Apabila seorang usahawan mencipta peluang sendiri dengan meneroka bidang baru, selalunya hasil tidak boleh dituai dengan segera. Bahkan, biji benih pun tidak dapat ditanam dengan segera. Ini kerana lalang yang merimbun akan membunuh biji benih.
Bidang baru juga bermakna tanah tersebut masih belum ditebas lalangnya. Antara perkara yang boleh menjadi lalang adalah kurangnya kesedaran pengguna, ketiadaan contoh produk, ketiadaan pengedar, ketiadaan undang-undang dan sebagainya.
Usahawan perlu bersedia dengan modal dan masa tambahan untuk menebas lalang jika hendak membuka ladang baru. Fokus juga perlu walaupun masa yang diperlukan sebenarnya tidaklah sepanjang yang dijangka.
Untuk mengelakkan tersilap 'meneka' berapa masa untuk tebang lalang, bukan sekadar mendapatkan pendapat sendiri tetapi bertanya mereka yang berpengalaman 'menebas lalang'. Dengan itu tidak mudah kecewa kalau baru perasan lalang itu luas.
BalasPadam