Antara pengguna Creative Commons dalam sektor Training & Consulting adalah Business Model Foundry GmbH. Mereka telah menghasilkan Business Model Canvas dan buku Business Model Generation.
Business Model Canvas diletakkan bawah lesen Creative Commons dan membolehkan sesiapa sahaja menggunakannya. Trainer-trainer dan konsultan lain juga boleh menggunakannya untuk buat duit. Malah, buku dan app lain boleh dihasilkan berdasarkan Business Model Canvas.
Buku Business Model Generation pula masih dilindungi oleh Hakcipta sepertimana biasa. Bezanya bab awal buku tersebut diberikan secara percuma untuk memberi ilmu asas kepada semua. Mereka juga mengeluarkan App untuk iPad dan aplikasi web.
Persoalannya, bagaimana mereka buat duit? Mereka tidak menerima sebarang royalti daripada training yang dijalankan oleh trainer-trainer lain. Mereka hanya menerima duit dari buku dan app. Itupun orang lain masih boleh mengeluarkan buku dan app lain berdasarkan Business Model Canvas.
Strategi mereka untuk memberikan sebahagian produk secara terbuka dan percuma telah membina permintaan yang besar. Oleh itu, mereka dapat menjual buku dan app pada harga beberapa kali ganda berbanding harga biasa. Mereka juga tidak sibuk memberi training tetapi sebaliknya lebih menumpukan kepada Masterclass dan consulting yang mempunyai margin yang jauh lebih tinggi. Strategi ini juga dikenali sebagai Freemium iaitu gabungan antara perkataan Free dan Premium.
Kelebihan strategi ini adalah mereka tidak perlu membuat rundingan lantikan ejen setiap negara dan membuat laithan certified trainer. Mereka juga mempunyai komuniti yang lebih luas dan aktif. Namun, mereka agak terhad dari segi pendapatan jangka pendek kerana mereka tidak mempunyai kawalan seperti strategi konvensional.
Dapatkan buku Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan