabuhkan tirainya petang semalam. Seramai 69 peserta telah mengambil bahagian dari pelbagai IPT dan syarikat. Edisi ini dijayakan oleh Tandemic dengan sokongan MOSTI. Saya dan Kontak Lab adalah antara fasilitator luar yang dijemput menjayakan program ini.

Make Weekend adalah satu lapangan untuk mengasah Design Thinking yang hebat. Kali ini tidak terhenti kepada sekadar konsep malah terus membawa ke prototaip fizikal. Saya sendiri telah ditugaskan untuk membantu kumpulan 11 yang terdiri daripad para pelajar KDU.


Saksikan aksi mereka dalam video di bawah:


Kumpulan kami kelihatan paling rileks dan lenggang-kangkung. Tanpa disangka-sangka, kami memenangi tempat ketiga. Kami memilih idea yang mudah, pantas membuat prototaip dan yang paling penting mendapatkan maklumbalas orang awam. 

Esok: Make Weekend - Hack Your City


Esok dan lusa saya akan berada di KDU College, Pulau Pinang bagi menjayakan program Hack Your City. Maklumat lanjut di http://makeweekend.com/city

Getting Real: Kaveat, Penafian dan Segala Macam Amaran Awal



Demi memudahkan semua pihak, ini adalah jawapan kami kepada segala komplen yang kami dengar berulang kali:

“Teknik Ini Tidak Akan Berguna Kepada Saya”

Getting Real adalah sistem yang berfungsi dengan hebat untuk kami. Walaupun begitu, idea-idea dalam buku ini tidak akan terpakai untuk semua projek dalam dunia ini. Sekiranya anda membina sistem senjata, sistem kawalan reaktor nuklear, sistem perbankan untuk berjuta-juta pelanggan atau sebarang sistem kritikal untuk nyawa dan kewangan, anda akan bising tentang sebahagian sikap kami yang lepas tangan. Ambil langkah keselamatan tambahan yang anda rasakan perlu.

Anda tidak perlu ambil semua atau langsung tidak ambil semua. Walaupun anda tidak dapat menggunakan sepenuhnya Getting Real, tentu ada satu atau dua idea di sini yang boleh anda terapkan.

“Kamu Tidak Mencipta Idea Tersebut”

Kami tidak mendakwa kami telah mencipta teknik-teknik ini. Banyak konsep-konsep ini sudah adalah dalam satu bentuk atau lain selama ini. Jangan mengomel sekiranya apa sahaja yang kami tulis mengingatkan tentang apa yang sudah dibaca sebelum ini blog atau dalam buku yang sudah terbit 20 tahun dahulu. Itu tidak mustahil. Semua teknik ini langsung tidak eksklusif kepada 37signals. Kami hanya bercerita bagaimana kami bekerja dan apa yang menjadi untuk kami.

“Pandangan Kamu Terlalu Hitam Putih”

Sekiranya nada kami seperti kami tahu semuanya, bersabarlah dengan kami. Kami fikir lebih baik menyampaikan idea dengan terang dan nyata berbanding mengambil jalan tengah. Sekiranya kami dicop sombong dan bongkak, biarlah. Kami memilih untuk unutk menjadi provokatif berbanding main selamat. Tentu sekali ada masanya bila peraturan ini perlu dilenturkan atau dilanggar. Sesetengah taktik ini mungkin tidak relevan dengan situasi anda. Gunakan pertimbangan dan imaginasi anda.

“Ini Tidak Boleh Berfungsi Dalam Syarikat Saya”

Anda fikir anda terlalu besar untuk Get Real? Bahkan Microsoft sendiri mula Get Real (dan kami sangsi anda lebih besar berbanding mereka).

Walaupun syarikat anda selalunya berkerja dengan jadual jangka panjang dan pasukan besar, masih ada cara lain untuk Get Real. Langkah pertama adalah memecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil. Apabila terlalu ramai yang terlibat, tidak ada apa yang siap. Lebih lean anda, lebih pantas - dan lebih baik - hasil kerja anda.

Tentu sekali, anda mungkin perlu menjual. Jual kepada syarikat anda proses Getting Real. Tunjukkan mereka buku ini. Tunjukkan mereka hasil sebenar yang boleh anda capai dalam masa lebih singkat dan dengan tim yang lebih kecil.

Terangkan bahawa Getting Real adalah cara berisiko rendah, modal rendah untuk menguji konsep baru. Cuba lihat sekiranya anda boleh keluar daripada kumpulan besar untuk menjalankan projek kecil sebagai proof of concept. Tunjukkan hasilnya.

Ataupun kalau anda cukup nekad, buat sahaja senyap-senyap. Bergerak sendiri dan tunjukkan hasil sebenar. Itulah pendekatan tim Start.com semasa mengaplikasikan Getting Real di Microsoft. “Saya telah melihat tim Start.com berkerja. Mereka tidak meminta izin,” kata Robert Scoble, Technical Evangelist di Microsoft. “Mereka mempunyai bos yang melindungi mereka. Mereka buat sedikit dalam satu-satu masa dan respon kepada maklumbalas.”

Menyiapkan Start.com Microsoft

Dalam syarikat besar, proses dan mesyuarat adalah norma. Berbulan-bulan dihabiskan merancang features dan bergaduh tentang perkara-perkara kecil bagi mencapai kata sepakat tentang apa yang ‘patut’ untuk pelanggan.

Ini mungkin kaedah yang betul untuk software yang dijual di dalam kotak, tetapi dengan web kita mempunyai kelebihan yang besar. Lancarkan sahaja! Biarkan pengguna memberitahu anda sama ada apa yang anda buat betul atau tidak. Anda boleh membaikinya dan melancarkannya semula ke web pada hari yang sama sekiranya anda mahu! Tidak ada kata-kata yang lebih kuat berbanding pelanggan - tahan diri anda untuk untuk mesyuarat berjela-jela. Siapkan sahaja dan buktikan sesuatu. 

Cakap senang, bila hendak buat sukar - ini bermakna;

Perancangan berbulan-bulan tidak diperlukan

Masa berbulan-bulan menulis spesifikasi tidak perlu - spesifikasi sepatutnya sudah mantap segala aspek asas dan perinican semasa fasa pembangunan. Jangan cuba menyelesaikan semua isu dan menetapkan segala perincian sebelum pembangunan bermula.

Siapkan Lebih Sedikit Feature, Tetapi Feature Yang Berkualiti

Anda tidak perlu pendekatan big bang dengan versi baru yang mengandungi segala macam feature baru. Berikan pengguna perkara-perkara kecil yang boleh mereka hadam.

Sekiranya ada bug kecil, baiki sebaik sahaja isu pokok sudah diselesaikan dan update ke web secara berperingkat selepas itu. Lebih pantas anda mendapatkan maklumbalas pelanggan lebih baik. Idea mungkin nampak cantik di atas kertas tetapi bila dibuat ternyta tidak tidak praktikal. Lebih cepat anda tahu kenapa ada isu besar tetang idea tersebut, lebih baik.

Apabila anda bergerak pantas dan bertindak atas maklumbalas pelanggan, anda akan mencipta perhubungan dengan pelanggan. Ingat bahawa matlamat anda adalah untuk memenangi pelanggan dengan membina apa yang mereka mahu.


Sanaz Ahari, Pengurus Program Start.com, Microsoft 

Nota Penterjemah: Start.com mungkin sudah tiada (ini buku 7-8 tahun lepas), tetapi ideanya adalah hatta gergasi seperti Microsoft pun boleh Get Real.

Apa Itu Getting Real?

Mahu membina web app yang berjaya? Sudah tiba masanya untuk Get Real. Getting Real adalah kaedah membina software yang lebih kecil, lebih pantas dan lebih baik.
  • Getting Real adalah tentang melangkau segala benda yang kononnya realiti (carta, graf, kotak, anak panah, skematik, wireframe, dsb) dan betul-betul membina perkara sebenar
  • Getting Real adalah mengurangkan segalanya. Kurang berat, kurang software, kurang feature, kurang kertas kerja , kurang segala-galanya yang tidak penting (dan kebanyakan yang anda fikirkan penting sebenarnya tidak penting)
  • Getting Real adalah kekal kecil dan menjadi tangkas
  • Getting Real bermula dengan interface, skrin sebenar yang pengguna akan gunakan. Ia bermula dengan apa yang sebenarnya dialami oleh pengguna dan bina dari situ. Ini membolehkan anda mendapat interface yang sebenar sebelum tersilap membina software.
  • Getting Real adalah tentang perubahan demi perubahan dan menurunkan kos perubahan. Getting Real adalah tentang melancarkan, membaiki dan terus-menerus menambahbaik yang menjadikannya pendekatan yang bagus untuk software berasaskan web.
  • Getting Real menghasilkan apa yang pelanggan perlukan dan menghapuskan apa sahaja yang mereka tidak perlukan.


Manfaat Getting Real

Getting Real membawakan hasil yang lebih kerana kaedah ini memaksa anda menangani masalah sebenar yang anda cuba selesaikan. Bukannya idea anda tentang masalah tersebut. Kaedah ini memaksa anda berhadapan dengan realiti.

Getting Real menolak ketepi spesifikasi dan dokumen-dokumen lain bagi memberi laluan kepada membina skrin sebenar. Spesifikasi hanyalah satu anganan semata-mata, ilusi persefahaman, sedangkan web page sebenar adalah realiti. Itulah yang akan dilihat dan digunakan oleh pelanggan anda. Itu yang penting. Getting Real membawa anda ke situ lebih pantas. Dan itu bermakna anda membuat keputusan software berdasarkan perkara sebenar - bukannya idea abstrak.

Akhirnya, Getting Real adalah kaedah yang ideal untuk membina software berasaskan web. Model lapuk menjual software dalam kotak dan menunggu setahun dua untuk update sudah berlalu. Tidak seperti software yang diinstall, web app boleh berevolusi setiap hari. Getting Real mengeksploitasi sepenuhnya kelebihan ini.

Bagaimana Coding Software Yang Mantap

Tulisan yang mantap adalah tepat dan padat. Sebuah ayat tidak seharusnya mengandungi perkataan yang tidak perlu, sebuah perenggan tidak seharusnya mengandungi ayat yang tidak perlu, atas sebab yang sama sebuah lukisan tidak patut mengandungi garisan yang tidak perlu dan sebuah mesin tidak patut mengandungi komponen yang tidak perlu. Ini tidak bermaknan penulis menjadikan semua ayat pendek atau mengelakkan segala perincian dan menangani subjek sebagai outline, tetapi memastikan setiap perkataan membawa erti.

Dari “Elements of Style” oleh William Strunk Jr.

Jangan Gebang

Cara lama; proses panjang, penuh birokrasi, dan buat supaya selamat. Hasil tipikal; software yang suam-suam kuku dan sap-sap soi. Hap tui!

Getting Real menghapuskan…
  • Timeline projek yang mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun
  • Spesifikasi yang tidak berpijak di bumi nyata
  • Debat scalability
  • Mesyuarat yang tidak produktif
  • ‘Keperluan’ menggajikan berpuluh-puluh pekerja
  • Version number yang tidak bermakna
  • Peta yang meramalkan masa hadapan
  • Option preference yang berjela-jela
  • Outsource support
  • User testing yang tidak realistik
  • Birokrasi sampah
  • Hierarki feudal

Anda tidak perlukan wang berjuta-juta atau tim yang besar atau development cycle yang panjang bagi membina software yang hebat. Perkara-perkara ini adalah resepi software yang lembab lagi bengap. Getting Real mengambil pendekatan yang bertentangan.

Dalam buku ini kami akan menunjukkan anda bagaimana…
  • Kepetingan mempunyai falsafah
  • Mengapa kekal kecil adalah baik
  • Bagaimana untuk buat lebih sedikit
  • Bagaimana untuk bergerak dari idea kepada realiti dengan cepat
  • Bagaimana untuk membina tim anda
  • Mengapa anda perlu design dari dalam ke luar
  • Mengapa penulisan sangat penting
  • Mengapa anda perlu buat lebih sedikit berbanding pesaing
  • Bagaimana mempromosi app anda dan meluaskan promosi
  • Rahsia sukses support
  • Tips mengekalkan momentum selepas pelancaran
  • … Dan macam-macam lagi

Fokus kami adalah pada idea-idea besar. Kami tidak akan melambatkan anda dengan petikan code yang terperinci atau trik CSS. Kami akan fokus pada idea dan falsfah utama yang memacu proses Getting Real.

Adakah Buku Ini Untuk Anda?

Anda adalah usahawan, designer, programmer atau marketer yang mengusahakan idea besar.

Anda sedar peraturan lama tidak terpakai lagi. Edarkan software dalam CD setiap tahun? Sangatlah 2002. Version number? Campak keluar. Anda perlu bina, lancarkan dan baiki. Kemudian cuci dan buat lagi.

Ataupun anda belum lagi tahu tentang agile development dan struktur bisnes, tetapi anda berminat untuk tahu lebih lanjut.

Sekiranya bunyinya seperti anda, maka buku ini adalah untuk anda.

Nota: Walaupun buku ini menekankan pembinaan web app, banyak idea relevan untuk aktiviti bukan software juga. Cadangan tetang team yang kecil, rapid prototyping, menjangkakan perubahan dan banyak lagi yang dipersembahkan di sini dapat memandu anda memulkan bisnes, menulis buku, design website, merakamkan album, atau pelbagai perkara lain. Apabila anda sudah mula menggunakan Getting Real dalam satu aspek kehidupan anda, anda akan lihat bagaimana konsep-konsep ini boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti.

Nota Penterjemah: Ini adalah salah satu daripada strategi yang boleh digunakan bagi membina bisnes yang berjaya. Pelajari lebih banyak tentang strategi dan taktik di sini.

Pra-Pelancaran UrusKelas.com

Adakah anda selalu tertanya-tanya siapa di antara pelajar anda yang sudah membayar yuran atau belum? Atau adakah anda sukar mengembangkan bisnes tadika, taska, tuisyen dan sebagainya kerana ketiadaan sistem rekod yang teratur?

Kami membawakan UrusKelas.com - sistem pengurusan pelajar dan yuran secara online. Hari ini kami membuka preview di mana 100 akaun akan diberikan secara percuma. Mereka yang menjadi pengguna awal akan mendapat tawaran istimewa semasa pelancaran sebenar kelak.

Fungsi yang akan dimasukkan kelak termasuk:

  1. Pengurusan berbilang cawangan
  2. Peringatan yuran melalui emel
  3. Integrasi penghantaran SMS
Dapatkan akaun percuma sekarang di UrusKelas.com!



Tidak cukup dengan itu sahaja, bermula esok saya akan membawakan siri terjemahan kepada buku Getting Real oleh Jason Fried dan David Heinemeier Hansson, pengasas 37signals. Buku ini menjadi panduan kami dalam menjayakan projek ini dan saya berbesar hati untuk berkongsi kandungan buku ini dalam bentuk yang lebih mudah difahami.

p/s: Ini bukan terjemahan rasmi, tetapi buku Getting Real pun boleh didownload secara percuma maka kita jalan sahajalah!