Permission Marketing: Tahap Keizinan Intravenous

Tahap intravenous adalah tahap keizinan tertinggi. Mereka yang mendapat keizinan tahap ini sudah diberikan wang oleh pelanggan dan boleh terus membekalkan barangan atau perkhidmatan. Perkataan intravenous merujuk kepada prosedur 'masuk air' di mana pesakit memberi keizinan kepada doktor untuk memasukkan apa yang patut ke dalam badan melalui IV.

Contoh paling mudah tahap ini adalah langganan majalah. Pelanggan sudah membayar terlebih dahulu bayaran untuk setahun kepada penerbit. Kemudian penerbit boleh menghantar majalah dengan apa sahaja konten kepada pelanggan bulan demi bulan. Malah, majalah tersebut masih mengandungi iklan!



Kaedah lain dalam tahap keizinan ini adalah akses terus kepada akaun bank atau kad kredit. Sebagai contoh, kad Zing oleh Maybank dihubungkan dengan kad kredit pelanggan. Apabila baki Touch N Go turun di bawah paras RM50, kad tersebut akan terus diisi semula secara automatik.

Tahap keizinan ini adalah tahap idaman setiap peniaga kerana mendapat akses terus kepada poket pengguna. Namun, tidak ramai berjaya mencapai tahap ini dan tidak semua produk sesuai dijadikan langganan. Mungkin juga sebenarnya model bisnes yang baru diperlukan untuk memberi pilihan langganan kepada pelanggan.

<< Lima Tahap Keizinan | Tahap Keizinan Poin >>

Permission Marketing: Lima Tahap Keizinan



Setelah kita mengetahui konsep-konsep asas Permission Marketing, kita lihat pula Lima Tahap Keizinan iaitu:
  1. Intravenous
  2. Poin / Liabiliti / Peluang
  3. Perhubungan Peribadi
  4. Reputasi Jenama
  5. Situasi
Seperti yang dapat kita lihat, Reputasi Jenama hanyalah pada tahap keempat iaitu tahap kedua terakhir. Apa maknanya? Di sebalik begitu ramai pakar yang menekankan penjenamaan, mengapakah tahapnya dianggap begitu rendah oleh Seth Godin?  Bagaimana pula mencapai tahap lebih tinggi?

Sama Tetapi Tak Serupa

'Play To Win' 
'Play Not To Lose'

Entah mengapa, kedua-dua frasa itu terngiang-ngiang di fikiran saya sepanjang cuti hari raya. Saya tidak pasti di mana kali pertama saya bertemu frasa tersebut. Kemungkinan besar frasa tersebut saya temui semasa menterjemah buku Rich Dad Poor Dad.

Kedua-duanya bermaksud hampir sama - Play To Win (Bermain Untuk Menang) dan Play Not To Lose (Bermain Untuk Tidak Kalah). Menang sama dengan Tidak Kalah bukan? Namun adakah Tidak Kalah sama dengan Menang?

Setelah berfikir-fikir, saya mendapati kata-kata tidak cukup untuk menerangkan perbezaan kedua-dua frasa ini. Maka, saya lukiskan ilustrasi di bawah:


Apa pendapat tuan-tuan? Adakah jelas perbezaannya atau tuan-tuan ada pandangan lain?

Esok kita akan kembali mengikuti topik Permission Marketing dalam bahagian 5 Tahap Keizinan, InsyaAllah. Kepada tuan-tuan yang berminat mengikuti kelas Model Bisnes kepada Pelan Pemasaran pada 8 September boleh mendaftar di sini. Juga ikuti entri terkini melalui laman FB rasmi.

Kembali Bekerja

Alhamdulillah, kita bertemu semula setelah tempoh cuti yang agak panjang. Pada 15-16 Ogos yang lalu saya bersama Tuan Yusry Yusopp dan Tuan Fazrul Ismail telah menghadiri Business Model Workshop & Masterclass di Singapura. Kami berkesempatan belajar terus daripada para penulis Business Model Generation iaitu Dr. Alex Osterwalder & Dr. Yves Pigneur serta desainer Alan Smith.



Di sana, kami mengesahkan pemahaman kami dalam subjek Business Model Canvas dan dalam masa yang sama mendalami lebih lanjut ilmu ini. Sebagai contoh, kami belajar tentang perkara-perkara yang berkait dengan Business Model tetapi terletak di luar Business Model Canvas.


Saya menunjukkan sampel lembaran kerja yang saya buat untuk Bengkel Business Model Canvas kepada Dr. Yves dan beliau suka dengan pendekatan saya. Setakat ini, lembaran kerja ternyata membantu pemahaman para peserta dan saya tidak perlu membosankan peserta dengan menerangkan senarai demi senarai.

Paling penting, akhirnya kami menerima sijil rasmi daripada mereka. 



Buat masa ini, belum ada program Certified Trainer yang khusus bagi Business Model Canvas. Oleh itu, sijil seperti ini sahaja yang menjadi pengiktirafan rasmi. Dr. Yves Pigneur menerangkan lesen bagi latihan dan buku Business Model Canvas adalah masih terbuka serta tidak memerlukan perlesenan khusus. InsyaAllah, eBook dan buku Business Model Canvas edisi Malaysia juga akan menyusul tidak lama lagi.

Kepada tuan-tuan yang berminat mengikuti kelas Model Bisnes kepada Pelan Pemasaran pada 8 September boleh mendaftar di sini. Juga ikuti entri terkini melalui laman FB rasmi.

Business Model Workshop, Singapore

Alhamdulillah, saya bersama Tuan Yusry & Fazrul berpeluang menghadiri Business Model Workshop di Red Dot Design Museum, Singapura. Penulis buku Business Model Generation iaitu Alex Osterwalder & Yves Pigneur sendiri yang mengendalikannya. Alan Smith, iaitu pereka buku tersebut turut hadir.

Sesi Business Model Canvas di PERGAS, Singapura

Alhamdulillah, hari ini selesai melaksanakan sesi Business Model Canvas di PERGAS (Persatuan Guru Agama Singapura). Kelas diadakan di Wisma Indah, Masjid Kassim, Kembangan. Peserta terdiri daripada para asatizah dan pegawai.






Sesi ini menumpukan kepada Value Proposition dan juga menganalisa Business Model Institut Pendidikan Islam PERGAS.





Kepada tuan-tuan yang berminat mengikuti kelas ini pada 8 September boleh mendaftar di sini. Juga ikuti entri terkini melalui laman FB rasmi.

p/s: Memang ada ketika dan situasinya saya beri training dengan memakai jubah! :)

- Posted using BlogPress from my iPad

Sesi Coaching Business Model Canvas di Unit Kaunseling UPM

Alhamdulillah, pagi tadi sudah selesai satu sesi coaching Business Model Canvas di UPM. Peserta terdiri daripada para pegawai Unit Kaunseling. Sejajar dengan kenaikan taraf UPM sebagai universiti penyelidikan dan berautonomi, setiap unit perlu menyumbang kepada pendapatan universiti.






Melalui Business Model Canvas, sesi setengah hari pantas membuahkan hasil empat model bisnes baru. Mereka juga dapat menambahbaik pelan bisnes sedia ada sebelum dibentangkan kepada TNC.



Terima kasih kepada Tuan Zaliazam Mohamad yang memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan sesi ini. Kepada tuan-tuan yang berminat mengikuti kelas ini pada 8 September boleh mendaftar di sini. Juga ikuti entri terkini melalui laman FB rasmi.

- Posted using BlogPress from my iPad

Permission Marketing: Perancangan


Permission Marketing memerlukan perancangan dan usaha yang sedikit lebih berbanding mass marketing. Mass Marketing cukup dengan satu iklan dan ditebarkan kepada seberapa ramai orang. Lebih mudah dikatakan, mass marketing adalah ibarat peluru tabur. Kalau ada yang terkena, nasiblah.

Permission Marketing tetap menggunakan mass marketing pada peringkat awal namun selepas itu penjual harus bersedia untuk terus 'berbual' dengan prospek. Perlu ada 'silibus' bagi perbualan tersebut supaya kempen pemasaran menjadi berstruktur dan teratur.

Tetapi bagaimana pula apabila dalam perbualan dengan prospek kita mendapati keperluan prospek adalah berbeza daripada apa yang kita tawarkan? Mudah sahaja, beritahu prospek di mana dia boleh mendapatkan apa yang dicari.


Sikap professional seperti ini akan menyebabkan pelanggan suka kepada kita dan akan kembali lagi sekiranya dia memerlukan kita kelak. Jangan sesekali cuba memaksa pelanggan menerima tawaran kita atau cuba-cuba mengadakan sesuatu yang bukan kepakaran kita. Lebih baik rugi sedikit kerana tidak dapat menjual kepada prospek pada masa tersebut berbanding mengalami kejatuhan reputasi.

Seterusnya kita lihat pula tentang 5 taraf pelanggan.

Permission Marketing: Sinergi One-to-One Marketing & Mass Marketing


Sebelum ini kita telah lihat bagaimana mass marketing dan one-to-one marketing mempunyai falsafah yang berbeza. Permission Marketing juga mempunyai falsafah tersendiri iaitu menukar seberapa banyak prospek menjadi pelanggan. 

Seorang penjual yang menggunakan Permission Marketing boleh menggunakan mass marketing bagi memperkenalkan diri dan mencapai ramai prospek. Setelah prospek memberi keizinan barulah penjual menggunakan one-to-one marketing bagi menjual produk atau perkhidmatan.


Mass marketing (merah) cuba untuk mengasak seberapa ramai prospek dengan sebanyak mungkin maklumat dengan harapan untuk menjadikan mereka sebagai pelanggan. Namun kadar kejayaan strategi ini rendah kerana prospek tidak suka diganggu dan mereka mungkin keliru dengan terlalu banyak maklumat yang diasak kepada mereka.

Strategi permission marketing (hijau) pula memecahkan proses marketing dan penjualan kepada beberapa peringkat. Pada peringkat pertama, penjual hanya mahu memperkenalkan diri dan berharap pelanggan 'angkat tangan' bagi mengetahui lebih lanjut. Setelah pelanggan 'angkat tangan' dan memberi  keizinan barulah penjual memulakan perbualan dan mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan prospek. Melalui cara ini, prospek hanya mendapat maklumat yang relevan dengan mereka dan meningkatkan kemungkinan mereka menjadi pelanggan.

Bagi membuatkan prospek 'angkat tangan', penjual harus memberi 'umpan' yang sesuai. 'Umpan' itu juga harus relevan dan bernilai kepada prospek bagi memulakan perbualan yang baik.


Iklan di Bandar Baru Bangi ini adalah contoh iklan yang menggunakan strategi permission marketing. Penjual tidak menyumbat sebanyak mungkin produk dan harga pada banting ini. Sebaliknya, penjual meletakkan umpan diskaun 50% bagi prospek yang menghantar SMS kepada mereka. 

Setelah prospek 'angkat tangan' memberi izin dengan menghantar SMS, penjual berpeluang untuk melakukan one-to-one marketing kepada prospek yang membawa kepada jualan.


Permission Marketing: One to One Marketing


Sebelum wujudnya kilang, kereta dan alat komunikasi elektronik kebanyakan perniagaan beroperasi dalam ruang lingkup lokal. Mereka menjual kepada satu kumpulan pelanggan tertentu dan terhad. Oleh itu, penjual mengambil inisiatif untuk mengenali setiap pelanggan dan membuat marketing one-to-one kepada mereka. Penjual tinggal sekampung dengan para pelanggan dan tahu kemampuan kewangan masing-masing.


Mass market menumpukan kepada customer share (fokus pasaran) untuk mendapatkan seberapa ramai pelanggan. One-to-one marketing pula menumpukan kepada share of customer (fokus pelanggan) bagi mendapatkan lebih banyak jualan kepada pelanggan yang sama.

Seterusnya kita akan lihat pula konsep utama Permission Marketing yang merupakan gabungan antara mass marketing dan one-to-one marketing.

<< Mengapa Interruption Marketing Tidak Berkesan | Sinergi One to One Marketing & Mass Marketing >>

Buku Minggu Ini: The $100 Startup

Mohon maaf tiada entri sambungan yang dijanjikan semalam. Hari ini sibuk mempraktikkan panduan dalam buku ini bersama Puan Ainon Mohd dan Tuan Ahmad Saifuddin Yusof.


Hasil kami adalah projek Mudahnya Ibadah di http://mudahnyaibadah.blogspot.com dan http://gumroad.com/mudahnyaibadah

Terima kasih kepada Tuan Iskandar Syah Ismail yang meminjamkan buku ini!

Permission Marketing: Mengapa Interruption Marketing Tidak Berkesan?

Tidak lama dahulu, Interruption Marketing memang berkesan. Para pengeluar mendapati lebih banyak iklan yang mereka letak, lebih banyak jualan yang mereka dapat. Mereka juga mendapati bahawa letak sahaja iklan hari ini, esok jualan sudah meningkat. Maka, bagi tempoh yang agak lama mereka selesa dengan keadaan tersebut.

Namun, keberkesanan taktik itu mula berkurang. Mengapa ini berlaku? Antara sebabnya adalah pemecahan kuasa media. Dahulu saluran TV boleh dibilang dengan jari dan semua orang tertunggu-tunggu untuk menonton rancangan kegemaran mereka. Dalam erti kata lain, mereka membuat temujanji dengan TV mereka. Pengiklan mengeksploitasi jangkaan tersebut dengan menyelitkan iklan mereka semasa rancangan tersebut disiarkan.


Ini menyebabkan orang ramai berkumpul pada waktu-waktu tertentu dan peniaga mudah mencari sasaran mereka. Cerita-cerita yang sama menjadi bualan di rumah dan pejabat. Lantas, iklan yang sama menjadi bualan semua orang.

Sekarang, terdapat beratus-ratus saluran TV dan pengguna boleh menonton mengikut masa pilihan mereka melalui PVR atau Video On Demand. Ini membolehkan orang ramai mengelak dari menonton iklan dan dalam masa yang sama menyukarkan pengiklan mencari sasaran. Kehadiran internet pula meletakkan kuasa pada penonton dan bukan lagi pada penyiar.


Media juga sudah tepu dengan iklan dan menyebabkan orang ramai mula 'lali' dengan mesej-mesej iklan. Kalau tidak mereka melangkau iklan melalui teknologi, minda mereka pula sudah menapisnya. Pendek kata, Interruption Marketing sudah mula hilang taringnya.

Seterusnya kita akan lihat pula kepada One to One Marketing.

<< Idea Lama Interruption Marketing | One to One Marketing >>

Permission Marketing: Idea Lama Interruption Marketing



Idea asas Interruption Marketing adalah Mass Production + Mass Media diasak kepada Mass Market bagi mencapai Mass Money.


Konsep ini secara lebih terperincinya adalah seperti berikut; Pihak pengeluar mengilang banyak produk (yang murah) dan mengedarkannya di kedai-kedai. Dalam masa yang sama pula pihak pengeluar juga menebar iklan melalui media bagi mempengaruhi orang ramai.

Kemudian, orang ramai melihat iklan di akhbar, radio dan TV kemudian pergi ke kedai. Orang ramai membeli barangan dan pengeluar mendapat banyak duit.

Taktik klasik ini biasanya digunakan oleh pengeluar barangan konsumer seperti sabun dan ubat gigi. Sektor ini turut dikenali sebagai FMCG (Fast Moving Consumer Good). Pengeluar sabun Palmolive misalnya menaja drama televisyen bagi mempromosi produk mereka. 

Namun, taktik ini sudah tidak begitu berkesan sekarang. Mengapa ini berlaku? Ketahui jawapannya dalam entri berikutnya.