Sara Fyda - Setuju dengan pendapat fyda. Sekolah perlukan peraturan dan disiplin untuk kawal sikap pelajar. Dalam masa yang sama, ada beberapa peraturan yang bukan sekadar mengawal sikap pelajar, malah mengawal cara berfikir. Artikel ini merujuk kepada pembentukan cara fikir di sekolah. yang tidak boleh dibawa atau digunakan apabila melakukan bisnes.
Sebagai contoh:Memang itulah yang hendak saya katakan tentang peraturan ini. Ya, memang mudah apabila anak murid memakai uniform yang sama di sekolah. Guru tahu siapa muridnya dan siapa yang bukan. Hendak bawa rombongan melawat ke mana-mana juga mudah.
Logik Peraturan sekolah mengatakan semua pelajar harus memakai uniform yang sama, di dalam bisnes pula, tidak semua orang boleh lakukan bisnes produk/servis yang sama. Bila kita tengok orang jual budu berjaya, kita pun nak jual budu jugak sedangkan kita tiada asas kemahiran atau kepakaran tersebut. ~^_^
Namun, mindset ini sangat membunuh dalam dunia bisnes dari pelbagai aspek. Pertama, seperti yang dikatakan oleh Tuan Hanis Jenalis, wujud kecenderungan untuk meniru apa sahaja bisnses yang nampak berjaya. Orang lain jual goreng pisang, dia mahu jual goreng pisang juga. Orang lain jual nasi ayam, dia jual nasi ayam juga. Padahal dia tidak tahu hujung pangkal bisnes tersebut dan kelebihan orang tersebut.
Sebagai contoh, ada orang mudah menjual burger bakar kerana dia sendiri membekal daging dan pernah ada kedai steak. Orang lain yang terhegeh-hegeh hendak menjual burger bakar tiada kepakaran dan akses kepada bekalan yang sesuai.
Kedua, ini menyebabkan semua orang suka hendak meniru taktik yang sama. Harga sama, pakejing serupa, design serupa, dan pelbagai lagi. Bahkan, nama pun serupa!
Mengapa semua kedai pisang goreng harus mempunyai penampilan serupa? Harga 4 biji RM1, meja kayu berkaki besi, jenis pisang tidak tentu, payung berwarna-warni, dibungkus dalam beg plastik.
Sebenarnya, boleh jual pisang goreng pada harga RM1 sebiji. Syaratnya, pisang tersebut memberi nilai yang lebih kepada pelanggan. Sebagai contoh, pisang goreng Tanjung Bungah di Pulau Pinang digoreng secara double deep fry. Pisangnya adalah jenis pisang raja yang digoreng sebiji penuh tanpa dipotong.
Itu baru aspek harga dan cara memasak. Belum lagi pakejing, branding dan cara jualan. Mengapa tidak pisang goreng dijual dalam kotak seperti Dunkin Donut? Delivery ke pejabat dan rumah juga boleh dibuat.
Buang mentaliti bahawa semua orang perlu mempunyai penampilan yang serupa. Itu sekolah, ini bisnes. Lakukan perubahan yang membawa lebih nilai kepada bisnes dan pelanggan.
terbaik.tp susah juga (dan seronok).saya kawin tak bayar hantaran,hanya duit kenduri saya sponsor.dan saya tak pakai uniform itu.saya kena teruk dgn kaum kerabat,tp pak mertua rilek je.yg bestnya saya tak berhutang.
BalasPadam