Orang IT sentiasa memikirkan solusi teknikal terbaik untuk klien mereka. Kepantasan, keselamatan, dan features semuanya diambil kira. Namun, orang bisnes nampaknya tidak faham apa yang diperkatakan. Mereka asyik minta perkara-perkara yang bukan-bukan dan tidak mahu memberi bayaran yang setimpal.
Sebenarnya, ini adalah keadaan ayam dan itik. Orang bisnes mempunyai bahasa dan keutamaan tersendiri. Orang IT pula bercakap dengan gaya yang lain dan mementingkan perkara yang lain. Sebenarnya, kedua-dua pihak mencari solusi yang menguntungkan semua namun selalunya masalah komunikasi menghalang persetujuan dicapai.
Lebih buruk lagi, keadaan komunikasi semakin buruk sehingga menjadi keadaan kucing dan anjing bergaduh bercakaran. Dua-dua pihak rugi – orang bisnes tidak dapat solusi yang membantu mengembangkan bisnes, orang IT pula tidak dapat job.
Lebih buruk lagi, keadaan komunikasi semakin buruk sehingga menjadi keadaan kucing dan anjing bergaduh bercakaran. Dua-dua pihak rugi – orang bisnes tidak dapat solusi yang membantu mengembangkan bisnes, orang IT pula tidak dapat job.
Apa yang dirasakan penting bagi orang IT selalunya tidak diendahkan langsung oleh orang bisnes. Contoh utama adalah isu keselamatan data. Walaupun app yang diminta mengandungi maklumat kewangan yang sensitif, mereka langsung tidak bertanya sama ada web app tersebut mempunyai SSL atau tidak. Password pun selalunya kekal dengan default password yang lemah walaupun mempunyai pilihan untuk menukarnya.
Orang bisnes pula mencari penyelesaian bagi bisnes mereka. Objektifnya adalah untuk mengurangkan kos dan/atau meningkatkan pendapatan. Orang IT seharusnya bercakap kepada orang bisnes bagaimana solusi IT yang ditawarkan akan memenuhi salah satu objektif tersebut secara signifikan.
Namun, ada juga orang bisnes yang mahu solusi IT semata-mata kerana dia mahukannya tanpa ada rasional bisnes di sebaliknya. Contohnya mahu website yang fancy penuh dengan animasi dan video tetapi langsung tidak menjual. Orang bisnes sebegini tidak patut dilayan oleh orang IT.
Bagi orang bisnes yang betul-betul mencari solusi IT untuk bisnes mereka, orang IT seharusnya cuba memahami keperluan mereka dan bercakap dengan bahasa mereka. Fokuskan pitch kepada apa yang memberi manfaat bisnes. Perkara yang dianggap remeh oleh orang bisnes tetapi sebenarnya penting dalam IT pula diuruskan diam-diam oleh orang IT.
Sebagai contoh, isu keselamatan semuanya sudah diambil kira dan dimasukkan ke dalam kos tetapi tidak dijadikan isu utama dalam perbincangan. Malah, kalau boleh tidak timbul pun dalam invois kepada klien. Jika tidak, klien akan cantas apa yang mereka fikirkan tidak penting.
Apa yang penting, projek itu menjadi dan kedua-dua pihak mendapat manfaat. Orang bisnes dapat solusi IT dan orang IT pula mendapat projek yang menarik berserta bayaran yang setimpal.
Ikuti segmen khas Rumbia.my untuk freelancer yang mahu menjadi konsultan di link ini.
Saya faham situasi ini dan saya sendiri pernah mengalaminya.
BalasPadamKhaidir Zakaria
Nantikan artikel baru di Rumbia.my esok tentang kaedah mengatasi keadaan ini.
Padam