Eksperimen Demi Eksperimen

Adakah cukup dengan sebuah eksperimen sahaja? Apa yang hendak kita lakukan apabila eksperimen kita gagal?

Menyambung contoh sebelum ini tentang tadika, mari kita andaikan hasilnya hanya 10 orang yang berminat menghantar anak mereka. Mungkin taman perumahan yang menjadi sasaran eksperimen tersebut banyak dihuni oleh mereka yang sudah agak berumur. Anak-anak mereka sudah besar dan cucu pula tidak tinggal bersama mereka.
Eksperimen I:
Sasaran: Mendapatkan 30 orang pelajar tadika di Taman ABC
Kaedah Eksperimen: Mengedarkan 300 flyers ke rumah-rumah dan menunggu panggilan telefon
Hasil Eksperimen: 10 orang pelanggan berminat menghantar anak mereka ke tadika

Jadi, eksperimen berikutnya harus disasarkan kepada taman perumahan yang lain dan mempunyai ramai ibu bapa muda.
Eksperimen II:
Sasaran: Mendapatkan 30 orang pelajar tadika di Taman XYZ
Kaedah Eksperimen: Mengedarkan 300 flyers ke rumah-rumah dan menunggu panggilan telefon
Hasil Eksperimen: 40 orang pelanggan berminat menghantar anak mereka ke tadika
Setelah berjaya mendapatkan pelanggan, usahawan boleh meneruskan eksperimen tentang aspek-aspek lain bisnes mereka.

<< Membina Eksperimen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan