Backup di cloud membolehkan pengguna mempunyai off-site backup dengan mudah dan boleh diakses di mana-mana. Ada juga yang membolehkan gambar diupload secara automatik sebaik sahaja ditangkap menggunakan smartphone.
Berikut adalah tiga pilihan aplikasi cloud backup:
- Copy - Ini adalah aplikasi terbaru dan menawarkan ruang terbesar sebanyak 15GB. Daftar menggunakan link ini dan anda akan mendapat 5GB ekstra secara percuma. Semua gambar baru yang diambil menggunakan smartphone boleh diupload secara automatik menggunakan fungsi PhotoCopy.
- Dropbox - Aplikasi ini menawarkan integrasi dengan pelbagai aplikasi web lain termasuk Facebook. Ini adalah pilihan terbaik bagi berkongsi dokumen. Dropbox juga mempunyai fungsi Camera Upload tetapi ruang percuma Dropbox agak terhad.
- Google Drive - Semua pengguna akaun Google kini diberikan ruang 5GB percuma. Namun, kuota itu turut meliputi dokumen-dokumen lain yang diupload ke aplikasi Google yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan