Strategi juga terbahagi kepada banyak bahagian:
- Inovasi
- Marketing
- Pengurusan
- dan lain-lain...
Membaca buku-buku bisnes sebenarnya tidak sekadar 1+1=2. Semakin banyak membaca, buku-buku itu saling mengukuhkan pemahaman dan memberi perspektif baru. Oleh itu, pakar strategi tidak akan mudah sangkut apabila berhadapan dengan cabaran.
Membaca buku sahaja tidak cukup kerana selalunya buku lebih banyak mengandungi kes-kes lama dan teori berbanding praktikal. Majalah seperti Inc memberi tambahan kajian kes pengalaman para usahawan dalam pelbagai bidang.
Lebih penting lagi adalah bereksperimen dengan strategi-strategi yang dipelajari. Pengalaman praktikal tidak kira besar atau kecil akan memberi pemahaman berkali-kali ganda berbanding sekadar membaca. Namun sekadar berekseperimen tanpa membaca dahulu apa yang dieksperimen juga tiada gunanya!
Boleh tolong cadangkan buku apa yang bagus untuk marketing ?
BalasPadamSaya cadangkan tuan baca buku Permission Marketing oleh Seth Godin.
Padam