Bila Sifu Turun ke KL

Teddy Zmrhal & Dr. Yves (Gambar oleh Adam al-Fateh)
Semalam, dua nama besar dalam bidang design & business model innovation turun ke Kuala Lumpur. Bengkel diadakan di UniRazak, CapSquare. Sebelum ini saya pernah mengikuti bengkel dan masterclass oleh Dr. Yves di Singapura tetapi belum pernah belajar dari Teddy Zmrhal.


Bengkel dari Dr. Yves semalam mengingatkan saya semula bahawa Business Model Canvas itu sebenarnya ibarat sebuah pentas. Ada bahagian front stage yang dilihat oleh pelanggan/penonton dan backstage di mana kerja sebenar berlaku. Business Model Canvas mungkin nampak sangat simple dan mudah tetapi sebenarnya logiknya sangat dalam. 

Sessi dari Teddy Zmrhal memberi pengukuhan dari apa yang selama ini telah dibaca tentang IDEO terutamanya dalam buku Ten Faces of Innovation dan Art of Innovation. Beliau juga memberikan sudut pandang yang berbeza berbanding apa yang ditulis dalam buku. IDEO Singapura mengendalikan projek yang berbeza dan di dalam budaya yang berbeza berbanding apa yang ditulis di dalam buku. 

Perbezaan besarnya, studio IDEO Singapura tidak banyak projek inovasi produk fizikal kerana sudah tidak banyak kilang di sana. Ini sangat berbeza dalam apa yang diceritakan dalam buku yang banyak bercerita tentang produk fizikal. Sebaliknya inovasi servis yang menjadi aktiviti utama.

Teddy juga menceritakan sedikit sebanyak tentang metodologi IDEO dan business model mereka sendiri. Antaranya beliau menyebut klien dicaj mengikut jam atau IDEO mengambil ekuiti dalam projek inovasi.

Terima kasih kepada Cradle yang menganjurkan program ini dan UniRazak yang menjadi hos. Juga tahniah kepada Daniel Cerventus yang menjadi koordinator program.

Dapatkan eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan