Adakah kami sekadar buat web app RoketSMS dan mahu jual app ini kepada seramai mungkin pelanggan? Wajibkah semua bisnes menggunakan SMS untuk marketing? Komitmen kami bukan sekadar mencipta dan menjual app tetapi kepada apa yang boleh dicapai melalui app ini.
Pernahkah anda membeli satu produk yang bagus berkualiti tetapi apabila mahu membelinya lagi anda tidak dapat mencari penjualnya? Anda sangat menyukai produk tersebut dan cuba mencari pengeluarnya. Malangnya, apabila anda menjumpai pengeluarnya mereka sudah gulung tikar.
Berapa ramai usahawan yang gulung tikar setiap tahun kerana tidak mendapat jumlah pelanggan yang mencukupinya. Ataupun mereka sibuk menghabiskan wang dan tenaga mencari pelanggan baru sedangkan mereka seharusnya berterusan menjual kepada pelanggan sedia ada.
Pelanggan pula tidak mendapat maklumat tentang produk berkualiti. Sebaliknya mereka dihujani iklan-iklan hype dan menjual produk-produk sampah yang tidak memenuhi keperluan mereka. Bahkan, tidak kurang juga yang memudaratkan pengguna.
Tragedi ini tidak patut dibiarkan berterusan. Usahawan yang mengeluarkan produk dan menyediakan perkhidmatan berkualiti harus mempunyai marketing yang mantap untuk membantu mereka terus hidup. Pelanggan pula sepatutnya mendapat maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
(Oleh itu, ejen MLM tidak dialu-alukan menjadi pelanggan RoketSMS)
Kami percaya setiap usahawan harus mempunyai strategi marketing yang kukuh dan ilmu marketing adalah antara asas kejayaan bisnes. RoketSMS hanyalah alat untuk memudahkan pelaksanaan strategi marketing. Komitmen kami adalah untuk mengubah lanskap marketing di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Marketing yang lebih berkesan, lebih beretika, tidak membazir, dan tidak memperdaya pelanggan.
Oleh itu, kami memulakan marketing untuk RoketSMS ini dengan siri video Marketing Strategy. Kami mahu pelanggan kami menjadi marketer bijak dan bukan sekadar mengikut taktik orang lain.
RoketSMS akan mula dibuka untuk pendaftaran umum minggu hadapan. Tuan-tuan boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang RoketSMS dan pra-daftar di link ini bagi mendapatkan peluang akses lebih awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan