Pilhan paling mudah di Era Long Tail adalah untuk memperkudakan logik ekonomi baru ini. Peraturannya mudah sahaja:
- Hasilkan produk yang mempunyai kos produksi dan pengedaran yang minima - manfaatkan teknologi produksi digital dan/atau rangkaian pengedaran yang lebih pendek
- Sertai pasar Long Tail yang bersesuaian dengan produk anda bagi memudahkan produk ditemui
- Kumpulkan tribe yang akan menyokong anda
Menyertai pasar Long Tail dan menjadi penjual selalunya percuma. Anda tidak perlu membayar yuran pendaftaran untuk menulis blog, upload ke YouTube dan mengiklan di Mudah.my. Jika ada bayaran pun, cajnya adalah rendah.
Lain pula ceritanya jika anda hendak membuka pasar Long Tail sendiri, itu kita akan bincangkan dalam entri berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan