Had Positioning II


Bagaimana pula sekiranya usahawan hendak membawa kategori produk yang baru? Dalam keadaan ini usahawan sebenarnya mahu meletakkan tangga baru dalam minda pelanggan. Persoalan lain pula yang timbul bagi kes ini.

Di mana hendak diletakkan tangga baru ini? Sebagai contoh, apabila burger bakar tiba mereka diletakkan di sebelah tangga apa? Apa yang dapat dilihat, mereka meletakkan kategori mereka di antara burger jalanan biasa dan rangkaian restoran makanan segera. Burger bakar berada dalam kelas yang lebih tinggi berbanding burger jalanan tetapi dalam masa yang tidak masuk dalam kategori rangkaian makanan segera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan