Itulah ayat yang selalu diulang-ulang sehingga menjadi cliche. Apa sebenarnya maksud ayat ini? Benarkah ayat ini relevan untuk usahawan dan bukan sebenarnya hanya untuk peniaga biasa yang tiada cita-cita?
Cuba kita lihat peluang bisnes seperti sebatang pokok yang sudah masak ranum buahnya. Merebut peluang bermakna orang ramai berebut untuk mengambil buah daripada pokok tersebut. Masing-masing akan datang dengan galah, tangga dan segala macam peralatan.
Ada pula yang nakal datang membawa lastik dan cuba melastik jatuh buah. Namun selalunya batu hanya akan terkena kepada kepala orang lain dan menimbulkan kemarahan. Kebanyakan yang merebut ini tidak rasional, seolah-olah tiada pokok lain yang berbuah.
Padahal ada banyak pokok lain yang perlu ditunggu sekejap sahaja sebelum berbuah. Belum cerita lagi tentang tanah subur yang luas terbentang menanti untuk ditanam pokok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan