Pengiraan Lean

Supaya lebih jelas apa itu lean, mari kita lihat sebuah contoh yang melibatkan pengiraan. Pemikiran konvensional akan memikirkan bagaimana untuk menurunkan kos per unit supaya mendapat untung per unit yang lebih tinggi. Selalunya, kos per unit dapat diturunkan melalui pengeluaran berkuantiti tinggi.

Prinsip Lean pula mementingkan unit-unit yang dihasilkan itu habis terjual dan tidak mengapa sekiranya kos per unit tinggi sedikit. Dalam contoh ini kita lihat kilang hijau yang mengamalkan prinsip Lean dan kilang merah yang mengamalkan prinsip konvensional.

Kilang-kilang ini mengeluarkan produk yang sama iaitu botol air. Kilang hijau menjual terus kepada pengguna sedangkan kilang-kilang merah mahu menjual kepada pasaraya besar.


Kilang hijau sudah dapat mengagak bahawa permintaan produknya adalah sekitar 500 unit. Jumlah ini dikira agak kecil maka kosnya agak tinggi iaitu RM4 per unit. Harga pasaran pula adalah RM10 per unit. Oleh itu, jangkaan untung kasarnya adalah RM3000.

Kilang merah pula mahu menjual 1000 unit kepada pasaraya besar. Kuantiti produksi yang tinggi membolehkan harganya turun kepada RM2 per unit. Harga borong kepada pasaraya pula adalah RM6. Oleh itu, jangkaan keuntungan adalah RM4000.

Namun apabila sudah siap produksi, pasaraya besar itu tidak jadi membeli kerana tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan. Akibatnya, kilang merah menanggung kerugian RM2000 berserta kos penyimpanan stok yang tidak terjual.

Kilang hijau yang mengeluar dan mengedar sendiri pula mendapat keuntungan RM3000. Itu pun masih ada pelanggan yang masih mahu membeli setelah kehabisan stok.

Perbezaan prinsip ini membawa perbezaan hasil sebanyak RM5000. Jangan terburu-buru menghasilkan produk sendiri dan dalam kuantiti yang banyak.

<< Apa Itu Lean? | Membina Eksperimen >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan