Tahap intravenous adalah tahap keizinan tertinggi. Mereka yang mendapat keizinan tahap ini sudah diberikan wang oleh pelanggan dan boleh terus membekalkan barangan atau perkhidmatan. Perkataan intravenous merujuk kepada prosedur 'masuk air' di mana pesakit memberi keizinan kepada doktor untuk memasukkan apa yang patut ke dalam badan melalui IV.
Contoh paling mudah tahap ini adalah langganan majalah. Pelanggan sudah membayar terlebih dahulu bayaran untuk setahun kepada penerbit. Kemudian penerbit boleh menghantar majalah dengan apa sahaja konten kepada pelanggan bulan demi bulan. Malah, majalah tersebut masih mengandungi iklan!
Kaedah lain dalam tahap keizinan ini adalah akses terus kepada akaun bank atau kad kredit. Sebagai contoh, kad Zing oleh Maybank dihubungkan dengan kad kredit pelanggan. Apabila baki Touch N Go turun di bawah paras RM50, kad tersebut akan terus diisi semula secara automatik.
Tahap keizinan ini adalah tahap idaman setiap peniaga kerana mendapat akses terus kepada poket pengguna. Namun, tidak ramai berjaya mencapai tahap ini dan tidak semua produk sesuai dijadikan langganan. Mungkin juga sebenarnya model bisnes yang baru diperlukan untuk memberi pilihan langganan kepada pelanggan.
<< Lima Tahap Keizinan | Tahap Keizinan Poin >>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan