Tipping Point: Power of Context

Kita telah melihat tentang jenis-jenis individu yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej dan juga ciri mesej yang berpengaruh. Sekarang kita akan lihat pula aspek ketiga dan terakhir iaitu keadaan atau suasana mesej itu disampaikan.

Sebagai contoh, epidemik biologikal seperti demam denggi memerlukan suasana yang kondusif untuk tersebar - antarnya hujan, kawasan air bertakung dan ketiadaan kelambu. Virus idea juga memerlukan keadaan yang kondusif untuk tersebar. Jika tidak, mesej tidak akan sampai kepada individu lain dan tidak akan berlaku penyebaran.

Analogi paling mudah, kita tidak akan dapat menyampaikan maklumat secara lisan kepada rakan kita semasa keadaan sangat bising. Hanya apabila bunyi bising itu sudah hilang barulah kita dapat menyampaikan maklumat tersebut.


Dalam kajian kes epidemik jenayah di New York yang disebut dalam buku The Tipping Point, pembersihan grafiti di tren menyediakan konteks yang baik bagi penyebaran mesej anti-jenayah. Keadaan tren yang bersih menunjukkan pihak berkuasa serius dalam menangani jenayah. Ketiadaan grafiti juga menghilangkan ruang bagi kumpulan-kumpulan gangster menanda wilayah mereka.

Alhamdlulillah, kita sudah selesai prinsip-prinsip asas dalam kerangka Tipping Point. Esok kita akan meneliti satu kes tempatan, InsyaAllah. Sekiranya tuan-tuan mahu mendapat sambungan entri ini pada hari-hari berikut secara terus ke inbox, langgan blog ini melalui kotak di bawah:


Masukkan emel tuan:


Dikuasakan oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan