Bidalan Bisnes: Pelbagai Pokok



Bukan semua pokok perlu tunggu bertahun-tahun untuk dapat hasilnya. Ada yang dapat mengeluarkan hasil dalam masa tiga bulan. Ada juga yang berbuah selepas enam bulan. Begitu juga dengan bisnes, bukan semuanya lambat berhasil.

Strategi ini dapat kita lihat apabila para peladang membuka ladang-ladang baru. Tanaman jangka panjang mereka boleh jadi kelapa sawit, getah atau padi. Sementara menantikan hasil, mereka menanam tanaman seperti ubi, pisang dan sebagainya yang lebih cepat. Ini memastikan mereka cukup makan sebelum ladang mengeluarkan hasil.

Usahawan jangan terlalu obses dengan projek dan inovasi mereka tanpa memikirkan keperluan asas. Kebanyakan bisnes gagal bukan kerana idea tidak bagus tetapi kerana mereka kehabisan wang. Maka, fikirkan projek-projek kecil yang dapat menampung keperluan seharian sementera menanti projek besar matang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan